CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 880|Reply: 0

[Sarawak] Diharap dipercepatkan tuntutan dan permohonan penjawat awam

[Copy link]
Post time 26-10-2021 10:52 PM | Show all posts |Read mode
Tuntutan, permohonan yang belum direalisasikan kepada penjawat awam diharap dipercepatkan




KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Sarawak telah menghantar beberapa permohonan dan tuntutan untuk dipertimbang dalam pembentangan Belanjawan Negara pada Jumaat ini.

Pengerusi Cuepacs Sarawak Omar Bahrein Unin (gambar) berkata, beliau berharap pembentangan Belanjawan Negara itu nanti tidak menghampakan penjawat awam.

"Tuntutan yang dibuat Cuepacs adalah wajar untuk dilaksanakan oleh kerajaan kerana kebanyakannya telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini tetapi belum direalisasikan kerana terdapat perubahan kerajaan.

"Penjawat awam amat mengharapkan perkara yang telah diumumkan kerajaan ini dilaksanakan dengan cepat kerana ada yang telah tertangguh sejak 2018," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, jika ia dilaksanakan Cuepacs percaya ia akan membantu semua penjawat awam dalam perkara berkaitan menangani kos kehidupan yang tinggi masa kini.
Malahan kata Omar, ia juga sebagai galakkan kepada penjawat awam terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produktiviti.

Tambahnya, dengan peningkatan pendapatan penjawat awam ia boleh membantu kerajaan dalam sosio ekonomi apabila kuasa beli penjawat awam bertambah dan memanfaatkan kepada banyak perniagaan.

"Cuepacs Sarawak meminta kerajaan tidak meninggalkan penjawat awam di Sarawak supaya tambahan elaun RM50 sebulan bagi kos sara hidup yang telah dinikmati penjawat awam di Semenanjung sejak Januari 2020 turut diberi kepada penjawat awam di Sarawak dan Sabah.

"Ini bagi menunjukkan kebersamaan di antara penjawat awam di Semenanjung dan negeri-negeri di Borneo.

"Kita juga memohon bayaran insentif wilayah bagi penjawat awam ditambah baik mengikut keadaan semasa," kata Omar.


utusanborneo.com.my/2021/10/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.071489 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list