CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 865|Reply: 0

[Sabah] Lelaki maut, dua kenderaan bertembung

[Copy link]
Post time 22-10-2021 10:09 PM | Show all posts |Read mode



[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]HANCUR: Kenderaan mangsa yang mengalami kerosakan teruk selepas bertembung di Kampung Safoda Jalan Papar di sini.
[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]

PAPAR: Seorang lelaki meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Safoda Jalan Papar di sini kelmarin.


Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Hamdani Harith berkata kejadian jam 10.43 malam itu membabitkan pertembungan dua buah kereta masing-masing kenderaan pacuan empat roda dan van.
“Kemalangan membabitkan tiga mangsa dan pasukan bomba yang tiba di lokasi menjalankan operasi mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit.
“Mangsa berumur 49 tahun berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pasukan perubatan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya sambil berkata mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.
Menurutnya dua lagi mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan dihantar ke Hospital Papar dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) oleh pasukan EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan jam 11.17 malam selepas pihak bomba memastikan tiada lagi unsur bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya operasi penyelamatan dilaksanakan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

utusanborneo.com.my/2021/10/22

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.052443 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list