CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2646|Reply: 17

Risiko rumah full furnished. Penyewa dari neraka rosakkan byk barang

[Copy link]
Post time 24-10-2021 10:36 PM | Show all posts |Read mode

xtra.com.my
"Makanan Busung Berulat, Sofa Rosak, Tahi Kucing Merata, Bau Hancing" – Penyewa Dari 'Neraka' Buatkan Owner Rugi RM15,000
3 minutes

Kisah penyewa tidak menjaga rumah dengan baik bukanlah satu perkara baharu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Wanie (@waniejas.property), dia berkongsi mengenai keadaan rumah yang ditinggalkan penyewa.

Menerusi laporan mStar, Wanie yang merupakan seorang ejen mengatakan bahawa pada awalnya, dia dihubungi pemilik asal rumah tersebut yang meminta bantuan untuk mencari penyewa baru.

Wanie berkata, pemilik tersebut memaklumkan bahawa penyewa sebelumnya melarikan diri setelah lima bulan duduk dirumah tersebut tanpa membayar sewa.

“Satu hari tu pemilik telefon saya, dia cerita tentang perkara yang berlaku, katanya penyewa sebelum ini lari, dia duduk setahun mula-mula bayar sewa tapi lepas setahun tu sambung kontrak tapi tiada hitam putih, sebab atas dasar kepercayaan owner pada penyewa.

“Bila dah sambung, penyewa tak bayar sewa, pemilik faham sebab masa tu Perintah Kawalan Pergerakan, jadi dia pun lebih kurang je, tapi dalam lima bulan duit langsung tiada masuk dalam akaun,” katanya.

Tambahnya, kondominium tersebut terletak di Bangi, Selangor namun pemilik rumah tersebut tinggal di Pulau Pinang.

Menurut Wanie, penyewa tersebut turut melarikan kunci rumah dan hanya meninggalkan kunci ‘mailbox’. Pemilik terpaksa menghantar set kunci menggunakan pos.



Katanya, pagar unit tersebut turut dikunci menggunakan mangga tetapi suaminya ada membawa gergaji dan terpaksa memotong pagar unit itu.

Mengakui tidak sedap hati apabila tiba di unit terbabit, Wanie bagaimanapun sudah boleh menjangka keadaan rumah tersebut.



“Unit tu awalnya pemilik bagi ‘fully furnished’ tapi penyewa bela kucing sebab ada pasir kucing dalam tu, sofa habis rosak kena cakar, tahi kucing merata, bau hancing.

“Lepas tu meja makan tinggal meja je, kerusi hilang, makanan busung berulat, tilam yang pemilik sediakan rosak, ada satu bilik tu atas tilam ada tahi kucing.

“Tiga pintu pecah, pintu almari pun pecah, sinki yang tercabut masuk dalam cabinet, bekas makanan merata yang dah busuk semuanya, eh banyaklah,” katanya.



Menurut Wanie, pemilik rumah tersebut terpaksa menanggung kerugian lebih kurang RM15,000.

Bukan itu sahaja, bil elektrik juga tertunggak sebanyak RM2,500.

Wanie turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa jujur dan menjaga harta benda orang lain.

Sumber: mStar

Kredit Foto: @waniejas.property/TikTok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2021 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tulah..setuju dgn kata chazey @chazey..yg kaya je blh bela kucing aka duk rumah sendiri  klu masih duk umah sewa..x pyhlah bela..nak bela tu perlu ada rasa tanggungjawab dan peka dgn sekeliling...klu tak mau dpt dosa je bela
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Atas dasar percaya??
Sekarang laku lagi keeee kes "atas dasar percaya" ni??
Terutama bab sewa rumah ni
Rentiiii kan lerrrrr
Dah 2021 ni nak masuk 2022 ready hitam putih
Berapa bulan sekali check rumah
Mintak bukti segala bil dah dibayar
You know the deal la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 12:33 AM | Show all posts
Slalu dh mcm ni. Bukan menda baru. Kalo rumah bukan fully furnished seblom cabot lari wajib sewa, api air ttunggak bbulan2 siap pakej pedajal tuan rumah saja xtutup kipas lampu segala bgai.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tuan rumah. Kalau nk menyewa, sedar diri sikit. Ko tu menumpang, pinjam harta benda org. Kena ada disiplin diri
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 01:51 AM | Show all posts
cite rekaan je nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2021 08:13 AM | Show all posts
ya allah.. exactly what happened to my house..

spjg PKP xboleh nak pi tgk rumah.. bila boleh cross border ja, i terus ajak husband pegi tgk rumah..

i cried so hard bila tgk rumah dah jdk mcm rumah haunted..Rumput & lalang dah nak sama tggi dgn bumbung..

Kitchen cabinet i lagi teruk dr dlm gambar kat atas tu.. satu pintu tertanggal.. bilik air mmg kotor.. water heater rosak.. sofa patah.. bil elektrik 800++ bil sada 300++..

Bela kucing pulak tu.. taik kucing merata..

i bg tempoh sehingga bln 12 utk diorg kluar..

xtau la berapa kos i nak repair nanti.. sedih sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 08:57 AM | Show all posts
siapalah yg menyewa tu? bujang ke berkeluarga?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2021 09:11 AM | Show all posts
Siannya..

Ada juga apartment lengkap perabot, tapi bawah rumah so so far tak pernah Penyewa bawa lari, ialah bawah rumah kan.. Bunyi bising, lori besar, ke apa tetiba depan rumah, sure kami tengok..

Jauh gila owner duduk, sure orang boleh buat suka hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2021 03:09 PM | Show all posts
bab bil api, air ni
tuan rumah MESTI minta penyewa bagi bukti pembayaran masa minta duit sewa
tak pun dlm setiap bulan masukkan jumlah terkini bil berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 10:07 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 25-10-2021 10:10 PM

Pada yg belum tejebak sepak terajang property kononnya ..takyha cari pasal.
Beli rumah byk2 konon nak sewakan...hemmm..lepas penyewa kluar lagi rugi teruk.
If nak sewakan...better jual smua kat perabot terpakai, kat fb pun ada grup jual brg secondhand.
Biar penyewa tu dpt rumah kosong...kurang sikit risiko sakit ati
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 02:12 AM | Show all posts
untuk bil elektrik, bawa tenant agreement n tukar nama pada penyewa so penyewa lari la kemana je memang bawak sekali bill beribu tu…  cuma air aku tak sure boleh ke tak…  tapi sekarang ni kan dah ada apps, install je untuk monitor…
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:10 AM | Show all posts
apooo macam syaiton duk rumah orang tak jaga langsung

bil letrik kan boleh trace guna apps tnb tu

aku trace rumah sewa aku so far so good la dia bayar on time

nak lagi safety on ur side pi tukar nama bil letrik kpd nama penyewa siap2 before diorang masuk

leceh tapi takde la isu bil ribu riban macam ni

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 10:00 AM | Show all posts
Sebagai insan yang normal, janganlah kita buat perkara-perkara yang menyusahkan dan menrugikan orang kelak kita akan merasa akibatnya, mungkin bukan masa yang terdekat tetapi dalam masa yang panjang
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2021 01:52 PM | Show all posts
knp la bughok sgt pangai
mcm br kuar dr utan jek
dh x serupa rmh
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
delsmomm replied at 25-10-2021 08:13 AM
ya allah.. exactly what happened to my house..

spjg PKP xboleh nak pi tgk rumah.. bila boleh cross  ...

Deposit rumah uols letak brpa?

Tak fahamlah orang ada mentaliti camni
Beruk dgn anjing belaan kalau dibagi rumah pun iols rasa reti beradab pandai jaga rumah
Manusia perangai camni menyewa rumah org tatau nak dikategorikan apa
Binatang pun terhina kalau disamakan dgn dorang agaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2021 07:50 AM | Show all posts
evlinne replied at 6-11-2021 02:27 AM
Deposit rumah uols letak brpa?

Tak fahamlah orang ada mentaliti camni

Deposit kitorg letak 1.5k je..sbb masa tu penyewa tu mtk tlg sgt.. jadi kitorg fikir kesian dia betul2 terdesak..dia bujang lagi and tgh planning nak kawen katanya..

husband ckp xpe lah, kita tlg org dalam kesusahan, insyaAllah ada rezeki lain..

xsangka kita nak tlg bdk tu last2 kita plk yg terkena..rumah i ada 4 bilik & satu attic.. semua ruang tu dia sublet lagi..
kiranya, dia duduk percuma sbb tenant lain dah bayar utk dia, and he makes extra money plk tu..
haisyyy...


xtau nak ckp apa..semoga Allah bg hidayah je lah..

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 12:24 PM | Show all posts
Sebab ada yang berperangai macam ni yang buat makin ramai malas nak ada rumah sewa.  Duit yang ada masuk unit trust lagi baik tak perlu pening kepala layan penyewa gila macam ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.130136 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list