CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 613|Reply: 1

Ramai mahu Jamie Costa jadi Robin Williams

[Copy link]
Post time 15-10-2021 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Ramai mahu Jamie Costa jadi Robin Williams


Jamie (kiri) dan Robin.

Los Angeles: Video pendek yang dimuat naik pelakon peniru gaya, Jamie Costa sebagai mendiang bintang Hollywood Robin Williams mencuri perhatian ramai peminat bintang filem itu.

Dalam video pendek berdurasi lima minit dengan keterangan 'Robin Test Footage Scene' itu, Costa memegang watak sebagai Williams di samping Sarah Muphree yang memegang watak sebagai Pam Dawber di set penggambaran Mork & Mindy.

Video pendek itu seterusnya menerima banyak komen daripada peminat Williams dan meminta supaya Costa membintangi filem biopik pelakon itu.

"Siapa lagi yang mampu menolak kemampuan Jamie membawa watak sebagai Robin dalam biopik sejak pertama kali dia meniru gaya Robin," tulis seorang netizen di Twitter.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter yang lain juga menganggap bahawa Jamie mampu meniru gaya Robin dengan begitu teliti.

"Ada satu benda yang kita boleh tiru mengenai orang lain, tapi apa yang dilakukan Jamie ada segala aspek dari bunyi percakapannya, tingkah lakunya dan ekspresinya yang sangat luar biasa.

"Saya harap, filem (biopik) akan dihasilkan. Saya masih dapat rasakan kesedihan atas pemergiannya," tulisnya.

Williams meninggal dunia selepas berjuang sebagai pesakit Lewy Body Dementia dan membunuh diri pada 2014.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... jadi-robin-williams

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada rupa RW... 2014... Mcm baru aje dia xde
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 19107 Replies : 125
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49021 Replies : 38
Suami Zahnita disiasat atas Akta Keganasan Rumah Tangga
maklukpenggodaSuami Zahnita disiasat atas Akta Keganas
Views : 38756 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan ...
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 32793 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 258135 Replies : 7170
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50596 Replies : 40
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 62977 Replies : 357
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92806 Replies : 940
Sedikit kata-kata dari Abbuya
dodenSedikit kata-kata dari Abbuya
Views : 29135 Replies : 2
Budak Tingkatan 2 Kena Kenduri Di Malam Lumba Haram
^CUN_GILA~.Budak Tingkatan 2 Kena Kenduri Di Malam
Views : 41279 Replies : 160

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.193560 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list