CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 886|Reply: 0

[Sabah] PPM usir tujuh warga asing cuba masuk perairan negara

[Copy link]
Post time 27-10-2021 03:18 PM | Show all posts |Read mode


USIR: Anggota PPM memeriksa perahu yang dinaiki tujuh warga asing berkenaan.

SEMPORNA: Cubaan tujuh individu termasuk seorang kanak-kanak warga asing masuk ke perairan negara gagal selepas dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) di Pulau Siamil, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, anggota PPM yang menjalankan tugas rondaan mengesan sebuah perahu tiada nombor pendaftaran disyaki dari negara jiran cuba memasuki perairan negara.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna DSP Mohammad Ismail berkata pasukan keselamatan bertindak menahan perahu berkenaan untuk pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lima lelaki, seorang wanita dan kanak-kanak di dalam perahu berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut, kesemua mereka termasuk juragan yang berumur 40 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, kesemua warga asing berkenaan diusir keluar dan diberi peringatan agar tidak cuba memasuki perairan negara lagi.

“Tindakan itu selaras dengan kehendak undang-undang Akta Hak Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya.

Mohammad berkata, PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritin untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Maklumat boleh disalurkan melalui talian 24 jam atau menggunakan aplikasi Whatsapp ke Pusat Kawalan PPM Sabah di talian 0139391197,” katanya.



utusanborneo.com.my/2021/10/27


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.056813 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list