|
Penggambaran drama Roti Cicah Susu terbitan syarikat milik penerbit dan pelakon, Sheila Rusly didakwa dibuat tanpa Sijil Perakuan Penggambaran (SPP).
Namun Sheila kata ia adalah tak benar sama sekali.
Tambah Sheila, dia kecewa pabila pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia mengarahkan kerja penggambaran dramanya di Perak Techno Trade Centre (PTTC), Ipoh, dihentikan pada 12 Oktober lepas.
Foto: IG
Jelasnya, syarikatnya dan memiliki sijil berkenaan, dikeluarkan Finas menerusi surat bertarikh 30 September lalu.
"Saya tak langgar undang-undang atau curi-curi buat penggambaran.
"Jadi kenapa serang production saya? Pergi cari produksi yang buat penggambaran tak ikut SOP, guna pekerja atau pelakon yang tak lengkap vaksin.
"Kenapa cari saya yang ikut SOP, ikut undang-undang. Saya tak buat kerja kotor, saya kecewa dengan Finas," katanya kepada mStar.
Menurut surat yang dikongsikan di IG, SPP bagi penggambaran drama tersebut berkuatkuasa dari 30 September hingga 18 November depan.
Isteri kepada Jinggo ini juga menyatakan Finas sepatutnya membuat semakan rekod terlebih dulu sama ada syarikatnya mempunyai SPP atau tidak dan bukannya mengambil tindakan hingga menjejaskan reputasi.
"Bukan nak menambah masalah, sepatutnya sebelum menabur fitnah buat la sedikit homework sama ada produksi saya ada SPP atau tak... boleh je tanya staff saya.
"Of course isu ini mencalarkan imej saya apabila kami tak dapat masuk ke PTTC.
"Saya mengharapkan Finas sebagai badan yang dilantik khas dapat memudahkan dan membantu kami menerbitkan drama yang berkualiti tanpa ada masalah macam ni." -CARI
|
|