CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Sarawak] Kurang kakitangan punca sesak

[Copy link]
Post time 15-10-2021 05:09 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Kekurangan kakitangan adalah salah satu punca utama berlakunya kesesakan di kaunter Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Miri.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, terdapat lima daripada 12 jawatan yang ada di pejabat itu masih belum diisi termasuklah jawatan ketua cawangan.

"Untuk menyelesaikan masalah ini, saya berharap pihak LPKP dapat mempercepat pengisian kekosongan jawatan khususnya ketua cawangan yang berperanan penting dalam meluluskan sebarang permohonan," katanya.

Beliau yang juga Adun Senadin berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke LPKP Miri pagi semalam susulan maklum balas daripada orang awam mengenai isu perkhidmatan permohonan, pembaharuan, penukaran lesen dan sebagainya.

Tambahnya, sebarang urusan dapat diselesaikan dengan cepat jika kaunter di pejabat tersebut ditambah yang mana ia hanya dapat dilaksanakan dengan penambahan kakitangan.

Justeru, ujar beliau, masalah kekurangan kakitangan tersebut akan dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia di Putrajaya.

"Saya telah membuat panggilan telefon terhadap Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Dato’ Henry Sum Agong berkenaan perkara ini," jelasnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Cawangan LPKP Miri, Saini Tamin berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan urusan perlesenan kenderaan perdagangan Zon Utara Sarawak seperti Permohonan Lesen Baru, Permohonan Membaharui, Permohonan Semula, Permohonan Ubahsyarat Lesen, Permohonan Ubahsyarat Surat Tawaran dan Permohonan Kad Pemandu yang meliputi Bahagian Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas.

Bagi yang memerlukan perkhidmatan di LPKP, orang ramai diminta untuk mendapatkan temu janji dengan menghubungi LPKP Miri di nombor 085-419876 atau 085-420641.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:45 PM GMT+8 , Processed in 1.145744 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list