CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 657|Reply: 0

Malaysia, Perancis terikat aksi hoki persahabatan

[Copy link]
Post time 15-10-2021 11:43 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia, Perancis terikat aksi hoki persahabatanOktober 15, 2021 @ 11:29pm



Arulselvaraj memberi arahan kepada pemainya ketika bertemu Perancis dalam aksi persahabatan di Pysat Hoki Wales sempena Siri Jelajah UK. Keputusan berakhir 1-1. - Foto ihsan Facebook MHC



KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, A Arulselvaraj kagum dengan kualiti dipamerkan Muhammad Marhan Mohd Jalil selepas beraksi cemerlang membantu Malaysia mencatat keputusan 1-1 dengan Perancis pada Siri Jelajah United Kingdom (UK) 2021, hari ini.

Arulselvaraj berkata sebagai kapten pasukan, Muhammad Marhan tidak pernah jemu untuk menaikkan semangat rakan sepasukannya di atas padang selain berusaha mendapatkan gol penyamaan selepas ketinggalan kepada pasukan dari Eropah itu pada aksi di Pusat Hoki Wales.

Dalam perlawanan berkenaan, Perancis terlebih dahulu berada di depan menerusi gol padang pada minit ke-52, namun Muhammad Marhan muncul wira 'Speedy Tigers' selepas jaringan padangnya empat minit kemudian mengikat kedudukan 1-1 sehingga perlawanan tamat.

Arulselvaraj pada masa sama menyifatkan Perancis adalah pasukan yang berkualiti tinggi apabila membariskan pemain yang beraksi di Liga Belgium selain bakal turun beraksi di perlawanan pra Piala Dunia, minggu hadapan.

"Tidak kira sama ada ia berstatus perlawanan persahabatan atau perlawanan ujian, standard kami adalah sama kerana ini adalah proses kami untuk terus membawa semangat mentaliti untuk menang dalam pasukan. Kami akan turun beraksi dalam setiap perlawanan dengan mental, emosi, dan fizikal yang bersedia untuk menang.

"Selepas perlawanan sebenar berakhir, kami mengadakan latihan 'shoot-out' dan kami memenangi latihan tersebut. Jadi ia adalah satu petanda yang baik dari sudut mentaliti dan corak pemikiran untuk mendapatkan kemenangan," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Muhammad Marhan berkata masih terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki pasukannya yang kini telah meletakkan satu tanda aras untuk menang dalam setiap perlawanan disertai mereka.

"Kami bermula dengan perlahan tetapi pada suku ketiga dan keempat kami meningkatkan tempo perlawanan. Apa yang akan kami cuba lakukan untuk perlawanan akan datang, kami akan terus memperbaiki kelemahan dan mencari kemenangan pada perlawanan tersebut," katanya.

Skuad negara akan menyambung semula siri jelajah mereka pada Isnin ini yang dijadual bertemu Perancis sekali lagi pada pukul 8 malam waktu Malaysia. - BERNAMA


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.056616 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list