CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RedDevils

Persoalan Zabur, Taurat dan Injil.

[Copy link]
Post time 30-7-2010 01:19 PM | Show all posts
sirrikhafi,
I hv good news for u dlm Quran Ada tls arahan solat subuh

surah al isra' ayat 78

alhamdulillah ada ank sedang menghafal alquran

actually dlm syllabus yg sy bljr ada Kami bljr dakwaan org2 yg anti hadis. ketua2 anti hadis ni dah siapkan doktrine khas yg pemgikutnya blh refer, sbb tu argument si pengikut2 ni sama je. bila diajak berdebat yg br jd pengikut ni berani tp lastly kelu lidah utk brkata. sy pernah tgk sendiri. yg Tok guru2 anti hadis pulak x berani berdebat in public .
eloklah rujuk org lbh arif jgn taksub dgn seorang pemimpin/ Tok guru sahaja ni dinamakan taqlid juga.
ok gtg , semoga anda di bwh rahmat dan diberi petunjuk ilahi. Amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 02:43 PM | Show all posts
Salaamun 'alai ki ya kak sun...




sirrikhafi,
I hv good news for u dlm Quran Ada tls arahan solat subuh
surah al isra' ayat 78



Dirikanlah Solat kerana terbenam matahari sampai kegelapan malam dan Bacaan Fajar.

Sesungguhnya Bacaan Fajar itu adalah di saksikan (17:78)


Maaflah kak,
dlm ayat di atas, langsung tak ada menyebut solat subuh pun.

berhati-hatilah lah kak,
sesungguhnya ALLAH mengutuk org-org yg meng-ada-ada-kan ke atas ALLAH serta org-org yg mengubah akan perkataan Nya.

Apakah kamu maseh mengharapkan bahawa mereka akan percaya kpd kamu,
sedang sungguh segolongan dari mereka mendengar perkataan ALLAH,
kemudian mereka mengubah akan nya,
dari sesudah apa yg telah mereka fahami akan nya,
sedang mereka mengetahui (2: 75)


Maka celaka lah bagi org-org yg menulis akan Kitab dgn tangan-tangan mereka,
kemudian mereka mengatakan: "Ini dari sisi ALLAH",
supaya mereka membeli dgn nya akan harga yg murah.
maka celakalah bagi mereka dari apa yg telah mereka tulis dgn tangan-tangan mereka,
dan celakalah bagi mereka dari apa yg mereka usahakan (2: 79)


Katakanlah: "Sesungguhnya org-org yg meng-ada-ada-kan ke atas ALLAH akan kedustaan,
mereka tidak akan berjaya" (10:69)





bila diajak berdebat yg br jd pengikut ni berani tp lastly kelu lidah utk brkata. sy pernah tgk sendiri. yg Tok guru2 anti hadis pulak x berani berdebat in public .


Saya tak takut utk berdebat dgn sesiapa walau secara publik.
An yasahaa ALLAH... 'asaa an yahdiyani robbii li aqroba min hazaa rosyadaaa (18:24) ;)



eloklah rujuk org lbh arif jgn taksub dgn seorang pemimpin/ Tok guru sahaja ni dinamakan taqlid juga.
ok gtg , semoga anda di bwh rahmat dan diberi petunjuk ilahi. Amin


Istilah taqlid tiada di sebut di dlm AlQuran la kak.
dlm AlQuran ALLAH hanya sebut istilah ittiba' (mengikuti) dan kaitannya hanya dgn perintah mengikuti AlQuran shj.

Dan ikutilah apa yg telah di wahyukan kpd engkau dari Tuhan engkau.
sesungguhnya ALLAH itu adalah mengetahui tentang apa yg kamu kerjakan (33:2)

Ikutilah kamu akan apa yg telah di turunkan kpd kamu dari Tuhan kamu,
dan janganlah kamu mengikuti dari selain Dia sebagai pemimpin.

sedikit sekali kamu mengambil peringatan (7:3)





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 02:55 PM | Show all posts
Salaamun 'alaikum....



Kalau anda seorang yg menolak/anti/tak percaya akan hadith,
maka aku tak akan buang masa baca posting posting anda di sini.



Jangan tutup minda anda.
Tuhan mengajarkan manusia supaya mendengar segala pendapat,
lalu mengikuti yg paling baik.
sedangkan AlQuran itu pula adalah sebaik-baik perkataan di dlm dunia ini.


Orang-orang yang di perdengarkan akan suatu perkataan,

lalu mereka mengikuti yg paling baik akan nya.
mereka itu lah orang-orang yang telah di beri petunjuk akan mereka oleh ALLAH,
dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai Minda (39:18)




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 02:57 PM | Show all posts
Setelah saya baca dan ikuti apa yg para forumer ini tulis...ingin juga saya tanya serba ringkas kps sesiapa yg hanya berpegang kpd al quran....tanpa hadis...Berpandu hanya kpd ql-quran tanpa hadis adalah serupa dgn org Jew dan Kristian yg memang tiada hadis utk backup kitab Taurat dan Injil...Kesahihan Al- Quran juga disebabkan adanya Hadis ...

Skrg ingin aku tau ayat Bismillahirrahmanirrahim yg ada dlm al quran telah wujud sebelumnya adanya kitab Taurat, Zabur dan Quran malah sangat penting sebelum kita mulai baca isi kandongan quran....persoalanya bila ayat ini ditrurnkan dan kenapa disatukan dlm al quran...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2010 03:28 PM | Show all posts
Setelah saya baca dan ikuti apa yg para forumer ini tulis...ingin juga saya tanya serba ringkas kps  ...
S.A.M Post at 30-7-2010 14:57



    Aku juga nak bertanya, apa status golongan yg anti/menolak hadis di sisi Islam?
    Ada komen tak dari Yusuf Qardhawi tentang golongan ini?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 03:32 PM | Show all posts
wassalamu 'ala man ittaba' al-huda

doc red dan sahabat2..

kesimpulan yang aku boleh buat tentang sirrikhafi ni, dia tak lebih daripada seorang pembelit yang mempermainkan ayat suci al-quran dalam posting2nya. dalam posting #22 siap dimerah dan diboldkan hujah yang dia suka, walaupun tanpa sedar itu adalah hadis. tapi dalam posting2 yang lain kemain lain menghina hadis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2010 03:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by S.A.M at 30-7-2010 15:51

Reply 45# RedDevils
   
Aku juga nak bertanya, apa status golongan yg anti/menolak hadis di sisi Islam?
    Ada komen tak dari Yusuf Qardhawi tentang golongan ini?
Simple je....anti Hadis Nabi Muhd....biasanya org yg hanya berpandu kpd al quran tanpa hadis ...org itu "otak mati..." maaf jika tersinggung...... ini kenyataan
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 07:44 PM | Show all posts
sirrikhafi,
I hv good news for u dlm Quran Ada tls arahan solat subuh

surah al isra' ayat 78

alhamdulillah ada ank sedang menghafal alquran

actually dlm syllabus yg sy bljr ada Kami bljr dakwaan org2 yg anti hadis. ketua2 anti hadis ni dah siapkan doktrine khas yg pemgikutnya blh refer, sbb tu argument si pengikut2 ni sama je. bila diajak berdebat yg br jd pengikut ni berani tp lastly kelu lidah utk brkata. sy pernah tgk sendiri. yg Tok guru2 anti hadis pulak x berani berdebat in public .
eloklah rujuk org lbh arif jgn taksub dgn seorang pemimpin/ Tok guru sahaja ni dinamakan taqlid juga.
ok gtg , semoga anda di bwh rahmat dan diberi petunjuk ilahi. Amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 08:01 PM | Show all posts
ank sy dh warning td u akn beri maksud ayat tu begitu.

dia suruh rujuk kitabtafsir, dlm fon sy adaquran30 juz,

maksud yg diberikan, dirikan solat subuh sesungguhnya solat subuh itu ada keistimewaannya!

he said words Arab ni bergantung pd ayat Dan juga kisah disebaliknya.

sy dh rujuk kitab ibni katsir ada pnjg lbr tentang ayat ni tentang keistimewaan solat subuh dimana malaikat akn melihat mrk2 yg mendirikan solat subuh.
sila rujuk kitab tafsir

do me a favor berikan ayat2 Quran yg mengajar u solat?
don't tell me u ikut shariat nabi Ibrahim or  whoever kerana mrk ni juga part if history Dan syariat mrk utk umat yg hidup di zmn mrk sahaja!
so prove to me, berikan ayat Quran yg ajar u bacaan serra rakaat dlm solat!

I ll' b back
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:15 PM | Show all posts

maksud yg diberikan, dirikan solat subuh sesungguhnya solat subuh itu ada keistimewaannya!


Ayat Tuhan yg sebenar tiada menyebut solat Subuh pun.

Dirikanlah Solat kerana terbenam matahari sampai kegelapan malam dan Bacaan Fajar.
Sesungguhnya Bacaan Fajar itu adalah di saksikan (17:78)


Di harap akak tidak mengubah ayat-ayat ALLAH.

Apakah kamu maseh mengharapkan bahawa mereka akan percaya kpd kamu,
sedang sungguh segolongan dari mereka mendengar perkataan ALLAH,
kemudian mereka mengubah akan nya,
dari sesudah apa yg telah mereka fahami akan nya,
sedang mereka mengetahui (2: 75)




sy dh rujuk kitab ibni katsir ada pnjg lbr tentang ayat ni tentang keistimewaan solat subuh dimana malaikat akn melihat mrk2 yg mendirikan solat subuh.
sila rujuk kitab tafsir


Kitab tafsir itu bukan nya Kitab Tuhan.
bahkan di dlm nya terdapat unsur-unsur yg meragukan seperti sumber dari israeliyat etc.

oleh itu,
hanya AlQuran shj kitab yg tiada keraguan di dlm nya.

Demikianlah itu Kitab yg tiada keraguan di dalamnya,
petunjuk bag orang yang bertaqwa (2:2)


bukankah sepatutnya kita merujuk akan kitab yg tiada keraguan yakni AlQuran?




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:40 PM | Show all posts

do me a favor berikan ayat2 Quran yg mengajar u solat?
don't tell me u ikut shariat nabi Ibrahim or  whoever kerana mrk ni juga part if history Dan syariat mrk utk umat yg hidup di zmn mrk sahaja!
so prove to me, berikan ayat Quran yg ajar u bacaan serra rakaat dlm solat!


Ok kak ;)  jangan risau,
ingatlah kak,
Tuhan tidak pernah mengalpakan sesuatu di dlm AlQuran.

Rakaat:

Cara solat di dalam al-Qur’an adalah senang serta mudah di amalkan menurut keadaan dan keikhlasan diri.
Umpamanya bilangan rakaat.
Ia tidak disebut sama sekali di dalam al-Qur’an,
dan dengan ini ia memberi peluang kepada umat manusia untuk menunjukkan keikhlasan mereka dalam melakukan solat mereka, sama ada untuk memanjangkan atau memendekkannya.

Bacaan:

Bacaan di dalam Solat bolehlah dipetik daripada mana-mana ayat yang sesuai yang berjumlah dengan banyak di dalam al-Qur’an. Pilihan adalah berdasarkan keperluan dan selera sendiri kerana solat adalah suatu alat perhubungan yang amat peribadi antara hamba dan Pemeliharanya.

Sebagai contoh, ayat yang lazim diucapkan umat Islam pada permulaan solat mereka berbunyi
"Inna solati wanusuki wamahyaaya wamamaati lillaahi rabbil aalamiin"

yang bermakna,
"Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku, untuk Allah, Pemelihara semesta alam".

Ini sebenarnya adalah ayat 6:162 di dalam al-Qur’an.

Akan tetapi, di dalam al-Qur’an ayat tersebut bermula dengan kalimah "Qul" atau "katakanlah", iaitu
"Qul inna solati wanusuki..." atau "Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, dan ibadahku ...."

Oleh itu,
meninggalkan perkataan "Qul" atau "katakanlah" di dalam solat adalah wajar kerana ketika itu umat manusia sedang bercakap dengan-Nya. Mahukah kita menyuruh Dia dengan perkataan "Katakanlah ..."??????? :re:

Justeru itu,
pada ayat-ayat lain seperti "Qul a’udzu birabbin naas ...." (Surah 114) yang bermaksud:
"Katakanlah, ‘Aku berlindung kepada Pemelihara manusia ....’",
atau "Qul huwal laahu ahad ..." (Surah 112) yang bermakna:
"Katakanlah, ‘Dialah Allah yang satu ...",
haruslah ditinggalkan Qulnya juga,
kerana meninggalkannya adalah amat munasabah sekali.

Sesetengah pihak mendakwa bahawa solat adalah masa untuk membaca al-Qur’an.
Ini tidak benar, kerana amalan mengerjakan solat dan membaca al-Qur’an adalah dua perintah Tuhan yang berlainan,
seperti yang disebut di dalam ayat 73:20.
Seterusnya ada juga orang yang mendakwa bahawa mana-mana ayat al-Qur’an boleh dibaca dalam solat.
Ini juga tidak benar.


Sebagai contoh,
bolehkah dibaca ayat al-Qur’an yang berikut di dalam solat:

"Sesungguhnya Akulah Allah;
tidak ada tuhan melainkan Aku;
maka sembahlah Aku,
dan lakukanlah solat untuk mengingati aku." (20:14)


Mahukah kita mengucapkan kata-kata tersebut kepada Allah,
walaupun ia ayat al-Qur’an?????



Gerak geri solat:

Berdiri, rukuk (tunduk) dan sujud disebut berulang kali di dalam al-Qur’an.
Bagaimana seseorang itu melakukannya adalah keputusannya yang paling baik untuk dirinya.
Begitu juga dengan bacaan bagi tiap-tiap laku.
terpulanglah kepada individu untuk memilih ayat-ayat yang bermakna lagi wajar di dalam solatnya.

Apa yang ingin dibaca semasa tunduk (rukuk) misalnya,
bolehlah mengambil teladan daripada Nabi Daud yang memohon ampun semasa tunduk (ruku'):

Dan telah menyangka oleh Daud bahawa sesungguhnya Kami telah menguji akan nya;
maka dia meminta ampun akan Pemeliharanya,
dan telah menyungkur lah dia sebagai suatu ketundukan (ruku'),
dan dia kembali” (38:24).


Atau semasa sujud,
ambillah pengajaran daripada ayat-ayat di bawah ini:

7:120-121. Dan telah di lemparkan oleh ahli-ahli sihir lagi bersujud.  
Mereka berkata, Kami telah percaya kepada Pemelihara semua alam,


17:107-108. Katakanlah:
Percayalah kamu dengan nya, atau tidaklah kamu mempercayai;
sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan dari sebelumnya,
apabila dibacakan ke atas mereka,
tersungkurlah dgn dagu-dagu sebagai suatu ketundukan (sujud),
Dan mereka berkata:
Maha suci Pemelihara kami! sesungguhnya adalah Janji Pemelihara kami itu benar-benar dilakukan.


25:64-65. Dan org-org yg berjaga utk Pemelihara mereka sebagai suatu sujud dan berdiri.
Dan org-org yang mengatakan:
Pemelihara kami,
Engkau palingkanlah daripada kami akan azab Jahanam;
sesungguhnya azabnya itu adalah sebagai suatu kebinasaan,


32:15. Sesungguhnya Orang-orang yang mempercayai dengan ayat-ayat Kami,
ialah org-org yang apabila mereka diperingatkan dengan nya,
mereka tersungkur sebagai suatu sujud,
dan mereka bertasbih dengan memuji Pemelihara mereka,
dan mereka itu tidak sombong.

50:40. Dan daripada malam, maka bertasbih lah akan nya dan di belakang-belakang sujud.



Suara:

Dan janganlah engkau mengeraskan dengan Solat engkau dan janganlah engkau memperlahankan dengan nya,
dan cari lah di antara demikian itu akan suatu jalan (17:111)


ayat di atas menyuruh kita supaya tidak mengeraskan &memperlahankan suara di dlm solat.
bahkan sebaliknya carilah jalan tengah di antara kedua nya.
bukannya senyap pd waktu solat zohor dan asar &mengeraskan suara pd waktu maghrib, isyak dan subuh.
seperti yg di amalkan oleh pengikut ajaran hadis.


Akhir:

Seperti mana-mana seruan kepada-Nya, solat diakhiri dengan memuji Allah. Pujian kepada-Nya berbunyi "Alhamdulil lahi rabbil alamin" atau "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." Ini diketahui daripada ayat-Nya yang berbunyi:

Dan akhir seruan mereka: Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam (10:10)

Dan Kata-Nya lagi,

Dan Dia, Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia.
Bagi-Nya segala pujian pada permulaan dan akhir,
dan bagi-Nya juga Putusan,
dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan." (28:70)



Larangan:

Satu lagi larangan yang ketara dalam solat yang termaktub di dalam al-Qur’an ialah menyeru, atau menyebut, mana-mana nama yang selain daripada Nama-Nya. Hanya Nama Allah disebut di dalam solat. Ini difahamkan daripada ayat yang berikut berbunyi:

Dan bahawa sesungguhnya Masjid-masjid itu bagi Allah;
maka janganlah kamu seru bersama Allah, seseorang pun (72:18)




Banyak lagi ajaran-ajaran mengenai solat menurut ajaran Tuhan di dalam al-Qur'an.
Tentulah ia didapati bertentangan dengan ajaran para ulama yang menyatakan solat mereka datang dari Rasul atau sunnahnya. Walhal, di dalam kelima-lima kitab hadis mereka yg paling muktabar,
tidak terdapat keperincian dalam melakukan solat seperti yang diajarkan oleh ALLAH kepada umat manusia.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 10:26 PM | Show all posts
tak perlu qoute ayat2 ni...tell me first u start dgn apa? apa gerak geri nya? dari mula sampai habis...what do u do n what do u read..dan berikan dalil dari al quran..yg u bagi  tu semua tak related dgn aktiviti solat dari segi pergerakan dan ayat2nya yang dibaca
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 10:38 PM | Show all posts
i stil a few minutes left

dari kitab tafsir quran perkata, yg dilengkapi dgn azbabun nuzul dan terjemahan dari Dr ahmat hatta, MA, pustaka maghfirah...ni translation word by word..secara harfiah..saya ada 3 version kitab begini yg ni dari indon lagi satu dari malaysia lagi satu dari arab..i blh bg keterangan semuanya

surah al isra' ayat 78
computer saya tak ada tulisan arab dan sy sebenarnya tak berani tulis word arab in rumi fbut for the sake of argument lets try

aqimi - dirikanlah
solat- solat
liduluki- setelah tergelincir
shamsi-matahari
ila- sampai
ghosaki- gelap
laili-malam
waquraan-dan bacaan
fajri- fajar ( solat subuh)
inna-sesungguhnya
quranalfajri-bacaan quran pd solat subuh
kaana-telah jadi
mashhudan-disaksikan ( para malaikat)

terjemahan- laksanakanlah solat sejak matahari tergelincir sampai gelapnya malam dan ( laksanakanlah solat( subuh. sesungguhnya solat subuh itu disaksikan ( oleh malaikat)

Azbabun;
ayat ini menerangkan waktu solat yang lima. tergelincir matahari utk waktu solat zuhur dan asar, gelap malam untuk waktu maghrib, isyak dan subuh.

ok til next time, i leave u in gods care
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 10:38 PM | Show all posts
wassalamu 'ala man ittaba' al-huda

doc red dan sahabat2..

kesimpulan yang aku boleh buat tenta ...
al-asil Post at 30-7-2010 15:32


bukan pembelit...  cuma bersalin kulit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 10:49 PM | Show all posts
ah lupa perkara yg paling penting

nabi saw bersabda,
solatlah kamu sebagaimana aku solat

tanpa hadis, there is no way whatsoever u blh dirikan solat spt nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 31-7-2010 03:13

liduluki- setelah tergelincir
shamsi-matahari


Lidulukisysyamsi =  sunset, sun declined form the meredian, the sun crossing the line: Garisan tersebut ialah horizon, yang jelas kelihatan. Sementara langit di atas kepala sewaktu matahari berada di situ, tidak kelihatan sebarang garisan, bermakna ia adalah waktu terbenam matahari, bukan waktu zohor.
waktu zohor adalah waktu rehat.
bukan waktu solat, seperti yg tertera dlm 24:58


waquraan-dan bacaan
fajri- fajar ( solat subuh)


Quraanal fajr = Bacaan fajar.

di harap akak tidak mengubah @menokok tambah ayat-ayat ALLAH.

Apakah kamu maseh mengharapkan bahawa mereka akan percaya kpd kamu,
sedang sungguh segolongan dari mereka mendengar perkataan ALLAH,
kemudian mereka mengubah akan nya,
dari sesudah apa yg telah mereka fahami akan nya,
sedang mereka mengetahui (2: 75)




inna-sesungguhnya
quranalfajri-bacaan quran pd solat subuh


Inna Qur'aanal fajr = Sesungguhnya bacaan fajar itu,

di harap akak tidak mengubah @menokok tambah ayat-ayat ALLAH.

Apakah kamu maseh mengharapkan bahawa mereka akan percaya kpd kamu,
sedang sungguh segolongan dari mereka mendengar perkataan ALLAH,
kemudian mereka mengubah akan nya,
dari sesudah apa yg telah mereka fahami akan nya,
sedang mereka mengetahui (2: 75)




kaana-telah jadi


Kaanaa = adalah ia itu.

di dlmnya ada dhomir hua yaitu yg merujuk kpd Quranal fajr yakni bacaan fajar.
isim kaana adalah isim yg memansubkan.
akak tak pernah belajar bahasa arab?


mashhudan-disaksikan ( para malaikat)


Masyhudan = yg di saksikan.

'irabnya ilah: masyhuudan mafu'lun bihi, mansubun, wa 'alaamatu nasbihi al fathatu az-zoohirotu fii aakhiri hii,
faham ke?  ;)

malaikat takde mengena pun dgn kalimah masyhuudan di atas.
itu hanyalah tafsiran akak semata-mata, bukan perkataan Tuhan.


ayat ini menerangkan waktu solat yang lima.
tergelincir matahari utk waktu solat zuhur dan asar, gelap malam untuk waktu maghrib, isyak dan subuh.


Dirikanlah Solat kerana terbenam matahari sampai kegelapan malam dan Bacaan Fajar.
Sesungguhnya Bacaan Fajar itu adalah di saksikan (17:78)


Ayat ini menerangkan kpd kita supaya di dirikan solat ketika terbenam matahari sampai malam &bacaan AlQuran pada waktu pagi, kerana ia adalah bacaan yg di saksikan.

di harap akak tidak mengubah @menokok tambah ayat-ayat ALLAH.

Apakah kamu maseh mengharapkan bahawa mereka akan percaya kpd kamu,
sedang sungguh segolongan dari mereka mendengar perkataan ALLAH,
kemudian mereka mengubah akan nya,
dari sesudah apa yg telah mereka fahami akan nya,
sedang mereka mengetahui (2: 75)




tanpa hadis,
there is no way whatsoever u blh dirikan solat spt nabi


Dan sungguh Kami telah menjelaskan di dalam AlQuran ini bagi manusia dari setiap perumpamaan.
dan adalah insan itu yg paling banyak membantah akan sesuatu (18:54)

Dan HADIS siapakah yg lebih benar dari ALLAH? (4:87)

Itulah Ayat-ayat ALLAH yg Kami bacakan nya ke atas engkau dgn Kebenaran,
maka dengan HADIS manakah sesudah ALLAH dan Ayat-ayat Nya mereka beriman? (45:6)

Maka dgn HADIS manakah sesudahnya mereka beriman? (77:50)

Dan telah berkata Rasul:
"Wahai Pemelihara ku!
Sesungguhnya kaum ku telah mengambil AlQuran ini sebagai sesuatu yg tak di pedulikan!" (25:30)





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2010 01:28 AM | Show all posts
Peristiwa nabi mi'raj ke langit adalah peristiwa dongeng yg di ada-ada kan selepas kewafatan nabi.
AlQuran tak pernah menceritakan peristiwa nabi mi'raj ke langit.
AlQuran hanya menceritakan peristiwa nabi isra' shj (17:1).

Peristiwa mi'raj kononnya berlaku setahun sebelum Nabi berhijrah ke Madinah,
atau kira-kira 10 tahun selepas Nabi menerima wahyu pertama.

sirrikhafi Post at 28-7-2010 14:52


Firman Allah SWT:

"

[3]
Dan Dia (nabi Muhammad SAW) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

[4]
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

[5]
wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah.

[6]
Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal,

[7]
Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);

[8]
Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,

[9]
Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;

[10]
Lalu Allah wahyukan kepada hamba-Nya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukan-Nya.

[11]
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

[12]
Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?

[13]
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,

[14]
Di sisi “Sidratul-Muntaha”;

[15]
Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.

[16]
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kaliini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhlukdari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.

[17]
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengantepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya),dan tidak pula melampaui batas.

[18]
Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besartanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan)Tuhannya.

" ~ Surah An-Najm : 3-18


Ayat 13- 18 pun sudah cukup menceritakan sepenuhnya nabi Muhammad SAW Mi'raj ke langit dalam peristiwa tersebut.
Mahu mendustakan ayat-ayat Allah?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 02:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 31-7-2010 03:33

Salaaamun 'alaikum,



[13] Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril,
dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,  


Terjemahan yg salah dan terdapat tokok tambah dari ayat arab yg asal.

terjemahan yg betul ialah:

Dan sungguh dia telah melihat akan nya sebagai suatu penurunan yg lain (53:13)

ayat di atas menceritakan tentang suatu penurunan.
ini menunjukkan bahawa ia tiada kaitan dgn peristiwa mi'raj @ naik ke langit.
sebaliknya, ia berkaitan dgn nuzul @ nazlah @ suatu penurunan dari langit.




[14] Di sisi “Sidratul-Muntaha”;


Sidrotul muntaha = Pokok bidara yg penghabisan.

Sidrotun itu mua'annas, muzakkarnya ialah sidrun.


contoh:

Pada pokok bidara (sidr) yg tidak berduri (56:28)


Muntaha = Penghabisan, penamat, batasan, limit dsbnya.

contoh:

Kepada Tuhan engkau lah akan kesudahan nya (muntahaa haa) (79:44)


Sebenarnya,
ramai umat islam yg percaya kononnya sidrotul muntaha itu ialah suatu tempat yg di atas langit sana,
walhal ia tiada kena mengena dgn langit langsung.
mengenai frasa Sidrotul muntaha @ "pokok bidara yg penghabisan",
menunjukkan bahawa peristiwa itu sebenarnya berlaku di bumi,
yaitu ketika nabi melihat suatu penurunan yg lain, yaitu di sisi pokok bidara yg penghabisan.
bukannya nabi mi'raj ke langit bagai.


[15] Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.


Jannatul ma'wa = Taman/Syurga tempat tinggal.

Jannah itu di dlm bahasa arab ada 2 makna yaitu Syurga &taman.

dalilnya ialah:

Dan buatkanlah bagi mereka itu suatu perumpamaan akan dua orang lelaki,
yang telah Kami jadikan bagi salah seorang dari kedua nya itu dua taman (jannatain) dari anggur-anggur,
dan Kami kelilingkan akan keduanya dengan tamar dan Kami telah jadi kan di antara keduanya itu sebagai suatu tanaman (18:32)


maka frasa "Di sisi nya Taman tempat tinggal" membuktikan bahawa peristiwa itu adalah berlaku di bumi,
yaitu ketika nabi melihat suatu penurunan yg lain, yaitu di sisi pokok bidara yg penghabisan.
dan di sisi pokok bidara penghabisan itu, ada taman tempat tinggal.

bukannya nabi naik ke langit @ naik ke syurga dsbnya.

dan boleh jadi, syurga adam juga adalah sebuah Taman.

tentang terjemahan 53:16 dll,
terdapat tokok tambah di dlm terjemahan.
kalau kita buat double check pd ayat arabnya,
tiada langsung perkataan "makhluk-makhluk alam ghaib" pd ayat arabnya dll.


Kesimpulannya,
kesah nabi mi'raj ke langit tiada pengesahan dari AlQuran dan ia mesti di tolak dari kepercayaan islam.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 03:56 AM | Show all posts
Reply 30# sunsuria3
tuhan mana yang mewajibkan solat 5 waktu? terutama waktu subuh?

care to explain pls
hmmm......nak tau juga...kalau tak ada jwpn boleh kau beri penjelasannya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 10:28 AM | Show all posts
kak sun, senang jah...dia tak solat mcm kita pong...haku dah byk kali sembang ngn penulis e-bacaan tuh....depa solat ni ala2 cara kristian bedoa lah..ikot la nk doa kot mana2 pong cara dia.sama mcm kristian buat kt ajaran judaism loh...pasai lam taurat mana ada ajaq cara2 solat suma tuh...cuma lam talmod depa jah..since kristian xiktiraf talmod, depa solat la ikot cara depa..nyanyi2 sesambil quote ayat2 zabur gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.074888 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list