CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Dunia] Dakwa ‘diganggu’ Taliban, penerbangan Pakistan gantung operasi ke Afghani

[Copy link]
Post time 17-10-2021 04:35 AM | Show all posts |Read mode
Dakwa ‘diganggu’ Taliban, penerbangan Pakistan gantung operasi ke AfghanistanReuters -

October 14, 2021 8:37 PM



Syarikat penerbangan itu berkata kakitangannya di Kabul menghadapi “sikap mengancam” komander Taliban. (Gambar AP)



ISLAMABAD: Pakistan International Airlines (PIA) menggantung penerbangan ke ibu negara Afghanistan hari ini akibat “gangguan teruk” pihak berkuasa Taliban.
Ini termasuk perubahan peraturan sewenang-wenangnya dan ugutan terhadap kakitangannya, kata syarikat itu.

Keputusan itu dibuat susulan kerajaan Taliban mengarahkan syarikat penerbangan berkenaan – satu-satunya syarikat antarabangsa yang beroperasi di Kabul – untuk memotong harga tiketnya ke tahap sama seperti sebelum penggulingan kerajaan pro-Barat terdahulu pada Ogos.“Kami menggantung operasi penerbangan ke Kabul mulai hari ini kerana sikap menindas pihak berkuasa,” kata jurucakap.

Terdahulu, Taliban memberi amaran PIA dan syarikat penerbangan Afghanistan, Kam Air, bahawa operasi mereka berisiko disekat melainkan bersetuju mengurangkan harga tiket yang kini amat tinggi, menjangkaui kemampuan kebanyakan rakyat negara itu.

Memandangkan kebanyakan penerbangan antarabangsa tidak lagi memasuki Afghanistan, tiket untuk penerbangan ke Islamabad dijual semahal USD2,500 (RM10,385) oleh PIA, menurut ejen pelancongan di Kabul, berbanding USD120-150 (RM498-RM623) sebelum ini.

Penerbangan antara Afghanistan dan Pakistan amat terhad sejak Lapangan Terbang Kabul dibuka semula bulan lalu, selepas lebih 100,000 rakyat negara Barat serta tempatan dipindahkan susulan kemenangan Taliban.

PIA berkata sejak kerajaan Taliban yang baharu dibentuk, kakitangannya di Kabul menghadapi pertukaran peraturan saat akhir selain “sikap mengancam” komander Taliban.

Katanya, wakilnya di negara itu ditahan dengan diacukan pistol selama beberapa jam dan hanya dibebaskan selepas campur tangan Kedutaan Pakistan di Kabul.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.066737 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list