|
Edited by Lagubestbest at 26-10-2021 05:08 PM
Sehari dua ni ada je terselit news pasal konsert besar kat Saudi, mashaallah habibi mashaallah campur lelaki perempuan, kat Tiktok.. kat FB, kat Twitter, kat sini CARI pun ada. Apa jadi dengan ceramah-ceramah akhir zaman suruh aku insof ingat Dajjal tu semua? So I godek2 internet.
Nah ini info I dapat. Kat saudi rupanya diorang buat Riyadh Season first dulu tahun 2019. Cubaan buka Saudi Arabia kepada dunia. Tahun tu dah hebat dah, tapi terbantut sebab covid. Sekarang Saudi Arabia start balik.
RIYADH SEASON 2021
Masalah dia, gempak gah sangat weh, besar-besaran gila bab* mak kau ijau.
Tahap TREC satu KL bai, seakan anjur festival kat semua taman-taman umum kat KL.Pesta hiburan, suka ria sukan, travel dan shopping di venue2 seluruh Riyadh.
Najib dulu sblm kalah dia buat festival gak kan? konsert PSI, pameran Negaraku interaktif kat padang merdeka.. haa camtu la tapi ni lagi besar lagi menyeluruh berterusan selama 5 bulan.
Lagi meriah banding tahun pertama 2019.
Tahap antarabangsa gila2 nak tarik seluruh dunia.Festival terbesar di Timur Tengah.
Jangkaan 20 juta pengunjung hadir (2x ganda berbanding 2019)
*untuk rekod dah 5 juta hadir tak sampai sebulan pun lagi*
Dari Oct 2021 - Mac 2022
Lebih dari 7500 events
Melibatkan 14 daerah di seluruh Riyadh
6 konsert antarabangsa, 70 konsert arab
10 pameran antarabangsa
350 persembahan teater
6 sukan antarabangsa, 18 sukan arab
1 perlawanan free WWE
2 pertandingan antarabangsa
100 pengalaman interaktif
200 restoren, 70 cafe
Ada yang free. Yang berbayar harga tiket 30%-40% lebih murah banding negara lain
Ni baru 2021, lepas covid kot, dah mula suka-ria tak hengat sampai setengah tahun. Gila-gila, plan dia nak pelbagaikan rancangan ekonomi 2030, so pilih entertainment la kot tapi ni dah tersangat lebih ENTERTAINMENT. Semua pesta yang ada kat dunia, bakal ada di Riyadh la kot. Semua star bakal hadir la kot kat dah Messi dan Neymar pun join match bola Riyadh Season Cup. Liga Super? nan hado. Bayangkan tahun 2030 cmne diorang punya pesta.
Nanti2 korang kena tanya diri nak g Riyadh ke Jeddah. G Thailand pesta air pun macam tak sehebat kat Riyadh la kot. Nak naik genting? Tak yah, terus ke riyadh ada taman tema bagai dah. Ke bakal ada travel agency tawarkan trip suka ria kat Riyardh dulu sesambil tu singgah pergi umrah sat kemudian sambung balik enjoy.
Baru je dua tiga tahun lepas kalau pergi Saudi orang dok viral makan dhab (biawak padang pasir) halal kata mereka, ramai meleis berkopiah cuba. Kira rare sgt kebangga lain macam dah tu pelik dari kebiasaan tunjuk video kat mak ayah. Sekarang tak dah kot.
Orang lipat sejadah swipe tinder cari gf meetup kat cafe mewah kemudian sama-sama cari Pitbull. Tak suka konsert? ada pertunjukan kebudayaan. Cirque du Soleil pun ada. Nerd? ada robot wars. Ada hiburan untuk setiap orang, bahkan lebih. Menyeluruh seluruh bandar, semua hiburan kat dunia, ada dan bakal dibuat kat Riyadh, real memang semua ori, takde ala kadar downgrade kena buat sama besar atau lebih lagi, jadi takde alasan untuk tak hadir terlibat sama.
Kira sebelum ni Saudi kan takde hiburan, kena sekat, sekarang diorang aktifkan hiburan, takde istilah start small, kena buat betul2, level terpaling sama macam yang diorang dapat masa fly ke London, Monaco, Vegas semua tu. Yang terbaik dalam hiburan semua wajib buat dalam Riyadh Season.
Yela, kalau buat biashe2 je, rakyat diorang kan kaya kena meh kan je nanti sambil lalu menuju airport fly terus ke konsert oversea. Cara orang betul-betul kaya mula bebas nak enjoy lain macam terus buang agama ke laut paling dalam. Gila-gila tak mahu hipokrit parti sampai penat, geng yahudi Tel Aviv tertinggal jauh.
Info tambahan:
Siswazah menganggur warga Saudi masih terima elaun SAR2500 sebulan untuk hidup, tak kaya tapi boleh enjoy life.
Saudi dah mula hantar immigrant keluar (tak sambung kontrak).
Generasi muda Saudi mula terbuka terima kerja yang dianggap low class oleh generasi terdahulu.
GST Saudi kini pada kadar 15%.
Influencers seluruh Timur Tengah berduyun fly first class hadir Riyadh Season 2021.
Umrah? plan elok2 Jeddah pun mula anjur events, kuarantin dah takde:
F1 bulan Disember (takleh pakai short, sleveless, baju neckline sopan je dibenarkan eg: tshirt).
Sempat lagi join the crowd Riyadh Season 2021:
https://riyadhseason.sa/index-en.html
Kepada yang nak Enjoy Saudi:
https://enjoy.sa/ar/
Dah hadir kena Tawakkalna (MySejahtera Saudi):
https://ta.sdaia.gov.sa/en/index
|
saudi arabia, riyadh, hiburan, hedonisme, mabuk, saudi arabia, saudi arabia, saudi arabia, saudi arabia, saudi arabia, saudi arabia, saudi arabia, saudi arabia, saudi arabia, saudi a
Rate
-
1
View Rating Log
-
|