CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 973|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 23/10/2021

[Copy link]
Post time 23-10-2021 08:07 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak rekod 587 kes, 15 kematian baharu akibat COVID-19





KUCHING: Sarawak terus merekodkan penurunan kes jangkitan COVID-19 baharu hari ini dengan 587 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan berkenaan setakat ini 235,802 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi laporan hari ini berkata, daripada kes baharu itu 576 adalah kategori satu dan dua.
Manakala kategori tiga, empat dan lima merekodkan hanya 11 kes.

Katanya bagi peratusan daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 166 kes adalah kategori 1 (tiada gejala) sementara 410 adalah kategori dua (gejala ringan), manakala dua kes adalah kategori tiga (jangkitan paru-paru), sebanyak lima kes adalah kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan empat kes adalah kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

"Manakala bagi pecahan kes, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 156 kes diikuti Miri (120)," katanya.

Manakala daerah lain merekodkan kes harian dibawah 100 kes kecuali tujuh daerah iaitu Lawas, Belaga, Tebedu, Selangau, Daro, Tatau dan Lubok Antu yang tiada merekodkan kes.

Jawatankuasa memaklumkan Sarawak merekodkan 15 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dari tarikh 15 Oktober hingga 22 Oktober 2021.

Katanya kesemua kes kematian melibatkan mereka berusia antara 37 tahun hingga 95 tahun.

"Kesemua kes kematian mempunyai latar belakang penyakit komorbid," katanya.

Jawatankuasa berkata tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini manakala dua lagi kluster ditamatkan iaitu Kluster KM 20 Jalan Betong, Betong dan Kluster Julin Dabai, Marudi selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas melibatkan kluster ini.

JPBNS turut memaklumkan tiga lagi lokaliti dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang kesemuanya berkuatkuasa pada 23 hingga 29 Oktober.

PKPD berkenaan melibatkan Rumah (Rh) Patrick Mawat, Sg Kerubong, Selalang di Sarikei, Rh Jonathan Ujek, Sg. Janting, Bintangor (Meradong) dan Rh Tadong, Gerugu Sengaih (Julau).

"Empat lagi lokaliti pula ditamatkan PKPD iaitu di Rh Suting, Punggu Dadak (Sri Aman) dan Rh Francis, Kaong, Lidong, Skrang Lubok Antu masing-masing pada 22 Oktober 2021.

"Manakala turut ditamatkan PKPD di Sigan, Pelo, Skrang (Lubok Antu) pada 23 Oktober 2021 dan Rh Jalin, Rantau Kurra, Kuala Medalam (Limbang) pada 24 Oktober 2021," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/23

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2021 08:11 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.112053 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list