CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29540|Reply: 15

IUD alat cegah hamil yang berkesan dan murah.

  [Copy link]
Post time 18-7-2010 04:08 PM | Show all posts |Read mode



Plastik T cegah kehamilan Posted by atikah_ar


Bagaimanakah alat yang bersaiz tiga sentimeter yang dimasukkan ke dalam rahim ini membantu kehamilan lebih terancang?

PASANGAN suami isteri perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menerima kehadiran cahaya mata.




KEHAMILAN yang tidak terancang, adakalanya membawa berita
menggembirakan, tetapi ia juga boleh membawa konflik rumah tangga dan
masalah psikologi kepada sesetengah pasangan yang belum bersedia
menerima cahaya mata.
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), Pusat Perubatan
Pantai Cheras, Dr. Ho Choon Moy, merancang kehamilan membantu
wanita-wanita hari ini mengimbangi masa antara keluarga dan kerjaya
mereka.
Dianggarkan kira-kira 220,000 wanita seluruh dunia mengalami kehamilan yang tidak terancang setiap hari.
"Dengan 80 juta kehamilan tidak terancang secara global ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk merancang keluarga."
"Pada tahun 1998, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan
37 peratus kehamilan tidak terancang disebabkan penggunaan kaedah
pencegah kehamilan yang tidak konsisten dan betul."
Beliau tidak menafikan kemungkinan terdapat kegagalan dalam aplikasi
alat perancang kehamilan dan perlindungan daripada penyebaran penyakit
seksual.
"Kaedah perancangan keluarga berada dalam pasaran tempatan sejak
tahun 2000 tetapi masih ramai yang belum mengetahui mengenai Intra
Uterine System (IUS).
"Dicipta pada tahun 1970-an di Finland dan dilesenkan sebagai alat
pencegah kehamilan pada tahun 1990-an, IUS merupakan satu kaedah
efektif dalam merancang kehamilan," kata Choon Moy.
Katanya, IUS merupakan sejenis alat plastik kecil yang bersaiz tiga
sentimeter, mudah lentur dan berbentuk T. Ia mengandungi hormon
pencegahan kehamilan sebanyak 52 miligram yang dimasukkan ke dalam
rahim.
"Sarung pada alat ini akan melepaskan hormon levonorgestrel yang
amat sedikit pada kadar yang tetap dan berkesan sehingga lima tahun,"
ujar beliau ketika forum awam bertajuk Revolusi Kesihatan Wanita
anjuran syarikat farmaseutikal, Bayer Schering Pharma Malaysia di Kuala
Lumpur, baru-baru ini.






Sungguhpun rekaan IUS dengan alat pencegah kehamilan dalam rahim
(IUD) pada zahirnya adalah sama, namun kedua-duanya adalah berbeza.
"Paling utama ialah IUS merupakan satu alat yang diperbuat daripada
plastik mudah lentur dan mengandungi hormon levonorgestrel bagi
mencegah kehamilan, manakala IUD pula merupakan sebuah alat yang
mempunyai tembaga."
Lazimnya, pengguna IUD akan mengalami pendarahan haid yang lebih
teruk dan jangka masa yang lebih panjang. Sebaliknya, penggunaan IUS
menyebabkan pendarahan yang sedikit dan pendek, malah mereka yang
menggunakan sistem ini kebanyakannya hanya perlu memakai pelapik seluar
dalam.
Sesuai untuk mereka yang ingin merancang keluarga dan aktif dalam
sukan renang dan selam skuba, penggunaan IUS mempunyai banyak
kelebihan.
"IUS mencegah persenyawaan manakala IUD pula mengelakkan penempelan telur yang disenyawakan di uterus.
"Oleh yang demikian, pembentukan embrio tidak akan berlaku apabila memakai IUS," kata beliau.
Penggunaan IUS dipercayai tidak memberikan kesan pada aras
kolesterol, mekanisme pembekuan darah, kawalan diabetes, kepadatan
tulang mahupun tekanan darah.
"Mengambil masa hanya lima minit untuk dimasukkan ke dalam rahim,
IUS bertindak dengan menebalkan mukus servik, sekali gus menghalang
sperma mensenyawakan telur.
"Dinding rahim yang menipis menjadikan persekitaran itu tidak sesuai
untuk pergerakan sperma dan penempelan telur yang disenyawakan," jelas
Chee Moy.
Sehingga kini dianggarkan 10 juta wanita dunia terutama di benua Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menggunakan IUS.
IUS juga sesuai untuk wanita yang mengalami haid yang banyak kerana
ia mengurangkan penebalan tisu endometrium. Ini bermakna kedatangan
haid menjadi lebih ringan dan singkat.
"Satu lagi kelebihan besar IUS ialah ia tidak memberikan kesan kepada susu badan dan kesan yang diberikan boleh diubah.
"Ini bermakna, selepas IUS dikeluarkan, wanita boleh hamil semula," kata Choon Moy.
Proses pemakaian dan pengeluaran yang mudah, tidak menyakitkan, ringkas dan tidak perlu menggunakan ubat bius.
"Wanita yang mengalami fibroid boleh menggunakan IUS kerana ia membantu mengurangkan pendarahan," kata pakar ini lagi.
Beliau juga tidak menggalakkan pemakaian IUS kepada mereka yang
inginkan cahaya mata dalam masa terdekat. Choon Moy menjelaskan,
pemakaian sistem itu amat berbaloi iaitu antara RM15 sehingga RM20
sebulan untuk jangka masa lima tahun.
"Kosnya lebih kurang sama seperti anda membeli tuala wanita untuk setiap kedatangan haid," kata beliau.
Tambahnya, IUS sesuai digunakan oleh wanita menopaus.
Bagaimanapun, IUS juga mempunyai kelemahan seperti kedatangan haid yang tidak teratur dalam masa tiga bulan pertama penggunaan.
"Pendarahan berlaku kerana dinding rahim masih tebal dan dalam
proses penipisan. Tetapi selepas itu si pemakai akan mendapati bahawa
darah haidnya menjadi semakin sedikit dan tempoh haid yang singkat,"
jelas Choon Moy.
Katanya, secara purata antara 10 sehingga 20 peratus pengguna IUS
tidak mengalami pendarahan haid langsung selepas setahun penggunaan.

PAKAR perubatan beranggapan alat
Intra Uterine System dianggap teknologi mengawal kehamilan paling
signifikan sejak penciptaan pil pencegah kehamilan.





Menjelaskan lebih lanjut : "Ini tidak bermakna pengguna putus haid.
Fungsi ovari juga tidak terjejas dan hormon masih dilepaskan seperti
biasa. Ia berlaku kerana endometrium menipis.
"Ketiadaan haid hanyalah sementara dan pengguna tidak perlu bimbang
kerana apabila IUS dikeluarkan, haid akan pulih seperti sediakala."
"Kebanyakan pakar perubatan beranggapan IUS merupakan teknologi
mengawal kehamilan yang paling signifikan sejak penciptaan pil pencegah
kehamilan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 07:46 PM | Show all posts
adakah kurang kepuasannyer nanti
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 12:19 PM | Show all posts
suruh bini beli pil jer.......pakai benda nih pon leh terlepas gak.....
byk kes......pil paling bagus....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 01:26 PM | Show all posts
bagus utk skolah hamil kat melaka tuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2010 05:16 PM | Show all posts
ish...............budak2 lagi mana boleh guna benda ni, nikah dulu woooo
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 09:39 AM | Show all posts
implanon lagi senang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2010 02:39 PM | Show all posts
suruh bini beli pil jer.......pakai benda nih pon leh terlepas gak.....
byk kes......pil paling bag ...
ctaz Post at 6-8-2010 12:19



    cik abang makan ubat lagi bahaya tau..boleh mengakibatkan anak cacat....sebab kekadang ada kehamilan tanpa di rancang...biler makan ubat sebab x tau tu yang effect kat bby
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 03:13 PM | Show all posts
so IUD dan IUS adalah bende yg berbeza ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bulan_gerhana at 27-12-2022 12:05 PM

Iols pakai IUD... Ni 2nd time dah..
Memula dulu iols pakai yg 3 yrs.. then dah cukup haul..kene le kuarkan and pakai yg baru.. stok yg 3 thn xde.. soo now pakai yg 5 thn..

Iols pernah ambik depo injection.. but X sesuai... kerap mood swing.. sakit kepala and migrain.. berat badan naik..and almost all kawan2 Iols yg bertaraf medical doctor and pharmacist advice stop taking injection.

Soo bila appointment .. consult doc balik.. doc suggested Iols ambik iud yg xde hormon.. iols x bole ambik iud yg ade hormon and also implano.. sbb hormon yg digunakan sama Jenis dengan injection depo.. soo now aman2 je.. cuma doc pesan.. selalu check benang.. kalau pjg tetiba.. suh dtg jumpe doc utk trim.. perlu displin buat papsmear and kalau period lambat.. Terus buat pregnancy test.. sbb iud ni bole buat kandungan luar Rahim..
Hubby iols xpernah complaint X selesa ke hapoo masa ml dan dia xde rasa pun benang tu .

Sekian my 2 cent experience.... Moga bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
bulan_gerhana replied at 27-12-2022 12:02 PM
Iols pakai IUD... Ni 2nd time dah..
Memula dulu iols pakai yg 3 yrs.. then dah cukup haul..kene le  ...

boleh rasa ke benang kt dalam tu? guna jari ke rasa benang tu panjang atau mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 04:36 PM | Show all posts
mcm nak try pakai iud, tapi macam takot pulak benda tu senget
sebab sejenis suka kena hentak dalam2
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nizam_76 replied at 27-12-2022 02:19 PM
boleh rasa ke benang kt dalam tu? guna jari ke rasa benang tu panjang atau mcm mana?

Yup.. guna jari la... Doc mmg advice utk selalu check sendiri. Kalau masa mula2 pakai sampai paras mana.. soo tiap Kali Lepas ML kan nak Mandi... Atau Lepas period check juge la..  atau kene mencangkung.. then rasa la benang tu.

Byk sebab benang makin pjg atau turun sbb kedudukan iud tu dah terkeluar dr tempat yang sepatutnya atau rahim kita yg makin jatuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 28-12-2022 04:36 PM
mcm nak try pakai iud, tapi macam takot pulak benda tu senget
sebab sejenis suka kena hentak dalam2  ...

Iols pun suka hentak dlm2 baru best..

No worries.. doc yg masukkan... Bukan Kita yg masuk Kan sendiri..
Cuma mula2 masukkan Tu Akan Rasa senak sikit.. kalau kat gomen doc iols bagi ubat tahan sakit kalau Rasa X selesa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
bulan_gerhana replied at 29-12-2022 08:40 PM
Yup.. guna jari la... Doc mmg advice utk selalu check sendiri. Kalau masa mula2 pakai sampai paras ...

Ooo ok, thanks atas penerangan... wife guna iud jgk tp x pernah citer buat mcm tu pun.... tu tanya... masa ML pn x pernah rasa benang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 28-12-2022 04:36 PM
mcm nak try pakai iud, tapi macam takot pulak benda tu senget
sebab sejenis suka kena hentak dalam2  ...

sekarang Bella guna kaedah yg mana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2023 11:44 AM | Show all posts
pakai nuva ring je kalau pompuan sejenis vaginal ring memang berkesan boleh pasang dan cabut sundri, 3 minggu pakai then seminggu cabut nak bagi darah haid keluar. selamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.495716 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list