CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1900|Reply: 31

[Tempatan] Macau Scam ada pusat latihan. Pelatih dpt RM3,000 sebulan. Komisen 3%

[Copy link]
Post time 21-10-2021 10:05 PM | Show all posts |Read mode
‘Akademi’ Macau Scam tumpas, penulis skrip turut dicekup
    Oleh KHAIRUL MOHD ALI
    21 Oktober 2021, 8:20 pm

JOHOR BAHRU: Tujuh lelaki tempatan yang terlibat dalam kegiatan penipuan sindiket Macau Scam dan berperanan sebagai pengurus akaun, tenaga pengajar, ejen dan operator pusat panggilan dicekup polis dalam serbuan pada Jumaat lalu.

Malah, lima hari berselang, seorang lagi lelaki tempatan yang bertanggungjawab selaku penulis skrip untuk kegiatan penipuan yang dijalankan oleh sindiket itu turut ditahan.

Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 43 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sebuah kedai makan yang terletak di Jalan Padu, Kampung Tahana 2, Larkin dan sebuah rumah di Taman Saga, Kulai bermula pukul 3.30 pagi, 15 Oktober lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, modus operandi kumpulan sindiket itu adalah melatih pekerja-pekerja baru mengenai teknik penipuan dengan menyamar sebagai pegawai kutipan hasil daripada sebuah bank tempatan.

“Hasil siasatan mendapati, mereka yang dilatih akan dipindahkan ke beberapa unit banglo sekitar Johor Bahru dan Kulai dalam tempoh sebulan selepas tamat latihan atau telah mahir menghafal skrip penipuan.

“Mereka akan menyamar sebagai pegawai-pegawai dari agensi penguatkuasaan sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Menurut Ayob Khan, ahli sindiket itu ditawarkan gaji sehingga RM3,000 sebulan tidak termasuk komisen tiga peratus setiap kali penipuan berjaya dilakukan dan bayaran sama diberikan kepada orang tengah bersama-sama wang bulanan untuk belanja harian sindiket.

Manakala individu yang berperanan sebagai penyelia dan tenaga pengajar yang bertindak sebagai ejen akan menerima upah sebanyak RM300 hingga RM800 bagi setiap pekerja baru yang di bawa masuk.

“Sindiket itu juga dikesan aktif merekrut pekerja untuk bertugas di pusat panggilan Macau Scam di luar negara antaranya Kemboja, Dubai dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau pun dalam negara,” katanya.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 11 telefon bimbit, dua komputer riba, satu mesin pencetak, satu perakam suara, sebuah buku catatan dan lima dokumen mengandungi skrip kerja.

“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya sindiket ini baharu beroperasi seminggu dan mereka yang menjadi ahlinya tidak sempat menerima bayaran gaji seperti yang ditawarkan,” ujarnya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ayob Khan turut memohon bantuan awam untuk mengesan dua lelaki yang dipercayai merupakan dalang kepada sindiket berkenaan iaitu Su Hao Shou, 33, yang beralamat di Taman Stulang, di sini dan Mohamad Khairuddin Syah, 25, yang beralamat di Taman Damai Jaya, Skudai.

“Kami yakin kedua-dua mereka masih berada di dalam negara. Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes jenayah komersil boleh hubungi talian 013-2111222,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ada polis yg menyamar jd pelatih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hrp2 dpt la tangkap semua scammer ni... Jahat sgttt
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 10:32 PM | Show all posts
Jangan lah sesekali kita ni hidup menyusahkan orang, kelak padahnya dikemudian hari
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrip mesti ada parcel kt pos laju kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm cita novel fixi.. geng2 scammer offer puak2 bermasalah, byk hutang utk di train kt akademi scammer.. bg elaun, mkn free, hostel.. tp akademi tu kt pulau buatan.. nmpk dr atas, pulau.. bwh pulau tu markas depa..
Cita tgantung.. tgh tgu sambungan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2021 01:33 AM | Show all posts
Suka layan bila depa call lg2 bila 'poslaju' call sbb ada parcel lom amik
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaaaa awat nama kampung tahana
Mmg tahana sungguh aihhh

Org utagha purba paham la maksud tahna nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 04:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miszclassique at 22-10-2021 04:45 AM

Khairuddin tu dulu sekolah sama ngan i... sekolah rendah lagi dah pernah kena tangkap polis sebab mencuri kt shopping mall... Makin mendoniaaa pulak dah beso2 ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 06:47 AM | Show all posts
mmm tahu tapi masih tak dapat buat apa apa????
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Scammer mmg patut dihukum mati. Kan bagus kalau boleh masuk dalam setiap premis tu,kunci pintu dan bunuh semua scammer dlm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyusahkan org...org yg kena scam sampai ada hidup melarat..semoga hidup ko sisah melarat..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang berwawasan macau scam ni. Ye la kan have to keep up with the time.  Mesti ada medical epf socso gak dgn bonus tahunan bila achieve kpi ye dok.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 02:48 PM | Show all posts
Harap sgt akaun bank dorng kena sekat, pastu polis refund balik mangsa2 scammer guna duit dorang.

mangsa yg dah report polis la.

at least, penjenayah2 ni dah selesai kat dunia. huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 22-10-2021 04:40 AM
Khairuddin tu dulu sekolah sama ngan i... sekolah rendah lagi dah pernah kena tangkap polis sebab me ...

Kasi gantung sampai mati je elok nye...keturunan x elok
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 22-10-2021 03:04 PM

sb dah tau MO depa..bila tau depa kol..Aku buka lagu opera cina..bg drng dgr..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Adi buah kana tak de kaitan ke dgn mamat ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2021 03:17 PM | Show all posts
kalau mangsa kena RM1 juta
komisen 3% x RM1 juta
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 03:18 PM | Show all posts
masih berleluasa
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 04:10 PM | Show all posts
scammer ni tak peduli tentang baik dan buruk yang penting dapat duit, mereka ini adalah penyakit masyarakat, masyarakat boleh rosak kerana scammer... modus operandi scammer yang bertukar2, terancang, tahu bila tak boleh makan mangsa dll tunjuk mereka memang belajar.. pendapatan sampai juta-juta tu memang boleh sangat upgrade dengan wujudkan sekolah.. bila ada sekolah dah boleh kata kerjaya dah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.382232 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list