CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fantaghiro

Suratan (Slam)

[Copy link]
Post time 13-7-2010 01:05 PM | Show all posts
blom leh komen...tunggu abih baca......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 01:47 PM | Show all posts
ada sambungan lagi tak fan... apasal tahir ni jenis berat mulut ekkk... susah sangat ke nak cakap sayang dan cinta kat fina tuh... tu la pasal melepas...tak dapek nak nolong ehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 02:29 PM | Show all posts
best gak citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 02:33 PM | Show all posts
jadi tunang ke x nie...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 02:38 PM | Show all posts
ada gak lelaki macam Tahir nie ekkk.... pemalu sangat.. asyik memendam je.... apa kesudahan cite nie?? biarlah happy ending...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2010 03:17 PM | Show all posts
sambung lagi sket...

Akhir Jun 2008 aku menghubungi Fina untuk menyatakan hasrat hatiku. Debaran mula terasa. Moga Allah permudahkan laluan untukku membina mahligai impian bersama Fina. Ku kumpul segala kekuatan untuk  berterus terang dengan Fina. Nombor telefon Fina yang ku dail berjawab juga akhirnya. Setelah memberi salam, aku membuka bicara.

‘Fina… abg ada benda nak ckp… Fina jangan terkejut pulak’

‘abg nak ckp apa? Cakap la… Fina dengar… ke abg nak jemput Fina pegi majlis kawin abg?’ gurauan yang keluar dari mulut Fina buat aku hampir tercekik! Macam tau2 je aku nak ajak dia kawin…

‘a’ah’ jawabku sepatah.

‘wah… diam2 je abg ni ye… tiba2 je dah nak kawin…’ gurau Fina.

‘a’ah… abg nak kawin… dengan Fina!! Bulan depan abg nak pegi Langkawi jumpa org tua Fina n masuk minang terus… ok tak Fina rasa?’

‘huh? Abg biar betul? Benda camni takleh buat gurau tau!!’  seperti yang ku duga…Fina terkejut dengan soalan aku. Seronok juga sesekali buat kejutan ni, fikirku sendiri.

‘betul la…apa pulak gurau.. abg pun tau benda camni takleh buat gurau’ jawabku pada Fina.

‘abg… jangan la memain…Fina tak suka tau abg gurau camni’ jawab Fina yang mula sebak. Aku tersenyum sendiri… mungkin Fina terlalu terkejut sampai nak menangis…

‘abg tak memain la syg… abg serius… kalau Fina nak abg ckp ngan org tua Fina pun boleh… kita tunang bulan depan… lepas tu nikah masa birthday Fina.. ok tak?’ Fuhhh!!! Lega… lepas ni tak perlu dah aku nak susah hati fikir Fina akan terlepas ke tangan org lain…fikirku lagi.

Dalam tangis Fina khabarkan berita yang mampu buat jantung terhenti… sekali lagi…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2010 04:09 PM | Show all posts
ada aje dugaan yg datang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 04:11 PM | Show all posts
apa beritanye fan..berdebar2 kami di sini nak tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 04:43 PM | Show all posts
ada aje halangannye.....huhuhuuuuu

letak n3 byk2 ckit ......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2010 05:14 PM | Show all posts
sambung sket lagi... esok mungkin n3 terakhir... cite dah nak abih...



‘abg… Fina dah bertunang!!! Skrg ni Fina tunangan org!!ya Allah…Fina bertunang hujung bulan Mei yang lepas’ aku kehilangan kata… kegembiraan ku berganti dengan kedukaan yang entah bila akan berpenghujung. Hampir 5 minit kami sama2 diam tanpa bicara… yang kedengaran hanya tangisan Fina… dan aku? Untuk kali yang ke tiga airmataku jatuh lagi kerana Fina. Murah benar airmataku dengan insan yang seorang ini…

‘Fina… kenapa Fina tak tunggu abg? Selama ni abg ingat Fina faham perasaan abg! Sampai hati Fina buat abg macam ni?’ aku mula meluahkan ketidakpuasan hatiku.

‘macam mana Fina nak tunggu abg? Abg tak pernah pun yakinkan Fina yang abg betul2 perlukan Fina? Abg tak pernah sekali pun mintak Fina tunggu abg? Takkan Fina nak tunggu org yang Fina pun tak pasti samada betul2 dia sayangkan Fina atau tidak?’ bertubi2 soalan dari Fina…

‘tapi abg kan pernah cakap abg sayangkan Fina? Takkan Fina tak faham? Fina nak abg ckp macam mana lagi?’ luahku pada Fina.

‘Fina akui mmg abg ada ckp yang abg sayangkan Fina… tapi pernahkah abg buktikan yang abg betul2 sayang Fina? Selama 9 tahun ni pernah abg usaha untuk yakinkan Fina yang abg tak pernah berkahwin? Pernah abg usaha nak jumpa org tua Fina? Langsung takde kan? Habis tu macam mana Fina nak terus mengharap pada abg?’ soalan Fina buat aku terkedu… benar apa yg Fina katakan… aku tak pernah melakukan semua itu kerana pada fikiranku selama ini Fina memahami apa yang tersirat dihatiku, namun aku silap…

‘Fina… tak boleh ke Fina bagi abg peluang untuk tebus balik kesilapan abg? Abg janji abg takkan sia2kan hidup Fina… tolong la abg Fina…’ rayuku pada Fina.

‘abg… Fina tak sanggup nak malukan org tua Fina…’

Aku kehilangan kata… andai mampu ku undur masa… mungkin semua ini takkan berlaku… talian ku putuskan tiba2 tanpa mengucapkan sepatah kata pada Fina.

Sekali lagi aku kalah dalam perjuangan untuk memiliki Fina. ‘Perjuangan?’ aku tak pasti adakah boleh aku tafsirkan ianya sebagai perjuangan? Untuk seketika aku tak mampu memikirkan apa2… 2 minggu aku menyepikan diri dari Fina kerana aku terlalu kecewa… apakah mungkin aku mampu untuk melupakan Fina terus?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 05:28 PM | Show all posts
ku tunggu ending baru komen...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 10:16 PM | Show all posts
kesiannya...ada aje halangan
x sbar nak tggu ending
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 11:07 PM | Show all posts
Aduiya banyak rintangan.
Ni cam kes ameer (cinta internet) kena mandi bunga
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 10:23 AM | Show all posts
cinta x kesampaian..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 10:28 AM | Show all posts
Aduiya banyak rintangan.
Ni cam kes ameer (cinta internet) kena mandi bunga
qimi08 Post at 13-7-2010 23:07



    kak qimi... cepat bg dia petua...bunga apa yg nak pakai mandi
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 10:52 AM | Show all posts
kak qimi... cepat bg dia petua...bunga apa yg nak pakai mandi
amandaatika Post at 14-7-2010 10:28


Kalo org perempuan tentu bunga wangi2
org lelaki sama jugak atau.....bunga yg x wangi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2010 10:59 AM | Show all posts
cian, nak ajak bertunang jer
dah bertunang
kalau jodoh x kemana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2010 11:06 AM | Show all posts
last n3...


Untuk kali yang tak terkira banyaknya dalam solat hajatku mohon pada Allah… moga diperkenankan hajatku… aku adukan segala di hadapanNya dengan harapan aku beroleh ketenangan. Ya Allah… terlalu  berat dugaan yang kau berikan…

13 Ogos, 2008 seminggu sebelum tarikh Fina di ijabkabulkan aku menghantar sms kepada Fina dengan harapan Fina memberiku peluang. ‘Assalamualaikum Fina, abg tak tahu apa yg patut abg buat sekarang, namun harapan abg agar Fina memberi abg peluang sekali lagi untuk abg buktikan keikhlasan hati abg. Abg tahu selama ni abg silap dalam merencana.. tolonglah Fina…berikan abg peluang sekali lagi…’

Dalam beberapa minit kemudian ku terima sms dari Fina… ‘w’salam abg… Fina minta maaf banyak2 dengan abg atas segala salah dan silap Fina pada abg selama ni… minta dihalalkan makan minum Fina… Abg… Fina minta sangat supaya abg teruskan hidup… carilah org lain…insyaallah… Fina selalu doakan moga abg dipertemukan dengan insan yang lebih baik dari Fina yang dapat membahagiakan abg dunia akhirat..’

Aku faham maksud Fina… tak mungkin Fina akan membatalkan majlisnya kerana aku. Aku harap Fina akan pegang janjiku pada sms terakhir yang ku hantar pada Fina , ‘Fina.. abg faham keadaan Fina, tapi abg harap sangat Fina ingat janji abg… dah 9 thn abg tunggu Fina… abg takde masalah untuk tunggu Fina 9 tahun lagi. Walaupun 1 hari nanti kita dipertemukan dalam keadaan masing2 dah kedut seribu… abg tetap akan jadikan Fina isteri abg. Takkan ada org yang akan gantikan tempat Fina! Abg harap Fina simpan sms ni untuk jadi bukti pada janji abg dan Fina boleh tuntut janji abg ni bila2 masa pun… ’. Sms yang ku hantar tidak berbalas… marahkah Fina padaku?

20 Ogos 2008…tarikh Fina diijabkabulkan… tarikh aku berangkat ke Negara yang menjadi impianku untuk pergi bersama Fina… menghabiskan seminggu masaku disana, mengenang kembali saat2 perkenalan aku dan Fina hingga ke hari ini… terlalu banyak halangan yang tepaksa aku tempuhi… adakah memang benar jodohku bukan dengan Fina? Aku tak pasti…namun janji tetap janji… janji yang akan ku pegang hingga ke mati…

Pulang dari New Zealand aku menghubungi Fina untuk mengucapkan tahniah atas perkahwinannya… juga mengkhabarkan padanya pemergian dan tujuan aku ke New Zealand. Namun hatiku makin terguris bila Fina meminta aku untuk tidak menghubunginya lagi atas alasan untuk menjaga hubungan dengan suaminya. Aku faham keadaan Fina sekarang. Sempat aku berpesan pada Fina agar sentiasa ingat 1 perkara… walau kemana Fina pergi… walau apa yang berlaku selepas ini… khabar Fina tetap akan sentiasa dalam pengetahuanku… kerana hanya itu pengubat rinduku pada Fina dari kejauhan. Setelah talian ku putuskan, aku menghantar sms mengandungi bait2 lirik ini kepada Fina dengan harapan Fina memahami apa yang terserat dihati ni. Itulah kali terakhir aku menghubungi Fina.

Suratan
Segar di ingatan
Sejarah luka yang berlaku
Terpahat kenangan
Cerita cinta ku pada mu
Tiada duanya
Biar berjuta tidak sama
Indahnya cinta mu
Setulus budi mu pada ku

Telah ku terima
Suratan takdir Yang Esa
Cinta manusia
Suka dan duka di tangannya
Sedalam renungan
Moga terjawab persoalan
Apakah salah ku
Di mana silap mu

Sudah lumrah kehidupan
Tidak lepas kesalahan
Cinta yang menjadi korban... kesilapan

Saat yang silih berlalu
Masa tak akan kembali
Semua telah berlaku kita insafi

Maafkanlah sayang
Segala kesilapan ku
Tidak terniat sekali melukai dirimu
Ku pohonkan doa
Semoga kau berbahagia
Tempoh hidup ini
Jalanan berduri
Nama mu biarkan abadi... di sini

Mudah-mudahan bersama
Keadaan yang berbeza
Di alam cinta yang kekal... selamanya


-TAMAT-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2010 11:07 AM | Show all posts
ku tunggu ending baru komen...
puteri_malam Post at 13-7-2010 17:28



   dah aDE ending dah... sila komen...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2010 11:09 AM | Show all posts
kesiannya...ada aje halangan
x sbar nak tggu ending
amandaatika Post at 13-7-2010 22:16


huhu... realiti tak seindah fantasi kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.339746 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list