CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 851|Reply: 0

[Sarawak] Pembangunan moden Parlimen Saratok

[Copy link]
Post time 26-10-2021 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Pembangunan moden Parlimen Saratok bakal dirancakkan menerusi projek menara telekomunikasi

Peta menara telekomunikasi di kawasan Parlimen Saratok.

KUCHING: Kawasan Parlimen Saratok bakal dirancakkan lagi dengan pelbagai pembangunan yang dimodenkan menerusi pembinaan lebih banyak menara telekomunikasi oleh kerajaan persekutuan dan negeri.

Ahli Parlimennya, Datuk Ali Biju berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia telah mengumumkan sebanyak 794 menara telekomunikasi sedang dibangunkan di seluruh Sarawak.

Sementara daripada jumlah tersebut katanya, sebanyak 46 menara telekomunikasi diperuntukkan untuk kawasan Parlimen Saratok.

"Daripada 46 menara telekomunikasi tersebut, 25 telah siap dan beroperasi, lima lagi masih dalam proses pembinaan dan 16 masih dalam perancangan untuk dibina.

"Pada masa yang sama, 20 lagi menara telekomunikasi yang baharu akan dibina oleh kerajaan Sarawak melalui Lembaga Multimedia Sarawak (SMA)," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu, projek berkenaan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) itu merupakan usaha Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan dan menaik taraf liputan internet di seluruh Sarawak, terutamanya di kawasan luar bandar.

Katanya, kawasan Parlimen Saratok juga tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan ini, memandangkan pelbagai peluang dapat dilahirkan melalui pembangunan ini.

"Pelbagai sektor dapat dimodenkan terutamanya bagi peniaga kecil yang boleh melakukan perniagaan secara dalam talian yang memerlukan perkhidmatan internet yang stabil.

"Selain daripada menjadi keperluan asas di zaman ini, liputan internet ini juga penting memandangkan Kementerian Pendidikan telah memutuskan untuk membenarkan kedatangan para pelajar untuk hadir ke sekolah secara bersemuka pada kadar 50 peratus yang mana dilaksanakan secara bergilir selama dua minggu di antara kehadiran fizikal dan kehadiran secara maya (PdPR)," tegasnya.

Ali berkata ia juga penting untuk pembangunan e-sukan bagi para belia memandangkan Saratok telah melahirkan beberapa atlet e-sukan yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan.

"Syarikat telekomunikasi juga turut digesa agar terus menyediakan perkhidmatan internet yang bermutu dan stabil terutamanya di kawasan luar bandar," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/26



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.072893 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list