View: 780|Reply: 12
|
Lapan Orang Hilang Tempat Berteduh, Rumah Hangus Dibakar Ahli Keluarga Tak Waras
[Copy link]
|
|
Lapan penghuni dari dua buah rumah hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka disyaki dibakar salah seorang ahli keluarga yang mengalami masalah mental di Tanjung Sedili, di sini.
Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Azman Jantan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 6.49 pagi membabitkan rumah beralamat di Jalan Konkrit Perikanan Tanjung Sedili sebelum menghantar 18 anggota termasuk dari BBP Bandar Penawar ke lokasi.
Katanya, kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis struktur kekal bersambung yang masing-masing berkeluasan 18 kaki x 25 kaki persegi.
Foto: Utusan Online
“Kedua-dua buah rumah berkenaan dihuni seramai lapan orang daripada dua buah keluarga yang mempunyai hubungan persaudaraan.
“Hasil maklumat awal diterima kebakaran telah disedari apabila salah seorang penghuni yang mempunyai masalah mental memaklumkan kepada kakaknya yang beliau telah membakar rumah tersebut.
“Bagaimanapun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. -CARI
Sumber: Utusan Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Silap la pegi bagi orang mental duduk sekali. Fah banyak kejadian macam ni terjadi. Even kejadian yang membunuh2 pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kes adik kawan iol...
Schizo, paranoid
Mak pak da tua tapi anak pulak ada masalah kesihatan mental
Akak2 abang dah malas nak jaga |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai.. mujuq tak dak yg hilang nyawa |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya sskjp lg..
kalau org mental xblh tak mkn ubat..jd nk mengamuk jer..agaknya xmkn ubt kot..bahaya..kalau letak kt tmpt org gila blh ke org gini..serba salah kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Johor kan? Ke families tu asal dr sskjp |
|
|
|
|
|
|
|
Orang mental ni kena dapatkan bantuan pakar untuk pulihkan harap family je jaga boleh mendatangkan bahaya macam dalam kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
Memang musim rumah terbakar dek perangai mental ke? Kesiannya ahli keluarga yang ada family member penagih dan mental. Dua2 ni sangat merbahaya dibawa tinggal sekali. Tak leh trigger habis la nyawa kita terancam. |
|
|
|
|
|
|
|
tu nsb baik dia bgt jg..kalau diam2 jer tak sedar bahaya jg kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
It's not easy, cakap mmg senang... Bukan family kita, aku pun setuju kalau org tak siuman ni hantar ke hospital bahagia, tp kalau jadi kat family aku, agak susah nak komen sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb sampai la masyarakat masih xcakna pasal bahaya masalah mental baik pd pesakit @ pd ahli keluarga. Menda dh jd stigma masyarakat pndang buruk kt org gila / hospital gila. Biaq sakit mcm ni goes untreated ibarat mngundang musibah. Igt blk kes2 dlu. Mak pn boleh p sembelih ank sendri. Bringt la masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
err kat sedili rupanya.. baca tajuk je kat fb, ingat kat negeri lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|