CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1188|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 28/10/2021

[Copy link]
Post time 28-10-2021 09:49 PM | Show all posts |Read mode





COVID-19: Sarawak rekod 676 kes baharu, 34 kematian
KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 676 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 239,218.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata daripada jumlah kes baharu, 662 kes merupakan kategori 1 dan 2 manakala 14 kes merupakan kategori 3 hingga 5.

Kuching merekodkan kes harian tertinggi (170) diikuti Miri (154), Sibu (83), Bintulu (41), Serian (27), Sarikei (24), Betong (24), Lawas (15), Mukah (14), Samarahan (13), Tanjung Manis (13), Lundu (10), Pusa (10), Bau (9), Dalat (7), Sri Aman (6), Kapit, Marudi dan Subis masing-masing (5).

Lain-lain kes dikesan di Simunjan (4), Meradong (4), Kanowit (4), Beluru (4), Asajaya (3), Lubok Antu (3), Telang Usan (3), Limbang (2), Saratok (2), Julau (2), Tebedu (2), Sebauh (2), Kabong (2) dan masing-masing satu kes di Belaga, Song, Selangau dan Matu.

JPBNS turut memaklumkan terdapat 34 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Sarawak antara 7 hingga 28 Oktober.

Daripada jumlah itu katanya 10 kematian dilaporkan di Betong, Miri (4), Bintulu (3), Sibu (7), Sri Aman (3), Limbang (1), Kuching (4), Samarahan (1) dan Sarikei (1).

Dua kluster baharu COVID-19 diisytihar di Sarawak iaitu Kluster Jalan Demak Indah dan Kluster Jalan Perimeter Airport masing-masing di sini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Kluster Demak Indah dikesan melibatkan penduduk sebuah kompleks perumahan kerajaan di Jalan Demak Indah.

Hasil saringan ke atas 18 individu, kesemuanya didapati positif termasuk kes indeks.

Manakala Kluster Jalan Perimeter Airport dikesan melibatkan sebuah premis kerajaan di Jalan tersebut dimana 63 orang didapati positis hasil saringan ke atas 96 individu,” katanya.

Tambah JPBNS seramai 33 individu lagi yang disaring di bawah kluster ini didapati negatif dan kes positif dirawat dan diasingkan di Hospital Umum Sarawak (HUS), Pusat Kurantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Serta Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di sini.

Dalam pada itu dua kluster iaitu Kluster Kampung Sikog di Kuching dan Kluster Chama Ajai di Beluru ditamatkan selepas tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari lepas menjadikan jumlah kluster masih aktif 34.

JPBNS turut mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan dua buah rumah panjang di Sarikei dan sebuah rumah panjang di Kabong berkuatkuasa antara 28 Oktober hingga 8 November ini.

Manakala PKPD di Rh Jambai, Kerapa di Betong dilanjutkan bermula 29 Oktober hingga 8 November.


utusanborneo.com.my/2021/10/28





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2021 09:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.172160 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list