CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4322|Reply: 43

Kantoi Dadah, Nizam Zaidi Anggap Sebagai Qada Dan Qadar

[Copy link]
Post time 28-10-2021 08:25 AM | Show all posts |Read mode
Tertangkap dan masih dalam perbicaraan kes dadah membabitkan dirinya bersama dua kru produksi pelakon  Niezam Zaidi menerima dan menganggap apa yang terjadi kepada dirinya sebagai qada dan qadar yang harus ditelan.


Perkara tersebut dinyatakan menerusi hantaran terbaharu dalam Instagram sempena hari lahirnya yang ke-29 semalam.


Pelakon filem Budak Pailang itu turut bersyukur atas segala ketentuan yang diberikan terhadapnya dan menganggap perkara tersebut sebagai sebuah takdir yang tekah ditentukan Tuhan kepadanya.


Foto: IG






“Alhamdulillah, Alhamdulillah atas segala ketentuan takdir qada dan qadar. Alhamdulillah,” ujarnya.


Pada hantaran sama, pemilik nama sebenar Mohd. Niezam Mohd. Zaidi memuat naik video mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan pengikut Instagram atas ingatan dan ucapan hari lahir kepadannya.


“Assalamualaikum, terima kasih banyak-banyak kerana banyak mendoakan untuk saya. Semoga anda semua dirahmati, diberkati oleh Allah SWT,” ujarnya.




  



Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menitipkan doa buat bekas tunang pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah itu.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan Niezam bersama pengarah Mohd. Latiff Zami, 49 dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 47 telah ditahan pihak polis dalam satu serbuan yang dibuat di sebuah inap desa di Kuala Kangsar pada 7.15 pagi.


Dalam serbuan tersebut, pihak polis menjumpai dadah jenis kanabis seberat 1.45 gram dipercayai milik pelakon dan pengarah terbabit.


Pemeriksaan di bilik penolong pengarah pula menjumpai dadah jenis methamphetamine seberat 0.38 gram.




  



Ketiga-tiga mereka yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar 12 Oktober lalu mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah.


Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ke atas Niezam dan Mohd Latiff yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.




  



Susulan itu, peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka memohon untuk jumlah jaminan diringankan dan Majistret Mohd. Shazmeer Zamhari akhirnya membenar mereka dijamin dengan RM3,000 kepada Niezam, RM2,600 kepada Mohd Latiff dan RM3,200 kepada Saiful Zaidrin, masing-masing dengan seorang penjamin.


Kes disambung pada 1 Disember depan untuk sebutan semula bagi pertuduhan mereka. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2021 09:00 AM | Show all posts
buuuuuuuuuutttttooooo lahh...kau ada pilihan kot...for sure benda tu dah lama ko telan, baru ni je kantoi..makin lama makin kepam, tengok gambar pun sakit hidung pahitttt bau ganjahhhh.. yihhh! Bohsia bohsia boleh la kau kelentong..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 09:01 AM | Show all posts
Patut ler x jadi kahwin mendadih rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi dia helok.... Kening cantik, penis nalla
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawen - takdir
Caras laki orang - pilihan

Kena tahan polis - takdir
Mendadah - OPTION

Sila reflect on OPTION yg ko pilih dari highlight ketentuan takdir. Dah kena tangkap nak acah2 innocent bagai. Booo. Sila blacklist malaun ni dari berkerja dalam industry seni. Sampah masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 11:51 AM | Show all posts
Kurex replied at 28-10-2021 11:29 AM
Tapi dia helok.... Kening cantik, penis nalla

Sampai ke situ ko tau ek Kurex...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kejadahnya habis tu kalau kau rompak rumah orang. Ohh tu qada dan qadar utk saya. Mmg takdir saya untuk rompak rumah orang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba qada dan qadar yang disalahkan hihih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendoggy agama instead of basikal ?? Dah nama busuk sibuk petik ayat2 quran etc..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggang agama selagi boleh
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 12:45 PM | Show all posts
moga dia beroleh hidayah
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 12:47 PM | Show all posts
Cuba mengaku, bertaubat (xmau mendadih) dan move on.

Ni dok merepek qada qadar apo..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:36 PM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 28-10-2021 09:01 AM
Patut ler x jadi kahwin mendadih rupanya

Nonny pun xbetul kn lpas putus.. mendadih gak kot.. sekarang apa jd?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu le.. Mendadih sampai x tau nk beza antara pilihan dgn ketentuan.
Semoga bertaubat. Rugi hidup bergelumang dgn dadah ni. Merosakkan kehidupan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Harey sungguh la. Dia yg pilih nak mendadih ada hati nak salahkan takdir ketentuan Allah.
Dah bongok bodo piang lak... Ada otak gi letak dlm tong sampah pastu salahkan takdir. Hapo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan apa kulit jadi putih? Dulu kulit hitam. Sekarang dah putih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 09:13 PM | Show all posts
sampah gini ptt kena budaya kensel mcm kt SK..not ksh yang baik tu..huhuuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis tu dia leh kuar tibi ke lagi chuols?? Latif zami tu leh mengarah lagi ke? Gituuu malaysia culture kannnzz nowadays... Kayyy.. Iols pemaaf, heols mmg ensem n rupa badboi sgt nak wat mcmana kannzz takdir dah heols ensem n rupa badboi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 28-10-2021 09:13 PM
sampah gini ptt kena budaya kensel mcm kt SK..not ksh yang baik tu..huhuuh

Si BI ketua kump ikon (skrg dah former) berbakul kena maki n kansel sbb isap weed, 2 tahun jugala x kuar album or tv..apatah nama idol kump btob, 5 thn penjara sbb isap weed bertahun2 thn lps kantoi.. Kena penjara.. Kat sana jd penagih dadah yela manusia plg hina wujud di muka bumi korea. Sejijik2nya di pandang, seberat2 hukuman walaooopon hisap weed ja Oh KSH rehatlah setahun dua lepas tu comeback with a vengeance
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.553344 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list