CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6719|Reply: 41

Maisinggah✿tempat menarik di Cameron Highland

[Copy link]
Post time 21-10-2021 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by LelaRentaka7 at 21-10-2021 09:19 AM


41 Tempat Menarik Di Cameron Highland | Percutian Dingin & Nyaman





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2021 09:21 AM | Show all posts
Edited by LelaRentaka7 at 21-10-2021 09:22 AM

41. The Sheep Sanctuary
Sumber: The Sheep Sanctuary

Alang-alang dah sampai ke Kea Farm, jangan lupa untuk singgah juga ke The Sheep Sanctuary. Tarikan yang dimiliki oleh Goh Bing Tzuan ini menempatkan dalam sekitar 14 ekor kambing biri-biri baka Merino yang didatangkan dari Australia. Ladang ini dibuka selepas beliau mendapat inspirasi dari ladang biri-biri yang terdapat di Taiwan.
Walaupun hanyalah sebuah ladang yang kecil, admin percaya, mesti ramai yang teruja melihat haiwan ternakan yang comel ini dengan lebih dekatkan? Tak puas tengok biri-biri je? Turut terdapat di sini adalah beberapa ekor arnab yang manja. Untuk masuk ke ladang ini tiada caj yang dikenakan, tapi anda boleh membeli makanan untuk diberikan kepada kambing dengan harga RM3 sepaket.
Sambil-sambil bagi makan tu, jangan lupa untuk bergambar. Jangka masa yang dianggarkan untuk anda meluangkan masa di sini adalah dalam sekitar 15 ke 20 minit. Lepas dah puas ‘berkenalan’ dengan haiwan yang ada, bolehlah rancang untuk ke destinasi yang seterusnya.
Alamat: Kea Farm Market, Cameron Highlands, Pahang



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:23 AM | Show all posts
Edited by LelaRentaka7 at 21-10-2021 09:26 AM

40. KHM Strawberries & JamSumber: KHM Strawberries & Jam

Seperti mana YZ Agro Farm, KHM Strawberries & Jam juga adalah sebuah ladang yang diusahakan oleh bumiputera di mana anda berpeluang untuk melawat kawasan kebun untuk melihat keadaan buah strawberi yang masih di dalam ‘habitat’nya serta mendapat peluang untuk memetik buah ini sendiri. Satu pengalaman yang pasti menyeronokkan terutama sekali anak-anak kecil.

Dah dapat merasa kehidupan seperti pengusaha kebun, anda boleh datang ke kedai makannya yang menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang menggunakan buah strawberi sebagai bahan asas. Yang syoknya, sambil makan, anda dapat menyaksikan pemandangan sekitar kebun strawberi.

Alamat: KHM Strawberries & Jam, No. 9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000, Cameron Highland, Pahang







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:28 AM | Show all posts
39. Ladang Teh BOH Sungai Palas
Sumber: Azami Adi Putera

Hampir setiap hari menikmati teh BOH semasa di rumah, tapi masih tak tahu lagi bagaimana keadaan ladangnya? Dan teringin nak tahu bagaimana teh yang diminum setiap hari ini dihasilkan? Datanglah ke Ladang Teh BOH yang terletak di Sungai Palas ini.
Aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di ladang teh ini di samping melihat bagaimana teh diproses di kilang adalah melawat kafenya untuk menikmati pelbagai hidangan yang terdiri daripada teh dan aneka pencuci mulut yang menyelerakan.
Sebelum pulang, anda boleh membeli pelbagai produk teh BOH yang telah dihasilkan segar dari ladang untuk dijadikan buah tangan.
Namun begitu, pengalaman yang paling sukar dilupakan adalah peluang untuk menikmati pemandangan yang disajikan di depan mata ladang teh BOH yang seluas pandangan mata dan penuh dengan kehijauan.

Alamat: Sungai Palas Garden, 39100 Brincahng, Cameron Highlands, Pahang


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:30 AM | Show all posts
38. YZ Agro Farm (Kebun Strawberry & Kafe)Sumber: YZ Agro Farm

Tercari-cari ladang yang diusahakan orang muslim? Ini adalah salah satu daripadanya, YZ Agro Farm yang terletak di Tanah Rata.
Setibanya di sini, anda boleh memetik buah strawberi sendiri sebelum turun ke kafe untuk menikmati pelbagai jenis masakan yang ada seperti patin masak tempoyak, mee kari, nasi lemak dan banyak lagi nasi campur lain yang enaknya bukan main. Jangan lupa untuk mencuba pencuci mulutnya juga seperti scone, aiskrim, waffle dan banyak lagi.
Apa yang wajib dicuba? Strawberry smoothie dan strawberry shakenya yang dihasilkan segar menggunakan buah strawberi daripada ladangnya sendiri.
Alamat: YZ Agro Farm, No. 22, Kamping Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:33 AM | Show all posts
Edited by LelaRentaka7 at 21-10-2021 09:36 AM

37. Ladang Teh Bharat (Cameron Valley House Tea 1 & Cameron Valley House Tea 2)
Sumber: Emiza Zulkifli

Cameron Valley House Tea 1 dan Cameron Valley House Tea 2 adalah 2 daripada 3 buah rumah teh yang diusahakan oleh Ladang Teh Bharat. Kedudukan kedua-duanya hanyalah bersebelahan antara satu sama lain.
Rumah teh yang pertama iaitu Cameron Valley House Tea 1 adalah sedikit kecil berbanding sebuah lagi dan terletak di sepanjang Jalan Besar antara Habu dan Tanah Rata.

Disebabkan laluan yang agak sempit, anda perlu berjalan kaki beberapa anak tangga untuk sampai. Di sini terdapat sebuah kedai teh dan juga rumah teh di mana anda dapat menghilangkan lapar sambil menyaksikan pemandnagan indah kawasan ladang.
Berjarak hanyalah 700 meter dari satu sama lain, rumah teh yang seterusnya iaitu Cameron Valley House Tea 2 adalah yang terbesar daripada 3 buah rumah teh yang diusahakan Bharat Group.

Untuk menuju ke sini anda hanya perlu berjalan kaki atau boleh meletakkan kereta di kawasan parking luas yang disediakan. Seperti mana di House Tea 1, Cameron Valley House Tea 2, turut menempatkan kedai teh dan juga tea house di mana anda boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan ladang teh.

Alamat: Bharat Tea Plantations Sdn. Bhd. Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-10-2021 09:38 AM | Show all posts
36. Cameron Valley Tea House Kuala TerlaSumber: Cameron Valley Tea House KT
Cameron Valley Tea House Kuala Terla adalah salah satu daripada 3 buah rumah teh di bawah Bharat Group.
Terletak di Kuala Terla, iaitu di bahagian utara Cameron Highlands, Cameron Valley Tea House Kuala Terla adalah rumah teh yang paling kurang dilawati jika dibandingkan dengan yang lain memandangkan lokasinya yang terletak agak jauh.
Sekiranya anda berpeluang ke sini, bolehlah singgah menikmati makanan di kafenya yang menghidangkan menu seperti puff, sup cendawan, aiskrim, kek dan pelbagai lagi pencuci mulut lain.
Lokasinya hanyalah bersebelahan dengan Cameron Adventurous. Cukup sesuai untuk anda singgahi sama ada sebelum melakukan aktiviti lasak di sana atau selepas kelaparan beraktiviti.
Alamat: Cameron Valley Tea House KT, 49th Mile Kuala Terla, Cameron Highlands, 39000, Tanah Rata, Pahang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:39 AM | Show all posts
35. Cactus PointSumber: Cactus Point,Cameron Highlands
Selain teh dan buah strawberi, tanaman lain yang agak popular di Cameron Highlands dan sering menjadi buah tangan sesiapa yang pernah datang bercuti ke sini adalah pokok kaktus. Salah satu lokasi di mana anda dapat melihat dan membeli bermacam gaya pokok kaktus adalah di Cactus Point.
Tarikan yang berlanskap indah ini adalah salah satu lokasi yang wajib disinggahi terutama sekali kerana kemasukannya juga percuma. Tempat meletak kereta yang disediakan juga cukup luas, jadi tak perlulah risau kalau anda datang pada musim cuti sekolah sekali pun.
Bukan sekadar kaktus, sebaik memasuki Cactus Point, anda akan terlihat pelbagai jenis tanaman bunga yang terletak di sebelah kiri, di sebelah kanan pula terdapat tanaman buah strawberi. Pokok kaktus pula boleh dilihat terletak di tengah-tengah kebun ini.

Alamat: Cactus Point, Brinchang, 39000 Cameron Highland, Pahang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2021 09:40 AM | Show all posts
34. Highlands Apiary FarmSumber: Highlands Apiary Bee Farm
Highlands Apiary Farm adalah sebuah ladang lebah yang terletak di Ringlet. Di sini, anda sekeluarga dapat mempelajari kitaran hidup lebah dan bagaimana madu lebah diekstrak daripada sarangnya.
Sebagai sebuah ladang lebah, ladang ini turut menghasilkan pelbagai tanaman bunga-bungaan yang penuh warna-warni sebagai sumber makanan bagi lebah untuk seterusnya menghasilkan madu.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan di ladang ini adalah melawati kedai madu lebah untuk membeli pelbagai produk berasaskan madu, peluang untuk memetik buah strawberi, mendengar penjelasan tentang bagaimana madu dihasilkan dan merasai madu secara percuma.
Alamat: 1/2 Jalan BOH, Tanah Rata, 39000 Ringlet, Pahang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:41 AM | Show all posts
33. Pasar Kea FarmSumber: Pasar Kea Farm
Sudah puas makan angin di Cameron Highlands? Kalau masih banyak ruang kosong dalam kereta anda tu, jangan balik dulu! Mai singgah ke Pasar Kea Farm.
Terletak hanyalah dalam sekitar 2 ke 3 km dari Brinchang dan Tringkap, di sini anda boleh melihat pelbagai pilihan sayuran dan buah-buahan segar seperti buah strawberi, oren, jagung mutiara, sayur kobis, produk jem, teh dalam aneka perisa dan bermacam-macam lagi yang diniagakan oleh kebanyakannya para pekebun dan petani sendiri.
Tidak jauh dari sini, anda boleh berjalan kaki untuk ke ladang lebah dan juga taman rama-rama.
Alamat: Kea Farm, 39100 Brinchang, Pahang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:42 AM | Show all posts
32. Rose & Orchid GardenSumber: O&R Garden Cameron Highlands
Setibanya di Rose & Orchid Garden, anda akan disambut oleh dekorasi bunga yang cukup menarik mata dan seorang jurugambar yang sentiasa bersedia untuk mangambil foto anda dengan berlatar belakangkan dekorasi ini.
Di ruangan yang seterusnya, anda dapat melihat pelbagai jenis burung termasuklah burung turki di dalam sangkar yang ada. Di dalam taman ini turut terdapat ladang sayuran, pokok bunga raya serta laluan pendek yang lengkap dengan pondok buluh.
Sebagai kebun bunga, sudah semestinya terdapat pelbagai jenis bunga beraneka warna yang sangat menyejukkan mata di samping dapat menikmati aroma yang cukup menyegarkan.
Sebelum pulang, anda boleh singgah ke kedai yang menjual pelbagai jenis tanaman atau ke restorannya untuk menghilangkan bunyi perut yang kelaparan.

Alamat: Rose & Orchid Garden, 74, Green Cow, 39000 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:44 AM | Show all posts
31. Taman Agro Al-MashoorSumber: Taman Agro Al Mashoor
Taman Agro Al-Mashoor yang terletak di Taman Sedia atau kawasan yang digelar sebagai ‘kampung Melayu’ ini adalah salah sebuah kebun strawberi yang agak terkenal di Cameron.
Perkara wajib yang anda mesti buat kalau datang ke sini adalah untuk mencuba aiskrim strawberinya yang dikatakan melampau keenakannya kerana rasa strawberinya yang cukup padu serta tekstur yang sangat berkrim.
Bukan sekadar menjual aiskrim yang enak, produk lain yang boleh dibeli serta dihasilkan sendiri oleh Taman Agro Al-Mashoor adalah seperti jem, kordial, halwa, sambal dan pelbagai lagi yang kesemuanya adalah berasaskan buah strawberi.

Alamat: Taman Agro Al-Mashoor, No. 20, Cameron Highlands, Taman Sedia, 39000, Tanah Rata, Pahang



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:45 AM | Show all posts
30. Arked Peladang Cameron HighlandsSumber: As Ma Ra
Hanyalah 500 meter dari Pekan Brinchang, Arked Peladang Cameron Highlands (Farmers Arcade) adalah lokasi tarikan di mana anda boleh membeli pelbagai tanaman bunga serta pokok kaktus untuk dijadikan hiasan di rumah.
Antara pokok bunga yang boleh didapati di sini adalah bunga matahari, bunga raya, bunga lavender dan lain-lain lagi. Dengan kedudukan pokok bunga yang bercampuran antara satu sama lain, campuran aroma bunga mekar yang menyapa deria bau melahirkan suasana yang sungguh menyegarkan. Ingin menikmati aroma yang sama sepanjang perjalanan pulang menaiki kereta? Belilah sebanyak mungkin jenis bunga yang ada ya?
Kedudukannya yang terletak sederet dengan pelbagai kedai lain memudahkan anda untuk mencari pelbagai lagi cenderahati serta produk yang sinonim dengan Cameron Highlands.


Alamat: Farmers Arcade Cameron Highlands, 39000, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:46 AM | Show all posts
29. Taman Pertabalan Tanah RataSumber: Taman Pertabalan Cameron Highlands
Terletak di tengah-tengah kawasan bandar, Taman Pertabalan Tanah Rata adalah lokasi yang menarik untuk anda mendapatkan udara segar sambil menikmati pemandangan lanskap indah di sekitar.
Suhu di taman ini terutama sekali pada waktu pagi dan lewat petang sungguh dingin, cukup menarik untuk dijadikan lokasi berjogging dan berekreasi bersama keluarga.
Anak-anak pula boleh berseronok bermain di taman permainan yang disediakan. Selain itu, anda juga boleh menyewa basikal yang disediakan untuk makan angin sepuas hati di sekitar taman.
Nak lebih seronok? Apa kata kalau anda beli buah-buahan atau makanan segar yang ada di sekitar Cameron Highlands sebelum datang ke sini untuk berkelah? Pemandangan yang indah, makanan segar dan udara yang dingin, apa lagi yang anda perlukan untuk sebuah percutian yang sempurna?

Alamat: Taman Pertabalan Tanah Rata, 12, 59, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:47 AM | Show all posts
28. Taman Rama-Rama Kea FarmSumber: Ichinohe / CC BY 2.0
Taman Rama–Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang. Kalau anda ingin belajar sedikit tentang kehidupan semulajadi rama-rama atau melihat spesis rama-rama beraneka jenis.
Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas dan jangan terkejut jika ada yang hinggap di baju anda semasa anda berada di sana nanti.
Selain dari rama-rama anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.

Alamat: Batu 43, Kea Farm, 39100, Cameron Highland

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:48 AM | Show all posts
27. MARDI Agrotechnology ParkSumber: Zaimah
Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highland yang berjaya menarik sebanyak 100,000 pengunjung setiap tahun dan merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia.
Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai pokok buah-buahan yang beraneka jenis.
Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.

Alamat:  JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2021 09:49 AM | Show all posts
26. Muzium Time Tunnel
Sumber: Ipohworld.com

Muzium ini dibuka oleh seorang penduduk tempatan bernama See Kok Shan dan merupakan koleksi peribadinya. Di dalam terdapat sebenyak 1740 barang bersejarah yang dipameran.
Muzium Time Tunnel ini dijadikan tempat menyimpan memori dan sejarah Cameron Highland dari zaman perintahan British hinggalah ke zaman sekarang.
Antara pameran yang menarik di sini adalah barang ketinggalan kerajaan British, baju kaum peranakan, dapur antik yang penuh dengan hiasan lama, barang koleksi antik seperti kotak rokok dan tin minuman lama. Muzium ini boleh di jumpai di Brinchang dan ia berkonsi tempat dengan Kok lim Strawberry Farm.

Alamat: UT/MR/F-255, Jalan Sungai Burong, Brinchang, 39100 Cameron Highlands.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:51 AM | Show all posts
25. 5D Art MuziumSumber: Cameron Square
Baru-baru ini terdapat sebuah kompleks membeli belah baru sahaja dibuka bernama Cameron Square. Apabila dibandingkan dengan shopping kompleks yang lain ia unik sedikit kerana didalam bangunan ini terkandung sebuah muzium yang luar biasa.
5D Art Muzium ini terletak di tingkat 2, dan ia merupakan pameran lukisan 5D beraneka tema. Jika anda seorang peminat setia selfie pastikan anda datang ke sini untuk bergambar sebentar.
Alamat: The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, Brinchang, 39100 Cameron Highland

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:52 AM | Show all posts
24. Cactus ValleySumber: Subuttra Farm

Bukan selalu kita dapat melihat sebuah taman penuh dengan pokok kaktus betul? tapi di Cactus Valley anda dapat berjalan di taman yang dihias penuh dengan beraneka jenis pokok kaktus.
Jika anda berada di pekan Brinchang anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk sampai ke Cactus Valley. Selain daripada melihat pokok kaktus, jika anda berminat, anda juga boleh membeli satu pokok kaktus untuk dibawa pulang sebagai kenangan.


Alamat: Cactus Valley, Pekan lama, Brinchang, 39100, Cameron Highlands.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 09:58 AM | Show all posts
23. Lata IskandarSumber: Yasmine Aliza

Dalam perjalanan ke Cameron Highland, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar.
Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan pada hari yang panas.
Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.070084 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list