CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 436|Reply: 2

[Sarawak] Harga siling RTK antigen COVID-19 akan dikurangkan lagi sebelum 9 Dis

[Copy link]
Post time 21-10-2021 10:33 PM | Show all posts |Read mode


Nanta menyapa pengamal media yang hadir di majlis tersebut. - Gambar oleh Chimon Upon

KUCHING: Harga siling bagi Kit Ujian Pantas (RTK) antigen COVID-19 akan dikurangkan lagi sebelum 9 Disember ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memperhalusi perkara tersebut.

Menurutnya, usaha tersebut adalah untuk mengurangkan beban rakyat memandangkan penggunaan RTK adalah satu kewajipan.

"Kita faham, RTK sekarang adalah satu kewajipan selain pemeriksaan suhu badan terutamanya untuk sesuatu upacara yang dihadiri ramai orang.

"Oleh itu, harga siling bagi RTK ini akan dikurangkan lagi dari RM19.90 dan kita bersama dengan KKM sedang memperhalusi perkara ini memandangkan RTK juga di bawah Medical Device Authorities (MDA) yang akan mengambil kira kualiti produk," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ramah Mesra Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna bersama Media, hari ini.

"Terima kasih juga kepada peniaga yang menjual RTK ini di bawah harga siling yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu pihaknya akan sentiasa melakukan pemeriksaan untuk memastikan semua peniaga mematuhi penjualan kit ujian kendiri tersebut pada harga yang terkawal.

"Penguatkuasa kita akan sentiasa menjalankan pemeriksaan dan jangan marah mereka kerana mereka hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan.
"Kepada peniaga yang masih berdegil, akan terus diambil tindakan," katanya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan harga siling RTK antigen COVID-19 sebanyak RM19.90 berkuatkuasa 5 September lalu.


utusanborneo.com.my/2021/10/21

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 11:18 AM | Show all posts
ini RTK saliva ke yg jolok hidung?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 12:17 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 22-10-2021 11:18 AM
ini RTK saliva ke yg jolok hidung?
air liur ...

cucuk idung tu nurse yang buat kan ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.043332 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list