CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Borneo] PDRM buka siasatan terhadap individu sebar berita palsu Covid19

[Copy link]
Post time 17-10-2021 04:01 AM | Show all posts |Read mode
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka dua kertas siasatan terhadap individu yang dipercayai antara golongan antivaksin susulan perkongsian berita palsu berhubung pengambilan suntikan vaksin COVID-19 di laman sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kertas siasatan pertama melibatkan satu klip video yang memaparkan seorang wanita mengaitkan kematian dua orang murid sekolah di Ipoh, Perak dengan pengambilan suntikan vaksin COVID-19.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada pengarah pendakwaan negeri dalam tempoh terdekat untuk arahan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Jalil berkata kertas siasatan kedua pula membabitkan pemilik akaun Twitter Khalid@khalids yang memuat naik ciapan berhubung kematian 41 orang guru disebabkan suntikan vaksin COVID-19.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penyalahgunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“PDRM masih menunggu laporan profiling daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk tindakan selanjutnya,” kata Abd Jalil.

Beliau seterusnya menasihatkan prang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit untuk menyebarkan sebarang maklumat yang tidak dipastikan sumber kesahihannya sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara,” katanya.

Semalam Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata kementeriannya telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin yang menyebarkan maklumat palsu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.221119 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list