CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2645|Reply: 0

BULUH BETONG

[Copy link]
Post time 22-7-2010 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Sabah & Sarawak: Betong pekan usang
Oleh Matzidi Dris
[email protected]
2010/07/22BETONG: Imej baru tetapi masih berwajah lama. Itulah nasib Bahagian Betong yang diisytiharkan sebagai Bahagian Pentadbiran ke-11 di Sarawak pada 26 Mac 2002.

Biarpun sudah lapan tahun dinaikkan taraf kepada Bahagian, namun bandar Betong masih dihiasi bangunan lama, kedai makan yang tidak mengikut piawaian bandar baru serta papan tanda jalan yang sudah uzur.
Tinjauan Berita Harian ke bandar itu baru-baru ini mendapati papan tanda nama jalan seperti 'Jalan Chung Hua' dekat Gerai Bumiputera Majlis Daerah Betong (MDB), langsung tidak dapat dibaca.

Begitu juga dengan papan tanda 'Lorong Saribas dan Lorong Rimbas' tidak diganti. Tanda 'Awas' yang ditulis di tepi jalan di hadapan sebuah hotel juga sudah tidak dapat dibaca.

Beberapa bangunan kedai lama yang menjual pelbagai barangan runcit di situ masih seperti lapan tahun dulu dan susunan barangnya juga bukan seperti sebuah bandar baru.

Seorang penjaja, Margaret Janda, 55, berkata walaupun bandar ini sudah dinaikkan taraf, pihak berkuasa tempatan (PBT) bagaikan tidak kisah untuk menukar imejnya, tidak seperti bandar lain seperti Kuching dan Miri.

"Kadang-kadang, ada orang luar yang menginap di hotel bandar ini yang bertanya mengapa keadaan bandar ini masih tidak terurus,” katanya.
Sementara itu, seorang penginap hotel yang berasal dari Kuching yang hanya mahu dikenali sebagai Salihi berkata, ini kali pertama beliau datang ke sini kerana menghadiri satu majlis rasmi.

"Saya membayangkan bandar Bentong sebagai sebuah bandar yang lebih tersusun dan bersih, tetapi selepas berada di sini, saya amat terkejut,” katanya.

"Saya berharap, pihak yang bertanggungjawab merancang dan membangunkan bandar ini merombak serta menyusun semula semua program pembangunan jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan Betong setaraf dengan bandar lain di Sarawak," katanya.


apa pendapat org betong????
*penah sekali g bandar betong sblm ditukar jd bahagian, lebih kurang sama jak ngn daerah kamek n lain2 daerah di sarawak....




bayangkan dah jd bah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.036635 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list