View: 3128|Reply: 47
|
Proses Pembuatan Menjijikkan- Belacan Dipijak, Tauhu Bersepah Dan Tahi Tikus Ber
[Copy link]
|
|
Seberang Perai – Penggemar tauhu dan belacan pastinya akan hilang selera jika mereka mengetahui premis yang memproses produk makanan itu di dua buah kilang di sini berada dalam keadaan kotor sehingga diarahkan tutup.
Pengusaha kilang tauhu di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini dan sebuah lagi premis menghasilkan belacan di Butterworth diarah untuk menutup operasi mereka selama dua minggu mulai semalam bagi kerja-kerja pembersihan.
Tindakan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 tersebut dibuat susulan penemuan najis tikus di kedua-dua premis terbabit, malah belacan yang dijemur di sebuah kilang dipercayai turut dipijak oleh pekerja di situ.
Foto: Kosmo
Kedua-dua produk makanan tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan di sekitar Pulau Pinang sahaja.
Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan negeri, Mohd. Wazir Khalid berkata, najis tikus itu ditemui bertaburan di dalam stor makanan dan barang-barang di kedua-dua premis berkenaan dalam Ops Bersih yang dijalankan semalam.
Menurutnya, serbuan pertama dibuat terhadap sebuah kilang memproses tauhu di Kampung Selamat, Tasek Gelugor yang dipercayai telah beroperasi selama 10 tahun.
“Sebenarnya, kilang ini pernah diperiksa lebih dua bulan lalu, namun operasi pemeriksan yang dijalankan pihak berkuasa ketika itu hanya melibatkan soal pematuhan SOP (prosedur operasi standard) pencegahan Covid-19.
“Bagaimanapun, apabila kilang itu diperiksa semula hari ini (semalam), kami telah menjumpai najis tikus di dalam stor makanan dan barang-barang mereka,” katanya kepada pemberita semalam.
Mohd. Wazir memberitahu, selain najis tikus, keadaan kilang tauhu terbabit juga kotor dengan lebihan tauhu bersepah di atas lantai dan di sekitar mesin penghasilan makanan itu.
Dalam serbuan kedua, Mohd. Wazir berkata, kilang memproses belacan di Butterworth dipercayai telah beroperasi lebih lima tahun tanpa memiliki lesen perniagaan yang sah dan menggunakan logo halal meragukan.
Katanya, operasi premis terbabit dipercayai berselindung di sebalik sebuah kilang lain iaitu kilang memproses gaharu yang dipercayai mempunyai ikatan saudara dengan pemilik kilang memproses belacan itu.
“Kilang kedua yang diserbu ini juga mempunyai masalah berkaitan tahap kebersihan apabila belacan yang dijemur untuk diproses itu dipercayai turut dipijak oleh pekerja di situ,” ujarnya.
Mohd. Wazir memberitahu, dalam operasi itu, pihaknya mendapati lapan hingga sembilan pekerja di kedua-dua kilang terbabit belum mendapat suntikan typhoid dan mereka turut dikenakan kompaun secara individu untuk kesalahan itu.
Katanya, kesalahan lain yang turut dikesan dalam serbuan itu termasuk peralatan yang digunakan kotor, tidak memakai sarung tangan dan penutup kepala.
“Secara keseluruhannya, kami telah mengeluarkan sebanyak tujuh notis kompaun bernilai RM12,000 atas pelbagai kesalahan berkaitan kebersihan terhadap premis-premis terbabit,” ujarnya.
Selain 15 anggota Jabatan Kesihatan negeri khususnya BKKM, Ops Bersih itu turut disertai dua anggota penguat kuasa daripada Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 yang aku beli di Tanjung Dawai tu, bukan la macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Euwww pasti orang akan was2 nak beli belacan Penang tambah kalau tak tahu jenama mana punya angkara |
|
|
|
|
|
|
|
ini lah maslaahnya kalau tidak didedahkan jenama tersebut... mungkin reporter boleh kena saman tapi kalau begitu sepatutnya siapa yang dah termakan patut boleh saman kilang tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Belacan aku beli belacan dari Bintulu je. Bau tak menyengat, rasa pun sedap. Pernah beli belacan kat supermarket, tak sedap. Dulu aku tak faham perbezaan rasa belacan, now baru tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengajarannya beli la produk yg ada GMP, HALAL, HCCP, MESTI etc. Terjamin la skit |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha ai pun beli belacan mentah online dari tanjung dawai.. harap2 pembuatan dia tak menjijikkan
|
|
|
|
|
|
|
|
Suruh sahajalah tutup sampai kiamat.
Dah 2021 masih ada lagi kilang seperti itu di Malaysia?
Itulah akibatnya apabila pempimpn mengamalkan rasuah |
|
|
|
|
|
|
|
kg selamat tu dah kawasan ternakan babi, buat tauhu lagi...mmg A++ la
sungai puyu tu pon kawasan mata sepet gak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah perangai buat naya orang |
|
|
|
|
|
|
|
Buat belacan, budu, keropok lekor, kicap, mee kuning ni dah mcm wajib kena proses cara kotor agaknya.... Korang kalau rajin pegilah check... Aku berani jamin ini bukan satu2nya kilang yg buat mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
pernah tgk org buat kuih bakar yg popular tu?
pergi lar tgk yg kat kampung2 tu.
ada tu telur pun tak cuci bersih..
pernah masuk dlm majalah 3, proses buat belacn kat penang ke kat lumut
siap ada anjing lagi pi cium2 belacan tu
adoiii larrrr, terus seriau nak beli belacan segi4 tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Balik kampung beli belacan Melaka, home made by makcik aje. Nampak depan mata.
Allergy pun tak naik.
Kalau makan belacan dekat kedai makan, berapa jam lepas tu aje mesti dah gatal-gatal tangan dan kaki, baunya jangan cakaplah, basuh dengan sabun pun tak hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
kenari2101 replied at 21-10-2021 12:35 PM
pernah tgk org buat kuih bakar yg popular tu?
pergi lar tgk yg kat kampung2 tu.
ada tu telur pun tak ...
Haha. Ko rasa orang buat kuih banyak2 tu yang pakai telur tu Dorang cuci tak telur dulu? Sama jugak kedai makan restoran2. Aku selalu curious. Yang buat chat Kow tiaw tepi2 jalan tu..berpapan2 telur |
|
|
|
|
|
|
|
rahsia kelazatan makanan penang |
|
|
|
|
|
|
|
NekNgah replied at 21-10-2021 12:54 PM
Balik kampung beli belacan Melaka, home made by makcik aje. Nampak depan mata.
Allergy pun tak naik ...
Aah. Iols pakai belacan Melaka. Mak iols memang kirim kat sedara2 yg pergi Melaka. Takpun iols order kat jiran iols sebab dia orang Melaka. Gula kabung pun yang Melaka punya elok berderai ori tak macam batu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jom beli belacan Sg Berembang. Tokey dia pak menakan aku. |
|
|
|
|
|
|
|
belacan apa kau beli ni marjina, bau hapak lah, itu belacan pulau pinang puan |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai... belacan jenama pijak kaki... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib lah iols x buleh makan 2 perkara ini, tauhu sbb Iols alergi ngan soya n belacan pun alergi pengsan gatal hidung dibuatnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|