COVID-19: Sarawak rekod 750 kes baharu, 18 lagi kematianKUCHING: Sebanyak 750 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan berkenaan setakat ini 235,215 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan media hari ini berkata, daripada kes baharu itu 732 kes atau 97.60 peratus adalah kategori satu dan dua.
Manakala kategori tiga, empat dan lima merekodkan 18 kes atau 2.40 peratus.
Katanya bagi peratusan daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 248 kes atau 33.07 peratus adalah kategori 1 (tiada gejala) sementara 484 kes atau 64.53 peratus peratus adalah kategori dua, manakala empat kes atau 0.53 peratus kategori tiga (jangkitan paru-paru), lapan kes atau 1.07 peratus adalah kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan enam kes atau 0.80 peratus adalah kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).
"Manakala bagi pecahan kes, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 217 kes diikuti Miri (143)," katanya.
Manakala daerah lain merekodkan kes harian dibawah 100 kes kecuali lapan daerah iaitu Mukah, Daro, Pusa, Matu, Lundu, Tatau, Tanjung Manis dan Lubok Antu yang tiada merekodkan kes.
Jawatankuasa memaklumkan Sarawak merekodkan 18 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dari tarikh 14 Oktober hingga 21 Oktober 2021.
Katanya kesemua kes kematian melibatkan mereka berusia antara 31 tahun hingga 84 tahun.
"Kesemua kes kematian mempunyai latar belakang penyakit komorbid," katanya.
Sementara itu tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.
Manakala tiga lagi kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Sungai Pana, Beluru, Kluster Sungai Merusa, Subis dan Kluster Kanawa Baram, Marudi.
Ia selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan kluster ini.
utusanborneo.com.my/2021/10/22
|