CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 2

[Sarawak] [ Alert ] Macau Scam: Guru di Mukah rugi lebih RM70,000

[Copy link]
Post time 14-10-2021 10:05 PM | Show all posts |Read mode
MUKAH: Seorang guru sekolah rendah aliran vernakular di Mukah berusia 36 tahun mengalami kerugian berjumlah RM77,249.50 setelah menjadi mangsa baharu sindiket penipuan 'Macau Scam'.


Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, pada 11 Oktober lalu mangsa telah menerima satu panggilan daripada satu nombor tidak dikenali.


"Pemanggil memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai bank dan memberitahu mangsa bahawa terdapat tunggakan bayaran kad kredit Platinum Master Card atas nama mangsa sebanyak RM11,328.00 disebabkan pembelian secara atas talian," katanya kepada Utusan Borneo.


Jelasnya, mangsa menafikan kad kredit tersebut kepunyaannya dan pegawai bank tersebut mengatakan kad itu telah digunakan serta didaftarkan atas nama mangsa oleh individu lain.


"Mangsa kemudiannya seterusnya dihubungi oleh seseorang yang mengakui sebagai pegawai penyiasat daripada Bank Negara dan akaun bank pengadu sedang disiasat.


"Bagi mengukuhkan penipuan, satu lagi panggilan dibuat kepada mangsa dimana kali ini pemanggil mengatakan beliau adalah seorang anggota polis berpangkat Inspektor," dedah Rizal.



Mengulas lanjut, katanya mangsa kemudian dikehendaki memberikan nama pengguna, kata laluan serta nombor TAC miliknya.


Terpedaya dengan modus operandi berkenaan, tambahnya mangsa yang akhirnya terpedaya memberikan maklumat perbankannya dan berikutan itu dua transaksi wang ke akaun tidak dikenali dilakukan berjumlah RN19,999.50   berlaku.


"Tidak cukup setakat itu, mangsa juga diarahkan untuk membuat pemindahan wang di sebuah bank melalui mesin ATM ke akaun atas nama seseorang sebanyak tujuh transaksi berjumlah RM57,250.00 untuk tujuan penyiasatan dan penetapan semula akaun.


"Mangsa mula menyedari dirinya telah tertipu apabila setelah semua transaksi, beliau telah disekat untuk berhubung melalui aplikasi Whatsapp oleh Inspektor tersebut," ujarnya.


Berikutan itu, katanya, mangsa tampil membuat laporan polis pada 13 Oktober 2021.


Kes disiasat di bawah Seksyen 402 Kanun Keseksaan.


Dalam kes berasingan, Rizal berkata, seorang pembantu pengurusan di sebuah sekolah rendah di Dalat, berusia 38 tahun mengalami kerugian RM10,150 setelah menjadi mangsa kes penipuan pinjaman tidak wujud.


Jelasnya, pada 30 September lalu, mangsa dipercayai tertarik dengan iklan pinjaman wang yang disiarkan di dalam Facebook.


"Mangsa telah menghubungi nombor yang dipaparkan untuk mengetahui dengan lebih lanjut maklumat mengenai pinjaman berkenaan.


"Panggilan menerusi Whatsapp mangsa dijawab oleh seseorang yang mengaku dirinya sebagai 'Helmi' dan setelah berpuas hati dengan penjelasannya, mangsa  akhirnya bersetuju untuk membuat satu pinjaman berjumlah RM40,000," jelasnya.


Namun, katanya bagi meneruskan urusan pinjaman, mangsa dikehendaki membuat pembayaran.


Mangsa akhirnya membuat pembayaran melalui tiga transaksi berbeza ke atas nama berlainan dengan pembayaran pertama adalah RM650, transaksi kedua RM 6,700 manakala transaksi terakhir adalah RM2,800.


"Mangsa akhirnya sedar dirinya terpedaya apabila tidak dapat lagi berhubung dengan Helmi sebelum tampil membuat laporan polis pada 13 Oktober 2021," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2021 11:44 AM | Show all posts
Hurmmm,, cikgu pon kene scam.. sebelom  ni punya lah hot pasal kes macau scam ni pon dia xalert lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2021 11:47 AM | Show all posts
squeeze replied at 15-10-2021 11:44 AM
Hurmmm,, cikgu pon kene scam.. sebelom  ni punya lah hot pasal kes macau scam ni pon dia xalert lagi ...
kan ...


kalo acik2 kat kampung nun atau yang tak kerja ... kena scam ... logik la juga kan ...








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.489896 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list