CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Lady_Ervana

Cerita Lagenda & Mitos Di Sabah

[Copy link]
 Author| Post time 14-8-2010 10:25 PM | Show all posts
LAGENDA TINAGAT

Ramai yang tahu Pantai Batu Payung atau Tinagat dimana dalam tahun 90an ramai yang pernah berkelah di pantai tersebut, dimana ketika itu pantai yang cukup indah dan bersih dan merupakan salah satu pantai yang terindah di daarah Tawau.

Tapi mungkin ramai yang tidak tahu Tinagat atau Batu Payung itu adalah sama dimana tempatnya sama, walaubagai manapun ramai yang tidak sedar bahawa tinagat mempunyai satu lagenda tersendiri yang mempunyai hubung kait dengan “Sungai Sibuku” di Indonesia.
Menurut cerita lagenda yang diperolehi dari penduduk Sungai Sibuku dan penduduk Kampung Tinagat dimana setelah disusun semula hasil ceritanya adalah seperti berikut:-

Dizaman dahulu seorang pemuda bersama ibubapa tinggal di sebuah kampung dimana kampung tersebut merupakan menghasilkan padi mempunyai bendang sawah yang cukup luas seluas mata memandang, dimana penduduk kampung berkenaan menjalankan kerja secara gotong royong apabila tiba menuai padi.
Pada satu petang pemuda berkenaan menghabiskan masa rehetnya sebelum senja tiba, pemuda berkenaan berjalan-jalan ke pantai dalam keadaan cuaca yang kurang baik dan sayu, hujan gerimis, apabila sampai dipantai berkenaan, pemuda tersebut terdengar suara perampuan ketawa dan bergurau senda.
Pemuda itu pun terus ke arah suara tersebut, apabila sampai ke tempat itu pemuda berkenaan ternampak tujuh orang putri yang sedang mandi ditebing pantai tersebut, tujuh gadis itu dikatakan berasal dari kayangan dimana dikatakan “jula juli bintang tujuh”.

Pemuda itu berfikir macam mana hendak mendapatkan putri itu, fikir punya fikir pemuda mendapat ilham untuk mengambil satu pasang baju putri berkenaan dan terus menbunyi baju tersebut, apabila putri itu selasai mandi masing-masing mengambil baju mereka yang diletak diatas batu tersebut.
Salah satu daripada putri itu tercari-cari bajunya tapi tidak Berjaya, jambatan merekapun hampir padam dimana jambatan itu pelangi tujuh warna, pada akhirnya putri bungsu itu akur untuk tinggal dibumi. Akhirnya pemuda itu kembali kerumah yang tidak jauh dari pantai tersebut mengambil baju ibunya untuk digunakan oleh putri itu.

Hari pun semangkin senja pemuda itu membawa putri balik kerumahnya, sampai dirumahnya keluarga pemuda terkejut melihat putri yang cantik tidak terkira, ibu pemuda itu bertanya dengan pemuda itu dimana dia menjumpa putri itu, pada awalnya pemuda itu mendiam diri, tapi atas desakkan ibunya pemuda itu mencerita kisahnya sehingga dia menemui putri itu kepada keluarganya.

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, rumah pemuda itu tidak henti-henti dikunjungi oleh penduduk kampung yang ingin melihat lebih jelas lagi putri kayangan itu, dimana dahulunya rumah pemuda itu senyap sepi, tapi apa yang berlaku sejak kehadirian putri keyangan itu, kini riuh rendah jadinya.

Pemuda itu pun berkahwin dengan putri kayangan itu, atas dasakan keluarganya berikutan penduduk kampung mula berangapan tidak baik dengan pemuda dan putri itu yang dilihat sentiasa bersama.
Sehaun kemudian hasil perkongsian hidup pemuda itu dengan putri itu, merekapun dikurnia seorang anak.
Sejak kehadiran putri kayangan itu dikampung pemuda tersebut, hasil tuaian padi berlipat kali ganda pendapatan mereka, atas memberi kesyukuran dengan hasil tuaian penduduk kampung, penghulu kampung berkenaan mencadangkan mengadakan pesta kesyukuran menuai padi.

Masa pesta pun sudah tiba, semua penduduk datang meriahkan nya pelbagai acara diadakan antaranya tarian mengeluk. Atau dasakan penghulu dan keluarga pemuda itu yang mahu putri itu menari. Pada awalnya putri tersebut engan menerima pelawaan tersebut tetapi setelah di desak oleh suaminya akhirnya putri itu terima pelawaan tersebut.

Sebelum putri itu menari beliau mengenakan syarat kepada suaminya dimana beliau minta baju yang disembunyi oleh pemuda itu satu ketika dahulu, untuk digunakannya bernari, akhirnya pemuda itu pun setuju dengan perminta isterinya itu lalu mengambil baju di gudang padi.

Putri itu pun mula menari dengan limbayan yang lembut gemalai, tampa disedari kaki Putri itu pun mula berangkat dari lantai pentas tersebut, akhirnya tidak dapat rurun lagi, pesta itu jadi huru hara apabila putri tersebut mangkin lama mangkin tinggi terbang.

Pemuda itupun terus mengejar putri itu sehingga dilihat berdiri diatas batu berpayung iaitu “BATU PAYUNG” apabila pemuda sampai di batu berpayung itu dan terus merayu agar isteri nya turut, tapi apakan daya putri itu tidak boleh turun ke bumi lagi.

Pemuda itu pun mengambil keputusan untuk menebang batu yang berbentuk payung itu dengan harapan isteri kesayangnya itu dapat turun, walaubagai manapun setelah batu itu tumbang putri berkenaan terus terbang, dengan memberi kata-kata akhir kepada suaminya (pemuda).

“tolonglah jaga anak kita itu, kalau dia menagis bawalah dia ke sungai sibuku” akhirnya putri itu terus terbang meninggalkan pemuda itu, pemuda itupun kembali ke kampungnya dengan harapan kecewa.
Begitulah cerita lagenda tinagat yang mempunyai kaitan dengan sungai sibuku, yang difahamkan dan pernah diceritakan oleh penduduk kampung sungai sibuku, satu ketika sungai sibuku tersebut berumbak tujuh lapis dan batu payung kini sekarang tinggal tunggulnya tinagat.

Demikian sahaja lagenda Tinagat, Batu Payung dan Sungai sibuku dalam erti kata lain TINAGAT dalam bahasa tidong adalah TEBANG.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 10:17 PM | Show all posts
Kenapa thread ni ndak dikasi update sudah? Menarik jugak cerita warisan kita ni.

Saya kasi upppp!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 06:52 PM | Show all posts
Bagus ba ni thread untuk dibaca... saya up kan thread ni ya
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.364824 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list