Pelakon watak Yah Kuchai, Afea Deanna Baharudea bengang dengan laporan sebuah portal yang membuat tajuk yang tidak kena mengena dengan temubualnya sebelum ini.
Menerusi ciapan di Twitter, Afea mengatakan penat temubual, tetapi lain yang diceritakannya.
Foto :Twiter
Bagi Afea, temubual tersebut untuk menceritakan kembali kenangannya bersama arwah Mamat Khalid dan dia bersungguh-sungguh meluahkan kegembiraanya dapat bekerjasama dengan seniman tersohor itu.
Segala-gala cerita itu ditulis dalam artikel, namun tajuknya sahaja yang kurang disenangi.
"Story dah helok dah..dh cantik..sekali tengok headline...WOI..OTAK AKU NAK NANGIS WOI,"
Bagaimanapun, kemarahannya reda apabila portal itu menyiarkan rakaman menerusi Youtube dengan lebih menarik dari sebelumnya.
Apa pun, watak seperti jiran kita, Yah Kuchai antara yang sukar ditonton selepas ini kan? - CARI
|