Bagi peminat-peminat Total War pastinya tidak rugi untuk anda mencuba pc game baru nie. Tapi dgn syarat anda juga meminati game bercorak Perang Dunia ke-2 (WW2). Pemain diberi tujuh kuasa2 besar semasa WW2 iaitu Jerman, Jepun, Itali, Russia, Amerika (US), Perancis dan British (Great Britain).
Seperti Total War terdapat dua mod bagi game nie. Manager Mod dan Battle mod. Bagi manager mode pemain akan melihat satu globe yg mewakili peta dunia. Jadi boleh dikatakan peperangan WW2 adalah meliputi Eropah, Afrika Utara dan juga Pasifik. Para pemain juga harus membina bangunan strategik untuk pembangunan teknologi dan juga bagi pembuatan unit2 perang.
Pemain juga akan diberikan tiga unit utama yg boleh dikawal iaitu udara (air-force), tentera (army) yg terdiri dari infantry, kereta kebal, unit pengangkutan logistik seperti infantry truck dan juga unit attelary. Akhir sekali unit laut (navy) yg terdiri dari kapal-kapal perang seperti destroyer, cruiser dan juga carrier. Namun begitu sedikit kecewa dgn game nie. Walaupun dikatakan kita boleh mengawal semua unit, hanya unit army sahaja yg dapat dikawal sepenuhnya semasa battle mod . Unit udara dan laut hanya menjadi unit sokongan semasa didalam battle mod.
Salam bro. I'm an avid fan of TW series, sejak shogun lagi...
This one looks tempting, tapi cmne ...
CoolHandRomeo Post at 24-7-2010 18:06
w'salam. tima kasih sbb sudi memberikan komen pertama di thread war leaders : clash of nation.
untuk pengetahuan para gamerz developer bagi TW series dan WLCoN adalah berbeza. Tapi apa yg boleh aku katakan disini WLCoN mempunyai sedikit persamaan dgn cara permainan TW. Untuk pertanyaan ko bro, aku cuma boleh bandingkan dgn ETW sbb NTW aku belum main lagi sbb spec pc dan lappy aku x mengizinkan.
utk ETW pemain cuma boleh mengawal pergerakan setiap unit infantry dan unit meriam secara berkumpulan. bagi WLCoN pemain boleh mengawal setiap satu unit infantry, kereta kebal dan juga unit meriam( sori bro aku x beberapa nak eja atelary ) malah pemain juga boleh membuat satu unit gabungan seperti permainan rts yg lain cth seperti red alert dan star craft.
persamaan yg paling ketara ialah manager mode. dimana setiap pemain akan mengatur gerak setiap division tentera dibawah kawlannya. pemain juga harus membina beberapa bangunan yg penting untuk membuat unit2 tentera yg lain di kawasan jajahannya. selain pemain juga harus memilih teknologi yg perlu dikuasai semasa didalam permainan WLCoN. seperti TW. WLCoN juga mempunyai persamaan bagi sumber bahan mentah dimana hanya beberapa kawasan sahaja yg mempunyai sumber tertentu. Ini menjadikan beberapa kawasan menjadi kawasan strategik samaada sbg sumber bahan mentah untuk membiayai kos peperangan ataupun sbg benteng utama bagi sesuatu kawasan jajahan tersebut.
ko boleh mencuba game nie, tetapi jgn letakkan harapan yg tinggi sbb masih ada berlaku 'game bug' dan ada juga aksi peperangan yg agk kurang logik (cth sebuah tank panzer boleh dimusnahkan sekiranya ada 20 infantry yg membaling grenade secara serentak dan tiada had untuk balingan grenade tersebut). jadi aku masih menunggu samaada developer game nie akan develope game yg serupa mcm nie yg lebih logik semasa aksi peperangan. tapi sekiranya anda peminat genre strategi dan aksi ianya masih berbaloi untuk bermain game nie.
klau cmtu, battle gameplay lebih kurang mcm Company of heroes la kot?
nti aku ...
CoolHandRomeo Post at 25-7-2010 11:59
bro, lebih kurang mcm tulah tapi cara unit pasukan kita nak menyerang pasukan musuh sebiji mcm TW series. sebelum bermula kita boleh position mana2 unit yg kita kehendaki di mana2 tempat tetapi didalam parameter yg telah ditetapkan. Ko boleh scroll bagi close up dgn unit yg nak ko lihat dan ko boleh rasa keadaan peperangan ketika tu. Perancangan dlm menempatkan unit dgn kebolehan unit tersebut adalah penting. Ini kerana setiap unit mempunyai kelemahan dan kekuatannya sendiri.
Pasal DVD game tu ko cuba2 lah cari. Aku pun dapat Jack Sparrow punya kat tempat aku kerja nie. Aku kerja kat K.Kinabalu, Sabah. Dia punya cover lebih kurang pic di avatar aku tu. Aku cuma dpt main sebulan jer sbbnya pc aku xde graphic card dan lappy aku pula x beberapa nak support (So selama sebulan aku main kat lappy jer). So gambar dia selalu problem bila aku tgh main. Skrang nie aku stop dulu tunggu budget pc baru aku dulu. Aku cadangkan bg ko bro paling2 GC yg ko kena ada Ati HD5500 series. Kalo Nvidia aku tak tahu.
Duration campaign bergantung kepada tahap kesukaran game. Easy, Normal, Hard. Easy, game akan bermula pada tahun 1939. Normal pula game akan bermula pada awal konflik WW2. Hard pula ketika WW2 dah berlaku dimana US pun dah terlibat sama. Kalo x silap akan habis pd tahun 1944 atau 1945 tamat perang dunia ke-2 selepas Hiroshima dan Nagasaki di bom (tolong betulkan kalo statment aku nie salah). 1 turn bersamaan 1 minggu. Setahun dlm lebih kurang 50 turn.
ooo... thanx bro... susah gak nk cari ni sbb aku kerap gak pusing2 kat kedai2 Jack Sparrow tapi x nmpak lak game nih...
ko ada cadangan game lain yg ala2 TW jugak ke selain WLCON ni?
ko kene segerakan PC baru ko tuh bro... hehehe... aku bleh rasa seksa dan azabnya xde desktop yg bleh main game... sengsara gak sebulan aku lepas mobo aku burnt... pedih pilu jiwa xleh main game... lappy yg aku ada stakat browsing & main solitaire je bleh la...
ooo... thanx bro... susah gak nk cari ni sbb aku kerap gak pusing2 kat kedai2 Jack Sparrow tapi x nm ...
CoolHandRomeo Post at 26-7-2010 12:06
Bro CoolHandRomeo. Ko duk area mana? Nanti aku cuba carikan kat area aku dulu. Kalo ada, aku beritahu ko.
Aku x berani nak rekomen ko ape2 game baru lagi sbb aku stop dulu main game yg lain2 kecuali FM2010. Tu jer yg mampu PC aku running buat masa nie.
Hehe aku malas nak upgrade sikit2 pc nih. Tahun 2007 aku dah buat gaming pc tapi GC yg sederhana jer. Skrang nie x boleh nak run game2 yg baru. Tgklah dlm tahun ujung tahun nie ker tahun depan ker kalo ada budget aku buat gaming pc yg baru. Spec dah ada cuma budget masih x cukup. haha kali nie budget dlm 3.5k ker 4k. . Kali nie aku nak try Ati HD 5770 x pun kalo ade rezeki yg model Ati HD 5830. Bulan 2 hari tu mobo abit aku burn so skrang aku guna gigabyte mobo.
besok aku nk gi summit usj cari game ni, klu ada best la... brape keping DVD nya?
klu ko nak beli GPU, 5770 tu ok la... klu 5830 tu ok gak, tapi mahal la brbnding dgn 5770 tu...
ko pakai monitor res brapa? klu 1980x1080 ke atas atau multiple display setup, 5830 tu brbaloi gak la beli...
kalau macam aku, setakat pakai 19" res 1280x1024, angkat 5770 je.. sebab yg mahalnya 5830 brbnding 5770 tu adalah memory interfacenya... 256-bit vs 128-bit on 5770... tp klu res biasa2 je, x rasa pun sgt beza antara 2 GPU nih...
performance wise, beza 5830 dgn 5770 dlm 10-15% je... x justify harganya tu... baik invest dgn better GPU cooler, pastu ko OC je 5770 tu bleh dpt performance yg sama dgn 5830... takpun ko carik mobo yg support CF, later on ko angkt sebijik lagi 5770 ko CF kan je, dah lebih dr puas hati!
atau ko angkat je 5850, ni baru berbaloi-baloi... so far aku pakai 5770 bleh la main games yg ada kt market dgn high setting... tp lagi setahun dua x pasti la... tp aku tak try lagi game yg betul2 stress GPU mcm crysis 2...
besok aku nk gi summit usj cari game ni, klu ...
CoolHandRomeo Post at 26-7-2010 17:38
hehe jgn risau bro. kalo ada aku pos. ape susah. dia nyer dvd ade 3 keping. Teringat masa beli mula2 dvd game tu girl yg jual tu kata 2 keping jer. Bila sampai umah dia minta disk ke 3. Brangin jer aku jdnya.
hehe....mmg best tu bro. Tapi aku x beberapa nak oc nie..takut silap oc burn plak mobo aku. tulah aku rasa ok gak 5770 tapi mana
tahu tahun depan price dia drop plak ke. anyway thanks for ur opinion for gc.
Nanti aku beritahulah kat sini ade ke takde lagi stok kat town k.k nih. Tapi jgn pulak ko lupa beritahu dlm nie kalo ko dah beli.
bro...sudah dpt ka itu copy. tadi aku kuar jln2 dgn wife aku. aku tgk ada balik stok WoL nih. Kat sini harge rm24. beritahu aku kalo ko belum dpt itu copy.
hahaha... blum lagi la bro... x sempat nak pegi carik sbb bz... aku nak kluar shoping raya nti aku cari tgk... thanks bro for ur concern... selamat brpuasa!
Thx kerna promote "Total War" ni , skrg tgh layan Empire TW pernah terfikir takda ke TW jenis perang moden ni bila nampak thread ni ropanya ada ... ada gak check kat torrentz ada bnykkk torrent 4 this gameee