CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 4

[Tempatan] PN Sarawak mau Kuching jadi second capital of Malaysia!

  [Copy link]
Post time 20-10-2021 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by xanderz at 20-10-2021 02:55 PM

Bandaraya Kuching boleh diangkat sebagai ibu negara kedua negara ini, berikutan kedudukan strategiknya, termasuk berpotensi menjadi pintu masuk Asean, susulan pembukaan ibu negara Indonesia yang baharu di Kalimantan, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sarawak Jaziri Alkaf Suffian.

Katanya, ibu negara Indonesia berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada 2025.“Ini kerana kawasan lokasi ibu kota baharu (Indonesia) yang terletak di kawasan antara Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara dan dinaungi dua kota iaitu Balikpapan dan Samarinda, dilaporkan telah diperuntukkan sebanyak USD$32 billion oleh kerajaan Indonesia dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2025.

“Pembangunan itu nanti sudah tentu akan merapatkan perhubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia kerana akan lebih ramai rakyat saling berkunjung antara satu sama lain, selain dijangka membawa kemakmuran ke wilayah Kalimantan yang sekali gus akan dapat membawa tempias kemakmuran ke Sarawak dan Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Jaziri berkata, dijangkakan pada 2050, Indonesia dilihat bakal menjadi ekonomi keempat terbesar dunia selepas China, AS dan India, malah lebih besar daripada Jepun.“Maka, impaknya juga akan turut dirasai di Sarawak, Malaysia and juga di rantau Asean.Jadi, sudah sampai masanya pembangunan di Sarawak dan Sabah perlu selari dengan pembangunan di ibu kota baharu Indonesia nanti,” katanya.

Katanya, kita tidak mahu lagi terus ketinggalan dan hanya dapat melihat pembangunan yang pesat di Kalimantan, tetapi Sarawak dan Sabah masih tertinggal dari arus pembangunan dan rakyat masih tidak mendapat apa-apa manfaat dari pembangunan pesat ini.

“Oleh itu, saya sangat berharap agar Perdana Menteri dapat memperuntukkan sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan peruntukan pembangunan asas Persekutuan untuk diagihkan kepada Sarawak dan Sabah,” katanya.
Katanya, usaha menambah peruntukan ini penting dalam menyahut keperluan apabila ibu kota baharu Indonesia terbabit beroperasi sepenuhnya kelak.

Pada 26 Ogos 2019, Presiden Indonesia Joko Widodo, mengumumkan sebuah ibu negara baharu akan dibina antara daerah pentadbiran Penajam Paser Utara dan daerah Kutai Kartanegara di wilayah Kalimantan Timur.

sumber : fmt

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Buek org pening buek apooo!
No need…
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 12:51 PM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 03:17 PM | Show all posts
PNtek lah kau kalau org non sarawak nak masuk srwak pon masih kena isi entersarawak bullshit tu siap limitkan bilangan flight nak masuk sana! "Kami toleransi antara kaum sgat tinggi, tpi kalau dengan non sarawakian kami sangat rasis, cdak lepeh"!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 05:27 PM | Show all posts
So orang malaya, masuk Kuching tak payah scan IC macam Labuan. Are you serious?

Dah tu ibu negeri Sarawak nak pindah ke Sri Aman ka?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056157 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list