CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1422|Reply: 0

Gambar Super Luxury Rumah Ladang Kanye West Yang Dijual Dengan Harga Jutaan R...

[Copy link]
Post time 24-10-2021 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Gambar Super Luxury Rumah Ladang Kanye West Yang Dijual Dengan Harga Jutaan Ringgit


Kanye West dikatakan telah membuat keputusan untuk menjual rumah ladang kesayangannya, Monster Lake Ranch di Wyoming yang berkeluasan 3,800 ekar pada harga 11 juta dolar AS atau bersamaaan dengan harga melebihi RM40 juta. Ramai orang yang ingin tahu bagaimana keadaan ladang Kanye West sehingga dapat dijual dengan  harga yang sangat tinggi.

Kanye West telah membeli hartanah mewah ‘satu dalam sejuta’ ini pada tahun 2019. Rumah ladang yang dijual oleh Kanye West ini sebenarnya merupakan impian Kim Kardashian sejak sekian lama lagi. Namun kini, Kanye telah memutuskan untuk menjual ladang mewah tersebut lapan bulan setelah Kim Kardashian memfailkan penceraian.

Kanye West Ranch di Wyoming disebut-sebut sebagai ladang yang super luxury kerana memiliki pelbagai kemudahan yang lengkap. Anda ingin tahu bagaimana rupa rumah ladang yang berharga jutaan ringgit ini? Jom kita tengok!



Beberapa sumber mengatakan ladang yang dikenali sebagai Monster Lake Ranch ini mempunyai ciri-ciri kedesaan yang sangat menarik.




Kawasan rumah ladang Kanye West terdapat sebuah tasik yang gah dan besar yang terkenal dengan kawasan memancing ikan trout yang bersaiz besar.





Memiliki ladang seluas 3800 hektar, maka tidak hairanlah Kanye mempunyai banyak kemudahan mewah di ladangnya. Antaranya adalah dua tasik air tawar, ladang kuda, ladang ternakan dan padang rumput jerami yang sangat luas.

Kanye West juga memiliki bangunan komersil seperti kolej, pondok, dapur yang luas, restoran, lapan buah pusat penginapan, trek go-cart, house barns, correl, event center dan bilik mesyuarat.





Walaupun ada laporan yang mengatakan bahawa penjualan ladang seluas 3,800 ekar ini dapat dijual dengan harga yang tinggi, namun penjualan ladang ini juga ditafsirkan sebagai satu kerugian yang sangat besar. Ini kerana penanaman tanah ladang juga menanggung kos yang tinggi.

Maka tidak hairanlah jika kemudahan di ladang ini sangat mewah kerana kos yang dikeluarkan juga sangat luar biasa.



Selain kemudahan yang terdapat di situ, pemandangan di seluruh kawasan ladang juga merupakan salah satu faktor pelaburan yang berbaloi. Salah satunya adalah pemandangan tebing batu pasir dan panorama pergunungan Absaroka yang terletak di sub-range Rocky Mountains. Ladang ini juga berada di lokasi yang sangat strategik, hanya 52 km dari Yellowstone National Park.






Itulah antara foto-foto menarik di ladang Kanye West yang dijual dengan harga jutaan ringgit ini. Adakah anda juga merasakan ladang ini sangat indah dan mewah? Berbaloikah ladang ini dijual dengan harga melebihi RM40 juta?

Sumber:https://murai.my/2021/129254/gam ... rga-jutaan-ringgit/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.046656 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list