CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 997|Reply: 1

[Sarawak] Sahkan pembuktian kemastautinan untuk memohon warganegara

[Copy link]
Post time 26-10-2021 10:48 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah bersama Noriah dan Dominic (kiri) menjawab isu kewargenegaraan membabitkan pribumi Sarawak dalam satu sidang media, hari ini.

MIRI: Pembuktian kemastautinan dan latar belakang pemohon yang disahkan amat diperlukan bagi individu pribumi yang tidak mempunyai sijil lahir memohon kewarganegaraan.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti,Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata terdapat kes pribumi iaitu warga tempatan Sarawak yang tidak didaftarkan kelahiran mereka.

"Tempat asal mereka lahir, di rumah panjang, di klinik ataupun di hospital, itu satu rekod yang sangat penting untuk dibuktikan kemastautinan pribumi itu.

"Di samping itu, di mana mereka membesar, orang di sekeliling individu pribumi itu mengenalinya termasuk tuai rumah, jiran, bidan, rekod kelahiran dan sebagainya adalah bukti kukuh untuk melengkapkan pemohonan kewarganegaraan," katanya.

Fatimah berkata demikian dalam Perbincangan Mengenai Isu Kewarganegaraan bersama Menteri KWKPK dan Jabatan Pendaftaran Negara Miri di sini hari ini.

Menurutnya lagi, isu timbul apabila terdapat individu pribumi yang tidak didaftarkan kelahirannya sejak kecil tetapi apabila sudah dewasa, golongan ini sukar mendapat kewarganegaraan serta bantuan kerajaan.

"Jika tuai rumah atau ibu bapa sudah meninggal, mereka ini boleh meminta pembuktian kemastautinan daripada adik beradik lain, saudara mara atau yang mengenali mereka bagi mengesahkan mereka menetap lama di Sarawak ," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau terus menggesa ibu bapa di Sarawak untuk mendaftarkan kelahiran bayi mereka bagi mengelakkan masalah lain timbul pada masa akan datang.

Bagi menyelesaikan isu kewargenegaraan, Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Di Bawah 15A Peringkat Negeri Sarawak (JKK 15A) telah ditubuhkan.

Tambahnya, faktor atau punca yang menyebabkan status warganegara 15A ialah sikap tidak peduli dan sambil lewa ibu bapa tidak mengambil berat tentang kepentingan dokumen pengenalan diri kepada anak-anak.

Kesedaran hanya timbul bila dokumen pengenalan diri diperlukan untuk tujuan persekolahan, permohonan bantuan kerajaan dan sebagainya.

Selain itu, tiada akses perhubungan memandangkan keadaan geografi dan keluasan negeri Sarawak menyebabkan penduduk kawasan pedalaman tiada akses kepada perkhidmatan JPN.

"Kos pengangkutan dan penginapan yang tinggi untuk hadir ke pejabat JPN yang terdekat juga merupakan salah satu punca utama kenapa urusan untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri tidak dapat dilakukan," jelasnya.

Di samping itu, perkahwinan ibu bapa tidak teratur atau perkahwinan tidak didaftarkan secara sah di Malaysia antara salah satu sebab utama pemohon tidak layak mendapatkan kad pengenalan.

Kes seperti ini katanya banyak berlaku terutama sekali jika pasangan perempuan adalah rakyat luar negara bertaraf bukan warganegera.

"Suka saya nyatakan di sini, Kerajaan Sarawak melalui KWKPK memandang serius ke atas isu ketiadaan dokumen pengenalan diri mahupun ketiadaan status kewarganegaraan dalam kalangan rakyat di Sarawak.

"Dalam masa menunggu jawapan kepada permohonan kewarganegaraan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 15A, sukacita dipohon agar Kementerian Pendidikan membenarkan kanak-kanak berkenaan bersekolah," tegasnya.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Noriah Ahmad dan Penolong Pegawai Pendaftaran Bahagian Miri, Dominic Upai Lagan.


utusanborneo.com.my/2021/10/26


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 11:23 PM | Show all posts
itu pun mau jd isu sop bagai...dh 2021 dah pun...korang je asyik dok terperap lepak opis dibuai econ kerusi empuk gaji masuk bulan2...tau tggu dorang dtg kt engko je nk keje sng

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.148082 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list