CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 1

[Borneo] Usaha bersepadu perlu bagi golongan ‘Enggan terima vaksin’

[Copy link]
Post time 20-10-2021 01:05 AM | Show all posts |Read mode
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang merancanguntuk menjejaki golongan yang enggan menerima vaksin dalam mengenalpasti punca sebenar keengganan mereka divaksinasi.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching (DBKU)) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata setahu kementeriannya, terdapat segelintir masyarakat yang enggan menerima vaksin disebabkan perasaan takut manakala selebihnya tidak mempercayai fungsi vaksin.

Menurutnya, golongan yang tidak percaya dengan vaksin atau antivaksin perlu diberikan kaunseling untuk menerangkan mengenai kepentingan vaksin.

“Satu usaha bersepadu perlu kita lakukan untuk berbincang dengan mereka yang rasanya tidak percaya dengan faedah mendapat vaksinasi ini dan cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah langkah yang baik.

“Namun demikian kita harap dapat dilanjutkan untuk negeri Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Pegawai perubatan kita dapat memberi kaunseling kepada mereka yang tidak mahu mendapatkan vaksin ini,” katanya kepada TVS.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai golongan antivaksin yang mungkin terpaksa berdepan kehidupan yang sukar kerana tidak akan dibenarkan menikmati kemudahan kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi secara berterusan.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, setakat ini lebih kurang 74.1 peratus penduduk dewasa di Sarawak sudah melengkapkan dua doa vaksin.

“Vaksin amat penting untuk memastikan masyarakat dapat terus hidup bebas dan meningkatkan sistem imun badan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, golongan atau individu yang enggan menerima vaksin sudah pasti akan berdepan masalah kerana kelonggaran yang diberikan sekarang adalah untuk mereka yang sudah melengkapkan vaksin. – TVS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2021 01:12 AM | Show all posts
secara pribadi FC rasa ... biar jer lah mereka yang takmo vaksin ni ... kecuali mereka yang bekerja berdepan dengan mereka yang dibawah umur ... contoh cikgu ...

sebab sekarang ni peratusan yang dah vaksin pun banyak dah ...
risiko untuk mereka yang tak vaksin ni lebih tinggi dari yang dah vaksin...


yang dah vaksin walaupun kena Covid ... ramai hanya akan dapat tanpa gejala atau gejala ringan ...
untuk yang tak vaksin pula ... mungkin kesan nya lebih teruk...?
jadi rasa nya takde apa nak d risaukan sangat ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.056212 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list