CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1094|Reply: 2

[Sabah] Ceramah perdana dalam suasana norma baharu

[Copy link]
Post time 25-10-2021 10:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-10-2021 02:20 PM



DENGAR: Orang ramai khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan Badli menerusi siaran langsung.
SIPITANG: Satu program Ceramah Perdana telah diadakan sempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sipitang yang diadakan pada Sabtu lepas.

Porgram anjuran Jawatankuasa Dakwah Daerah Sipitang itu telah diadakan dengan jayanya menerusi kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Sipitang; Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Sipitang; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Bahagian Sipitang; KAFA (JAKIM) Sipitang; dan Masjid Imam Haji Awang Hashim Sipitang.

Ceramah perdana kali ini yang diadakan itu dilaksanakan menerusi pendekatan baharu iaitu melalui siaran langsung menggunakan media sosial memandangkan orang ramai tidak digalakkan untuk berhimpun dan bersesak ekoran masih lagi terdapat penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Hanya sebilangan kecil masyarakat sekitar Masjid Imam Haji Awang Hashim Sipitang serta tetamu jemputan hadir pada program ceramah perdana berkenaan, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang, Dato' Badli Shah Alauddin merupakan penceramah khas yang diundang bagi menyampaikan ceramahnya menerusi siaran langsung yang diadakan dalam norma baharu ketika ini.


HADIR: Antara tetamu yang hadir pada program Ceramah Perdana yang diadakan itu.

Ketua USIA Bahagian Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, pendekatan baharu yang dilaksanakan itu adalah sejajar dengan permintaan dan peredaran semasa lebih-lebih lagi dalam situasi ketika ini yang sungguh mencabar ekoran wabak COVID-19.

Namun katanya, pendekatan menerusi media sosial mempunyai kelebihannya tersendiri kerana ianya boleh ditonton oleh orang ramai tidak kira dimana pun mereka berada yang secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko jangkitan yang memudaratkan itu.

Tambah beliau ceramah yang disampaikan juga tidak berbeza kerana mesej yang disampaikan penceramah amat jelas memandangkan segala persiapan teknikal telah dilakukan dengan rapi dan teratur.

Justeru beliau berharap umat Islam dapat menghayati sepenuhnya ceramah yang disampaikan pada program itu dan menjadikan segala cabaran sebagai penguat dan pembakar semangat untuk meneruskan kehidupan sebagai umat di dunia ini.

Pada masa sama Sapawi turut berharap orang ramai terutama masyarakat Sipitang terus mematuhi SOP dalam menjalani kehidupan seharian memandangkan negeri Sabah belum pulih sepenuhnya daripada pandemik COVID-19.

Turut hadir pada program Ceramah Perdana, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yaacob; Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang, Ramli Ag Said yang mewakili Ahli Parlimen Sipitang dan Pengerusi Masjid Imam Haji Awang Hashim Sipitang, Abdullah Awang Adi serta moderator ceramah perdana, Zulhaimi Asbi.



utusanborneo.com.my/2021/10/25


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2021 10:32 PM | Show all posts
kenapa aku tengok orang dalam skrin putih tu kepalanya macam gerak2
ke mata aku yang dah mengantuk ni
bukan ke kalau tengok macam ni boleh tengok kat rumah je hihi
ok bagus adakan majlis supaya orang rasa nak pergi masjid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2021 10:39 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 25-10-2021 02:32 PM
kenapa aku tengok orang dalam skrin putih tu kepalanya macam gerak2
ke mata aku yang dah mengantuk n ...


tu gambar jpg bukan gambar gif tau.. baik pi tido

betul jugak.. boleh jer buat ceramah perdana ala zoom meet or zoom

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.165688 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list