View: 1878|Reply: 14
|
Berita Kematian Khadijah Ibrahim Palsu
[Copy link]
|
|
"Alhamdulillah. Saya sihat dan baik-baik sahaja.”
Itu jawapan yang diberikan sendiri oleh penyanyi legenda Datuk Khadijah Ibrahim tentang keadaan dirinya ekoran tular berita daripada sebuah portal yang memberitahu dia meninggal dunia, semalam.
Khadijah atau lebih mesra memanggil dirinya ibu Khaty ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia tidak terkejut dengan berita sebegitu (meninggal dunia) kerana sering terjadi.
Foto: Google
“Mereka (pemberita) tidak fikir kesahihan tentang berita tersebut dan terus menulisnya tanpa usul periksa. Saya rasa kelakar pun ada,” ujarnya.
Ujar penyanyi berusia 62 tahun itu, dia telah mendapat banyak panggilan telefon serta mesej daripada rakan-rakan yang terkejut dengan berita tentang kematian dirinya.
“Tak baguslah buat berita sebegitu. Keluarga saya sendiri ada yang terkejut dan menangis-nangis menelefon saya.
“Berita sebegitu (kematian) menakutkan mereka. Tak baik sebarkan benda yang tidak betul. Lagi pula berita tentang kematian bukanlah sesuatu yang menggembirakan,” katanya.
Foto: KOSMO
Pada masa sama, penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Gembira Disampingmu itu bersyukur kerana masih ramai lagi insan-insan dan peminat yang masih menyayangi dirinya sebagai seorang penghibur.
“Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana masih disayangi. Moga-moga berita sebegitu membuatkan lebih ramai orang mendoakan saya supaya panjang umur,” jelasnya.
Terdahulu, tular sebuah artikel yang memberitahu bahawa Khadijah telah meninggal dunia sekitar pukul 4.30 petang semalam di Wad Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur kerana masalah komplikasi buah pinggang. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Sape ajelah byk masa sgt fake kan kematian org.
|
|
|
|
|
|
|
|
khatijah ibrahim lain kott???
baidewei, kedai makan dia kat PJ tuh masih bukak ke dakk? |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe die namakan rumah die teratak Rahmatullah.
So die balik rumah je boleh bukak thread kembali ke Rahmatullah |
|
|
|
|
|
|
|
Yang meningggal tu Datin Khatijah Ibrahim, Isteri Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor. |
|
|
|
|
|
|
|
Netizen kenal artis je... |
|
|
|
|
|
|
|
62 jer umo dia, muda la lagi. Omputih umor mid 70’s masih ligat. Yang tabur2 pitenah tu dapat apa la agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Sagun36: Yang meningggal tu Datin Khati ...
Dah agak dah... Nama sama tapi reporter terpaling pi tepek pic Khatijah lain..
Sangkak reporter pun |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa kata la yg kata fitnah ibu khaty ni bnyak masa free betoi |
|
|
|
|
|
|
|
Sape lahanat tu nak sangat orang mati???
Mintak si debab suka curang tu ke kubo kalau nak sangat orang mati |
|
|
|
|
|
|
|
Tutup dah tinot.. Dia buka kedai baru kat melaka pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah masih hidup |
|
|
|
|
|
|
| |
|