View: 545|Reply: 2
|
[Sarawak]
Maya Karin di Kuching untuk Teater Muzikal Puteri Santubong
[Copy link]
|
|
Maya Karin yang memegang watak Putri Santubong dalam teater muzikal berjudul ‘Putri Santubong The Warrior Princess’ tidak sabar hendak melakonkan watak yang sangat diidamkannya selama ini.
Pelakon terkenal ini sering ditanya oleh wartawan, apakah watak yang diidamkan. Jawapannya, ‘puteri pahlawan’! Tawaran daripada Kampung Budaya Sarawak diterimanya dengan semangat berkobar-kobar ingin menjayakan teater ini.
“Dah sepuluh tahun dah saya cakap, saya nak melakonkan watak puteri pahlawan. Tetapi sebelum ini ada naskhah filem yang suhaimi baba dah sediakan…dah lama.
“Dia mahu berikan watak puteri pahlawan kepada saya, cuma dari segi peruntukan kewangan asyik sangkut, sampai dah hilang harapan.
“Nampaknya impian saya, insya-Allah tercapai (dengan teater muzikal Putri Santubong The Warrior Princess),” ceritanya ketika ditemui di Kampung Budaya Sarawak, Kuching – lokasi pementasan teater ini - pada Rabu (13 Oktober 2021).
Maya Karin yang begitu teruja dengan watak dinantikannya, berada di Kuching selama tiga hari untuk mengetahui lebih lanjut watak dan proses lain yang terbabit dalam penghasilan teater ini.
Teater ini dibawakan oleh Kampung Budaya Sarawak yang ditaja Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.
Ia akan dipentaskan pada 11 dan 12 Disember 2021, pukul 9:00 malam dan ditayangkan secara langsung menerusi www.putrisantubong.com.my
Penerbit Eksekutif, Zaini Zainuddin menjelaskan teater ini mengisahkan perubahan dalam peradaban kehidupan manusia di bumi yang digalur atur oleh kegemilangan seorang Putri atau Ratu Sarawak dari kayangan iaitu Putri Santubong.
Suatu ketika dahulu, jauh di atas daratan, menceritakan tentang kehebatan dan kegemilangan sebuah kerajaan di bawah pemerintahan Ratu (Putri Santubong) yang membina peradaban di Nusantara yang membentuk kehidupan baru terutamanya dalam dunia kesenian muzik dan tari, kraftangan dan sulaman serta social ekonomi dalam perikanan dan penanaman.
Pementasan ini adalah usaha untuk membuka dimensi yang berbeza dari persepsi masyarakat terhadap Putri Santubong sebagai Puteri Pahlawan dan bukannya kisah dongeng yang diterima oleh dua puteri yang memperjuangkan keagungan kecantikan mereka dan kecintaan mereka dengan putera.
Selain Maya Karin, teater ini turut membariskan Azrel Ismail sebagai Raja Kayangan, Sofi Jikan (Dewa Kejora), Anding Indrawani (Datuk Nakhoda) dan Dewi Liana Seriestha (Putri Sejinjang).
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|