CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 949|Reply: 0

[Borneo] Pemimpin Sabah, Sarawak perlu desak RUU MA63 diteruskan

[Copy link]
Post time 25-10-2021 10:13 PM | Show all posts |Read mode
SANDAKAN: Pemimpin di Sabah dan Sarawak perlu mendesak Kerajaan Pusat supaya tidak menangguhkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong berkata tiada alasan lagi untuk menangguhkan MA63 kerana ia sudah disepakati oleh semua pihak.

“Tiada sebab menangguhkan perjanjian MA63 kerana semua parti politik daripada kerajaan dan pembangkang sudah bersetuju untuk melaksanakan perjanjian itu.

“Perjanjian itu adalah antara perkara penting yang diperjuangkan oleh Sabah kerana ia melibatkan pembangunan dan hak rakyat di negeri ini,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) MA63 akan ditangguhkan buat sementara waktu.

Penangguhan itu adalah bagi memberi penjelasan seperti yang diminta oleh menteri-menteri selepas mesyuarat Kabinet 20 Oktober lepas.

   Calvin berkata, keputusan menangguhkan pembentangan RUU tersebut jelas menunjukkan persekutuan tidak menghormati hak Sabah dan Sarawak.

“Penangguhan itu hanya membuang masa dan mengganggu pelaksanaan perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian tersebut,” katanya.  

Beliau menyeru semua pemimpin di Sabah dan Sarawak supaya berkerjasama bagi memastikan tuntutan dalam MA63 segera ditunaikan.

“Kerajaan Pusat jangan asyik pandai berjanji sahaja tetapi terus berdolak dalih untuk melaksanakannya.

“Pemimpin Sabah dan Sarawak perlu kekal dengan pendirian masing-masing agar perjanjian tersebut tidak dilengahkan oleh Kerajaan Pusat,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.157811 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list