CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 3

[Borneo] Antivaksin: KKM guna pendekatan tidak benarkan kebebasan tertentu

[Copy link]
Post time 21-10-2021 11:26 PM | Show all posts |Read mode


Khairy menggulung sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kebebasan yang disekat itu hanya dituju kepada mereka yang enggan menerima vaksin COVID-19.

Beliau berkata terdapat dua kumpulan yang harus dibezakan iaitu mereka yang tidak boleh menerima vaksin disebabkan masalah kesihatan dan mereka yang enggan menerima vaksin.

"Dimaksudkan di sini bukan kita...kerajaan yang menyusahkan mereka (kumpulan antivaksin) tetapi sebenarnya pilihan mereka yang menyusahkan mereka sendiri iaitu mereka tidak mengambil vaksin, enggan menerima vaksin, tidak ingin mendengar hujah saintifik dan akhirnya tidak akan mendapat kebebasan yang sama seperti rakyat dan penduduk yang telah menerima vaksin.

"Kita akan teruskan pendekatan ini dan saya telah galakkan supaya ada sekatan di peringkat sektor maksudnya sektor perkhidmatan awam, swasta dan sebagainya sebelum kita memikirkan langkah yang lebih menyeluruh seperti mewajibkan dari segi undang-undang untuk menerima vaksin," katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di sini hari ini.

Justeru, Khairy berharap dengan adanya sekatan kebebasan itu, ia adalah cara lebih berhemah daripada kerajaan meletakkan undang-undang memaksa kumpulan terbabit mengambil vaksin.

"Saya ingin melaporkan bahawa lebih 95 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia telah sekurang-kurangya mendapat dos pertama (vaksin), maksudnya jumlah yang enggan menerima vaksin ini sangat kecil, namun demikian kita akan terus pujuk mereka untuk mendapat vaksinasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Senator Datuk Razali Idris yang mahu tahu cara berhemah digunakan kerajaan berdepan kumpulan antivaksin.

Sementara itu, berhubung cadangan supaya kad khusus vaksinasi diwujudkan bagi komuniti Orang Asli, Khairy berkata tiada keperluan untuk perkara itu kerana kad vaksin sedia ada boleh menjadi bukti sama seperti sijil vaksinasi digital untuk mereka masuk ke mana-mana premis.

"Semua penerima vaksin akan menerima kad vaksin mengikut jenis vaksin yang diterima semasa proses pemberian vaksin. Kad vaksin ini diberikan kepada semua penerima vaksin termasuk masyarakat Orang Asli serta kepada orang yang tidak memiliki akses kepada peranti digital atau Internet.

"Kad ini menyimpan maklumat yang sama seperti yang terdapat dalam sijil digital aplikasi MySejahtera. Maklumat yang didapati dalam kad vaksin adalah nama, identiti penerima vaksin, tarikh vaksinasi dos satu dan dua, nama vaksin, nombor kelompok dan tarikh luput vaksin," katanya. - Bernama


utusanborneo.com.my/2021/10/21

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 11:44 AM | Show all posts
hujah saintifik dah tak jalan dah
untuk siapa yang dah dan akan vaksin akan dapat rumah sebiji sorg
mesti nanti semua pegi vaksin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 12:12 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 22-10-2021 11:44 AM
hujah saintifik dah tak jalan dah
untuk siapa yang dah dan akan vaksin akan dapat rumah sebiji sorg
...
rumah dah ader ...

ader offer lain best lagi...?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2021 09:06 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 22-10-2021 03:44 AM
hujah saintifik dah tak jalan dah
untuk siapa yang dah dan akan vaksin akan dapat rumah sebiji sorg
...

bagi cash 10k baru jalan kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.112625 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list