CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: caicai

Nak kenal si munafik di sekliling anda? Baca ni....

[Copy link]
Post time 14-7-2010 11:07 AM | Show all posts
salam

hmmmmmmmmmmm
bertambah hangat ni
teruskan , cuma jangan ada yang memesong2 ayat allah dan rasulnya nabi muhamad saw

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2010 11:29 AM | Show all posts
Reply 35# sirrikhafi


Mentaati rasul ialah mentaati apa yg di wahyukan kpd rasul.


Bukankah Wahyu itu bermaksud perintah/kalamullah/kata2 Allah kepada Rasulnya??

Bukan kah quran itu diturunkan melalui Wahyu Allah S.W.T kepada Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W ??

Dan ikutilah apa yg telah di wahyukan kpd engkau dari Pemelihara engkau.
sesungguhnya ALLAH itu adalah maha mengetahui tentang apa yg kamu kerjakan.
Al-Ahzab: 2


Siapakah engkau yg menerima wahyu didalam ayat itu umat manusia ke Rasulullah S.A.W ???

[/quote]Ikutilah kamu akan apa yg telah di turunkan kpd kamu dari Pemelihara kamu,
dan janganlah kamu mengikuti dari selain Dia sebagai pemimpin.
sedikit sekali kamu mengambil peringatan.
Al-A'raf: 3[/quote]
   
Bukan kah umat manusia yang diturun kan Al-quran dan dalam quran Allah S.W.T banyak kali mengulang perkataam yg bermaksud "taatlah kepada Rasul"

"Dia sebagai pemimpin" ayat ini merujuk Kepada Rasulullah S.A.W atau pemimpin pemimpin umat manusia???

Katakanlah: "Tidaklah aku mengada-adakan dari Rasul-rasul itu,
dan tidaklah aku tahu apa yg di perbuat dgn ku dan tidaklah dgn kamu.
tidak lain aku mengikuti kecuali apa yg diwahyukan kpd ku,
dan tidaklah aku kecuali pemberi ancaman yg nyata.
Al-Ahqaf: 9


Ayat ini terang2 menyata aku(yakni Rasulullah S.A.W) "mengikuti kecuali apa yg diwahyukan kpd ku".

Hadis yg kamu "maksudkan" itu memang tiada di sebut dlm AlQuran.
tapi Hadis-hadis lain yg di sebutkan di dlm AlQuran itu antaranya ialah:


Subhanallah.. Maksud wahyu itu sendiri Adalah perintah/kata2 Allah S.W.T kepada Rasul nya.. jadi bukan kah segala yang diperintahkan Rasulullah S.A.W juga adalah dari Wahyu Allah S.W.T??

Apakah dalilnya 5 waktu tu?
dlm surah mana?
ayat yg keberapa?



Tidak cukup lagi2 kah firman Allah S.W.T mengatakan "Taatlah kepada Rasul" yang byk diulang2 dalam quran ??
saudara sirri tidak pernah membaca sejarah kisah hidup nabi Muhammad S.A.W ka?? kisah bagaimana ayat2 quran diturun kan ??? adakah quran ini diturunkan sekali gus  114 surah?? di dalam tempoh penurunan quran ini apakah Wahyu2 Allah kepada nabi Muhammad S.A.W... ketika berdakwah kepada umat manusia ketika itu?? ada saudara baca dan cuba hayatinya??

    kita rujuk surat an najm

    53:3 dan dia tidaklah berkata dengan hawa/nafsunya
    53:4 tidak lain kecuali wahyu yang diwahyukan



Ayat ini tiada kaitan dgn hadis bukhari, muslim etc...


ni adalah salah satu firman Allah S.W.T mengatakan rasulnya tidak berkata-kata akan sesuatu dengan nafsunya/sesuka hati dia tapi adalah dari kata kata Allah S.W.T.


Wallahua'alam,


Saudara sirri tak perlu lagi kita nk berbahas panjang... kalau saudara sirri tak berpuas hati dtg sendiri ke JAKIM perbahaskan perkara ini..sebab kami disini mengamalkan apa yang dinyata kan dalam quran dan sanad2 yang diturunkan daripada Rasulullah S.A.W.


Apa-apa pun semoga Allah S.W.T akan sentiasa memimpin kita dengan rahmatnya diatas segala urusan yang kita lakukan...amiinn
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:30 AM | Show all posts
Nih nk share sikit..

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya

Semoga bermanafaat Amiin.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:30 AM | Show all posts
السلام عليكمkata forum
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:34 PM | Show all posts
Reply 43# gondang_9


    salam

terima kasih bagi hadis nih
saya mmg tercari2 kisah ini, tapi ini pun tak penuh kan
saya pernah baca yang nabi muhamad melihat bermacam2 orang yang telah melakukan dosa ketika dibumi
. melihat wanita2 yang berdosa dan banyak lagi lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 01:02 PM | Show all posts
Reply 45# sitihawa

yup Kisah Israk mikraj nih memang diambil daripada hadis2 yg berbeza. dan yang atas tuh salah satu dari hadisnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2010 02:00 PM | Show all posts
abang cuma nak menyampaikan ayat-ayat Tuhan je...


macamana lak kau boleh kata ayat-ayat ni dari tuhan, kau pernah jumpa tuhan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 02:04 PM | Show all posts
Reply 47# amier7769
soalan maut tuh

kita tunggu abang sirri jawab ya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2010 02:37 PM | Show all posts
http://www.youtube.com/watch?v=xaN1zqxap3w&feature=related
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 05:12 PM | Show all posts
Dan sungguh Kami telah menjelaskan AlQuran ini bagi manusia dari tiap-tiap perumpamaan,
dan adalah Insan itu yg paling banyak membantah.
Al-Kahfi: 54

Bagi tiap-tiap ummat itu,
Kami telah menjadikan cara ibadat yg mereka ibadatkan akan nya,

maka janganlah mereka membantah akan engkau di dlm perintah itu,
dan seru lah kpd Tuhan engkau,
sesungguhnya engkau benar-benar di atas jalan yg lurus.

dan jika mereka berdebat akan engkau maka katakanlah:
"ALLAH lebih mengetahui tentang apa yg kamu kerjakan."

"ALLAH akan menghakimi di antara kamu di hari yg berbangkit pada apa yg kamu di dlm nya sedang perselisehkan."
Al-Hajj: 67, 68, 69



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 06:27 PM | Show all posts
Salam...

Ehh rasanya abang sirri tu bukanlah sampai tahap anti hadis..... dia tu lebih kepada ...
mnm77 Post at 13-7-2010 15:11


i see i see...oh now i know sebab tu Saudara Khafi minta hadith hadith mutawattir  jer ..i see yg dulu dulu tuu , i see i see...

apa beza ahlul quran and anto hadith???

just pada kesangsian kualitu hadith tu yer?

hmm....interesting, indeed.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 09:47 PM | Show all posts
muktazilah pun kata dia orang ahli quran jugak...  tafsir pun pakai akal jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 11:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 15-7-2010 11:22
Bagi tiap-tiap ummat itu,
Kami telah menjadikan cara ibadat yg mereka ibadatkan akan nya,
maka janganlah mereka membantah akan engkau di dlm perintah itu,

dan seru lah kpd Tuhan engkau,
sesungguhnya engkau benar-benar di atas jalan yg lurus.

dan jika mereka berdebat akan engkau maka katakanlah:
"ALLAH lebih mengetahui tentang apa yg kamu kerjakan."

"ALLAH akan menghakimi di antara kamu di hari yg berbangkit pada apa yg kamu di dlm nya sedang perselisehkan."
Al-Hajj: 67, 68, 69
sirrikhafi Post at 14-7-2010 17:12


Salam... Sedikit perkara untuk difikirkan dan dikongsi... ayat-ayat di atas cukup bermakna dan jelas bagi kita bahawa kita dilarang membantah Nabi dalam melaksanakan ibadat yang diperintahkan Allah.

Fajar Sadiq, Fajar Kazib dsbnya hanyalah teori fuqaha' Sunni shj.
ia tiada di sebut dlm AlQuran pun.


Sebenarnya ia bukan teori Ulama/Fuqaha Sunni semata-mata. Ia adalah dari hadith Ibn Abbas RA (riwayat Ibn Khuzaimah dan Al-Hakim, dikategorikan sahih oleh Albani). Hadith Nabi yang sahih tidak dipertikaikan, bahkan menguatkan lagi kefahaman Al-Quran

Kita diperintahkan bertanya kepada ahl-azzikri yakni orang yang ahli dalam ilmu kitab Allah iaitu Al-Quran (An-Nahl, 43; Al-Anbiya, 7). Jikalau mahir bahasa dan grammar Arab masih belum mencukupi, kerana orang kafir pun ada yang mahir bahasa dan tatabahasa Arab.

…..Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah Ulama… (Faatir, ayat 28)

Maka, adalah wajar kita mencontohi dan menerima keikhlasan Ulama dalam menyampaikan agama kerana mereka disebut sebagai benar-benar takut kepada Allah.

apabila telah jelas benang putih dari benang hitam dari fajar,
maka itulah permulaan waktu berpuasa bagi umat islam yaitu kira-kira antara pukul 7am-7.30am-8am sehinggalah malam yaitu selepas maghrib kira-kira pukul 8 malam ke atas.


Telah ada hadith Nabi yang merungkaikan permasalahan di atas. Namun terpulanglah kepada tafsiran mana yang nak pegang. Bagi ahli Sunnah, berdasarkan hadith Sahih Bukhari, telah jelas benang putih itu menunjukkan permulaan waktu Fajar yang sebenar (Fajar Sadiq) dari kegelapan Fajar (Fajar Kazib).
Jikalau dikira permulaan siang, maka kegelapan sudah tiada lagi, maka tak perlu disebut dari benang hitam (kegelapan) dari Fajar, cukuplah disebut terbit matahari….Wallahu a’lam

Tak sama.
Fajar = Pagi.
Subuh = Sebelum terbit matahari.


Saya setuju ada perbezaan. Yang saya maksudkan adalah istilah yang digunakan.

Namun, jika dilihat pada istilah Fajar, kalau di Malaysia dari 4 pagi sampai 7 pagi pun dikira Fajar, kan? Kalau Subuh pula dikira bermula pada ketika Fajar Sadiq sehingga sebelum terbit matahari. Subuh itu tetap dalam waktu Fajar, dan Fajar itu panjang masanya bermula dari kegelapan pagi sebelum Subuh (dinamakan Fajar Kazib) sehingga waktu permulaan Subuh (Fajar Sadiq) sampai terbit matahari

Wallahu a’lam
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 01:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 15-7-2010 17:03

Hadith Nabi yang sahih tidak dipertikaikan,
bahkan menguatkan lagi kefahaman Al-Quran


Tidak di pertikaikan bagi yg menyokong institusi hadis shj.
adapun bagi saya,
cukuplah saya berpegang dgn AlQuran.
kerana saya tidak mahu mensyirikkan ALLAH yaitu menduakan kitab suci AlQuran Nya.

bagi saya,
org yg berpegang dgn hadis itu seumpama org yg mensyirikkan ALLAH,
kerana seolah-olah ada "tuhan" lain yg mensyariatkan agama ke atas "mereka".


Apakah bagi mereka itu sekutu-sekutu yg telah mensyariatkan bagi mereka dari agama,

apa yg tidak di izinkan dgn nya oleh ALLAH?
Asy-Syura: 61



maaf.
ini pendapat peribadi shj.



Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya,
hanyalah Ulama… (Faatir, ayat 28)
Maka,
adalah wajar kita mencontohi dan menerima keikhlasan Ulama dalam menyampaikan agama kerana mereka disebut sebagai
benar-benar takut kepada Allah.


Soal keikhlasan itu kita serah kpd ALLAH.
Dia lebih tahu.
jika mereka ikhlas dan takut kpd Tuhan ALLAH,
maka mereka seharusnya menyuruh manusia mengikut ayat-ayat ALLAH.

bagi saya,
mereka yg cerdik pandai dlm bidang hadis,
layak di panggil Habr @ Ahbar.


Telah mengambil oleh mereka akan Habr-habr mereka dan Rahib-rahib mereka itu sebagai tuhan-tuhan dari selain ALLAH.
At-Taubah: 31




Telah ada hadith Nabi yang merungkaikan permasalahan di atas.
Namun terpulanglah kepada tafsiran mana yang nak pegang.
Bagi ahli Sunnah,
berdasarkan hadith Sahih Bukhari,
telah jelas benang putih itu menunjukkan permulaan waktu Fajar yang sebenar
(Fajar Sadiq)
dari  kegelapan Fajar
(Fajar Kazib).

Jikalau dikira permulaan siang,
maka kegelapan sudah tiada lagi,
maka tak perlu disebut dari benang hitam (kegelapan) dari Fajar,
cukuplah disebut terbit matahari….Wallahu a’lam



Bagi org yg mempertuhankan ALLAH,
cukuplah mereka berpegang dgn ayat itu.
adapun mereka yg mempertuhankan selain ALLAH,
biarlah tuhan-tuhan palsu itu yg mensyariatkan agama utk mereka.



Namun, jika dilihat pada istilah Fajar,
kalau di Malaysia dari 4 pagi sampai 7 pagi pun dikira Fajar, kan?
Kalau Subuh pula dikira bermula pada ketika Fajar Sadiq sehingga sebelum terbit matahari.
Subuh itu tetap dalam waktu Fajar,
dan Fajar itu panjang masanya bermula dari kegelapan pagi sebelum Subuh
(dinamakan Fajar Kazib)
sehingga waktu permulaan Subuh
(Fajar Sadiq)
sampai terbit matahari



Saya hanya berpegang dgn apa yg ALLAH kata.
sami'na wa ato'na.
jika ada yg mahu berpegang dgn kata-kata selain ALLAH,
terpulanglah kpd diri mereka sendiri utk membuat keputusan.
bagi saya,
saya tidak mahu mensyirikkan "kata-kata" Nya.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 02:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 02:46 PM | Show all posts

ayat-ayat di atas cukup bermakna dan jelas bagi kita bahawa kita dilarang membantah Nabi dalam melaksanakan ibadat yang diperintahkan Allah.


Bagi saya,
Ayat "membantah akan engkau di dlm perintah itu" al-hajj: 67 itu,  
maksudnya ialah membantah perintah-perintah @ ayat-ayat Tuhan.

Contohnya:
Solat Fajar di ubah kpd Solat Subuh dsbnya.


Apakah kamu maseh mengharapkan bahawa mereka akan percaya kpd kamu sedang sungguh segolongan dari mereka mendengar perkataan ALLAH kemudian mereka mengubah akan nya dari sesudah apa yg telah mereka fahami akan nya sedang mereka mengetahui.
Al-Baqarah: 75


Maka celaka lah bagi org-org yg menulis akan Kitab dgn tangan-tangan mereka kemudian mereka mengatakan:
"Ini dari sisi ALLAH" supaya mereka membeli dgn nya akan harga yg murah.
maka celakalah bagi mereka dari apa yg telah mereka tulis dgn tangan-tangan mereka,
dan celakalah bagi mereka dari apa yg mereka usahakan.
Al-Baqarah: 79


Katakanlah: "Sesungguhnya org-org yg meng-ada-ada-kan ke atas ALLAH akan kedustaan,
tidak akan berjaya."
Yunus: 69




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2010 02:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 03:05 PM | Show all posts
Kepada Saudara & Saudari muslim ku,

Perumpamaan seperti kita hidup berada di zaman Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W dan ketika itu kitab al quran telah sepenuh diturun kepada Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W.

Dan Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W  menyuruh kita bersolat fardu 5 waktu sehari, adakah kita tidak perlu berbuat demikian kerana di dalam quran tidak ada perintah yang sebegitu??

Tapi bagaimana pula dengan perintah Allah yang banyak kali di ulang & di ulang dalam quran iaitu "taatlah kepada Rasul / taatlah kepadaku(yakni Rasulullah"

dan Allah berfirman :

Tidaklah aku mengada-adakan dari Rasul-rasul itu,
dan tidaklah aku tahu apa yg di perbuat dgn ku dan tidaklah dgn kamu.
tidak lain aku mengikuti melainkan apa yg diwahyukan kpd ku, Al ahqaf : 9

dan dia tidaklah berkata dengan hawa/nafsunya, tidak lain kecuali wahyu yang diwahyukan.
An najm : 3 & 4


Hadis itu sendiri bermaksud suatu kata/kata & amalan dari Rasul,
adakah tidak cukup jelas bahawa hadis itu adalah sesuatu yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W??

adakah kita boleh dikata kan taat kepada Rasul jika kita tidak melakukan perintahnya?? sedangkan perintah itu datangnya dari wahyu Allah S.W.T???

Allah S.W.T berfirman : Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, tidak kami mengutusmu untuk kpd mereka sebagai pengawal. An Nisa' : 80


Wallahu a'lam, InsyaAllah semoga bermanafaat amiin.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 03:25 PM | Show all posts
Contohnya:
Solat Fajar di ubah kpd Solat Subuh dsbnya.
sirrikhafi Post at 15-7-2010 14:46


Nak tanya sikit saudara SirriKhafi nih fasih berbahasa Arab ke??

bagi istilah orang melayu memang dipanggil subuh"waktu sebelum matahari terbit" tapi kalau translate arab ia memang bererti fajr/فجر‎

dalam bahasa Arab fajr sendiri bererti sebelum terbit matahari..Harap saudara jangan salah faham.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 03:43 PM | Show all posts
Gini lah.. apa kata Sirri ni dtg JAKIM dan berdebat dgn pihak JAKIM.  Aku boleh tolong arrangekan sebab aku pun nak dengar dr mulut dia sendiri dan nak dengar pula apa kata JAKIM dlm mematahkan hujah2 Sirri ni.  

Kalau berani la.. sebab nak menegakkan kebenaran mesti berani.  Jangan berselindung di balik komputer.  Kalau berdebat dgn 'ulamak' CI ni rasanya tak kemana pasal tgk pun ilmu masing2 belum lah dlm nak berhujah.. takut sangat apa yg dibawa dia ni sebenarnya satu kesesatan yg boleh menimbulkan keraguan kita kpd hadis2 Rasulullah.

Nabi pernah bersabda pada akhir zaman ni akan timbul golongan2 manusia yg membawa kesesatan hinggakan org yg arif agama pun akan menjadi kebingungan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.094161 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list