KOTA KINABALU: Seorang wanita yang upacara pengebumiannya dikatakan mecetuskan kluster Alab Senagang di daerah pedalaman Tenom bukannya mangsa Covid-19, kata kerajaan negeri hari ini.
Jurucakap Covid-19 Sabah, Masidi Manjun berkata, Jabatan Kesihatan Negeri pada mulanya melaporkan wanita itu meninggal dunia bukan disebabkan Covid-19.
Namun, kenyataan yang dikeluarkan kemudian menyatakan beliau meninggal dunia akibat Covid-19.
“Ini adalah kesilapan menaip yang tidak disengajakan dan segala kesulitan yang timbul amat dikesali,” katanya.
Kenyataan semalam menyatakan wanita itu meninggal dunia akibat virus itu pada 10 Okt lalu dan dibawa pulang ke Kampung Senagang untuk dikebumikan keesokannya.
Seramai 20 ahli keluarga berkumpul apabila mayatnya dihantar pulang, katanya sambil menambah sekurang-kurangnya 50 orang kemudiannya dikesan dijangkiti virus berkenaan dalam kluster komuniti itu. – FMT
sabahpost.net/2021/10/24
|