CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 929|Reply: 0

[Perlis] Mayat lelaki jatuh sungai ditemui

[Copy link]
Post time 29-10-2021 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Mayat lelaki jatuh sungai ditemui[size=0.8][size=0.9]Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


Mayat Muhammad Shahril Zohari ditemui terapung di kawasan kunci air tandop Simpang Empat, Kangar kira-kira sembilan kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh. FOTO IHSAN JBPM Perlis



Arau: Mayat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Kampung Benat Batu, Jalan Tambun Tulang di sini pada Rabu lalu ditemui hari ini selepas hampir dua hari pencarian dilakukan di kawasan sungai berkenaan.

Mangsa, Muhammad Shahril Zohari, 20, dari Kampung Gobek, Arau ditemui terapung pada jam 9.25 pagi dalam keadaan tertiarap di kawasan kunci air tandop Simpang Empat, Kangar iaitu sembilan kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7.30 malam, Rabu lalu apabila mangsa yang menunggang motosikal di laluan berhampiran sungai di Jalan Tambun Tulang dipercayai secara tiba-tiba diserang sakit sawan.

"Mangsa dikatakan sebelum ini pernah menjalani pembedahan di kepalanya dan dipercayai ketika diserang sakit berkenaan, mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas dan jatuh ke dalam sungai Tambun Tulang.

"Polis yang menerima laporan sekitar jam 7.30 malam kemudian menggerakkan operasi mencari dan menyelamat yang turut dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Arau, Kangar, Simpang Empat dan berjaya menemui motosikal jenis Yamaha Y15 milik mangsa dalam sungai berkenaan namun gagal menemui mangsa.

"Pencarian yang memakan masa hampir dua hari itu turut dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) dari JBPM Kuala Lumpur namun gagal menemui mangsa yang dipercayai lemas," katanya kepada media hari ini.

Katanya, sekitar jam 9.25 pagi hari ini, seorang lelaki yang melalui kawasan kunci air tandop Simpang Empat, Kangar ternampak mayat dipercayai mangsa terapung di kawasan itu dan memaklumkan penemuan berkenaan kepada polis.

"Mayat kemudian dibawa naik dengan bantuan anggota bomba dan hasil pengecaman melalui ahli keluarga, mayat itu disahkan sebagai Muhammad Shahril Zohari.

"Mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kangar untuk proses bedah siasat," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: Oktober 29, 2021 @ 3:59pm










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.076107 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list