CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fantaghiro

Suratan (Slam)

[Copy link]
Post time 7-7-2010 05:27 PM | Show all posts
tak... kenai hb kat tenet ni jugak...
Fantaghiro Post at 7-7-2010 17:26


Wah... gitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2010 06:12 PM | Show all posts
salam.....
suratan....akak mmg minat lagu2 slam ni.....
banyak betul rumah nak dilawati...tkt2 tersilap rumah je......
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 11:18 PM | Show all posts
salam..baru sempat nak singgah..
lagi satu citer baru...
kisah benar ek...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 11:25 PM | Show all posts
Salam ... selamat dtg
nick nama awak kita suka sbb teringat kat cerita tu...

Jenuh nak merempit ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 02:48 AM | Show all posts
waa.. baru perasan ada citer baru... best best

nampaknye penulis nih mmg pro orgnye..
sebaaabbbbb...

dia ending ngan plot mendebarkan!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 09:24 AM | Show all posts
aka Ju'a : tgk alamat rumah betul2 kang salah umah...

mijot : a'ah... kisah benar... ditulis semula berdasarkan yang diceritakan oleh Encik Tahir sendiri

Qimi : best kan ceta tu? sampai hari ni daku masih angau ngan budak tarabas tu...

Kia: harus la stop kat bahagian yg mendebarkan... tektik utk tanak org tinggai umah ni kekdahnya...

pada semua... terima kasih sbb bagi sokongan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-7-2010 09:40 AM | Show all posts
sambungan...


‘kenapa ni Fina? Lain macam je? Ada masalah ke? Abg nak kata tak sibuk tu sibuk la jugak…nak kata sibuk sangat pun tak juga, kenapa? Tanyaku.

‘abg.. Fina nak mintak tolong.. mak ngan ayah Fina tengah krisis.. mak balik kampong sorang2 dah 3 hari kat kampung. Tinggal adik kat rumah ngan tok, ayah lak kerja.’ Jawabnya dengan nada sebak.

Sepengetahuan aku, Fina punya 2 orang adik, sorang lelaki dan sorang perempuan. Adik lelakinya berada di asrama dan adik perempuannya pula menghidap ‘Hemolytic Anemia’ – nama sejenis penyakit yang disebabkan kegagalan sel darah merah yang juga menyebabkan pesakit ini di jangkiti ‘Jaundice’. Disebabkan penyakitnya itu juga adiknya juga mengidap sindrom down. Adiknya langsung tidak mampu menguruskan diri sendiri. Dan neneknya pula sudah uzur. Mana mungkin neneknya mampu untuk menguruskan adiknya yang berusia 9 tahun itu.

‘Fina kat mana ni? Nak abg tolong apa?’ soalku lagi.

‘Fina dalam feri nak balik Langkawi dah ni, nak cakap kat telefon ni macam tak sesuai, Fina nak jumpa abg boleh?’ soal Fina yang sudah mula teresak2.

Aku tersentak! Inilah ‘dating’ pertama kami… tu pun kalau boleh dipanggil ‘dating’ la..hehe.

‘Boleh… pukul berapa Fina sampai ni? Nanti abg jemput Fina kat jeti.’ Kataku.

‘Fina sampai dalam pukul 12.45, nnt jumpa kat jeti okey…’

‘Okay… abg tunggu Fina kat jeti..’

Aku memberitahu pegawai atasan yg aku perlu keluar kerana ada kecemasan. Aku sampai di jeti pukul 12.40, 5 minit awal dari masa yang dijanjikan dan Fina sampai 10 minit kemudian. Dari riak wajahnya, ku tahu dia sedang risau.

‘abg… minta maaf banyak2…Fina menyusahkan abg.’ Sapanya…

‘takpe… masuk dalam keta dulu…kita pegi makan dulu okey?’ cadangku.

‘okey…’ jawabnya sepatah lantas masuk ke perut kereta.

Dalam perjalanan ke tempat yang dituju Fina bercerita serba ringkas tentang masalah yang dihadapinya. Ibu dan ayahnya berselisih faham…ibunya merajuk kerana terima khabar yang ayah nya punya cinta baru. Dan tanpa berfikir panjang adiknya yang tidak mengerti apa2 ditinggalkan bersama ayahnya. Mungkin juga untuk menyedarkan ayahnya yang tengah mabuk cinta. Tetapi 3 hari di kampong ibunya pula yang tak senang duduk kerana memikirnya anaknya yg tidak pernah sekali ditinggalkan. Fina pula baru terima perkhabaran itu semasa masih di Kuala Lumpur, dan bergegas balik ke kampong ibunya di Batu Pahat, Perlis untuk menenangkan ibunya.

‘Fina balik ni nak ambik adik… mak asyik menangis je rindukan adik. Boleh abg tolong Fina?’ soalnya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 09:42 AM | Show all posts
cinta sedang berputik ke?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 09:50 AM | Show all posts
wah best cite baru...kisah benar lagi ni yg ditunggu2 endingnya cam na
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 09:50 AM | Show all posts
Reply 68# shahrinas

mungkin ye... mungkin juga tidak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 09:53 AM | Show all posts
wah best cite baru...kisah benar lagi ni yg ditunggu2 endingnya cam na
asnita Post at 8-7-2010 09:50


mana leh bagitau ending...tak saspen la...

tapi mungkin ambik masa sket...sbb nak ingat balik ceta yg lebih kurang 7-8thn yg sudah...
takut nnt ada yg tertinggal or terkedepan/terkebelakang...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 10:05 AM | Show all posts
Reply  shahrinas

mungkin ye... mungkin juga tidak...
Fantaghiro Post at 8-7-2010 09:50


yelah erkkk...kesian kalu cinta x berkesampaian...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 10:46 AM | Show all posts
sambungan...


‘Boleh… Fina nak abg tolong apa?’

‘Hantar Fina balik rumah… Fina nak ambik adik..nanti nak mintak tolong abg hantar Fina dan adik ke jeti… Fina nak bawa adik kat mak, boleh?’

‘okey… nnt lepas makan abg hantar Fina balik… Fina tak makan lagi kan? dah!! Jgn sedih2… takde apalah mak ngan ayah tu…nnt baik la dorang..’ pujuk ku.

‘Fina dah tak tahan kalau mak ngan ayah jadi camni… Fina sedih bila ayah buat camtu kat mak… lama Fina simpan rahsia ayah dari pengetahuan mak dah 4 thn, dengan harapan ayah sedar kesilapannya… tapi ayah tak Nampak gaya nak berubah pun.’

‘sabar la… itu dugaan yg Allah bagi untuk mak dan ayah fina, insyaallah…takde apa2’

‘Fina tertekan sangat sekarang ni… sebenarnya.. Fina ke KL bukan sebab suka2 nak bercuti, tapi sbb Fina nak pergi cari org yg cuba merosakkan rumahtangga mak dan ayah Fina. Kawan Fina dah janji nak tolong Fina cari org tu. Tapi dia pula tiba2 ada hal dan tak boleh tolong Fina. Org tu pulak Fina dah cuba call banyak kali…tapi tak pernah berjawab’ luah Fina lagi.

‘habis tu Fina jumpa ke tidak dengan org tu?Fina tau ke org tu tinggal kat mana?’ soalku ingin tahu

‘tak jumpa pun… sbb Fina tak tau nak pergi tempat tu. Org tu duduk kat Shah Alam, Fina pulak tak biasa dengan kawasan situ.’

Terkejut aku mendengar luahan Fina. Tidak ku sangka disebalik keceriaan yang ditunjukkan selama ini rupanya tersembunyi seribu 1 kelukaan yang tak pernah dipamirkan kepada sesiapa. Aku Cuma mampu bersimpati atas apa yang berlaku keatas keluarga Fina. Hmmm… tak banyak yang boleh aku lakukan untuk membantu Fina. Sekadar memujuk supaya kesedihannya tidak berlarutan.

Selepas makan aku hantar Fina balik ke rumahnya. Aku Cuma menunggu dalam kereta sementara Fina siapkan adiknya untuk dibawa pergi. Setengah jam kemudian Fina keluar sambil mendukung adiknya yang lumpuh dengan berbekalkan sebuah beg pakaian adiknya. Seketika mengalir satu perasaan yang tak dapat ku tafsirkan dalam hatiku. Begitu cekal gadis ini… adakah aku akan menemui gadis sepertinya lagi andai dia terlepas ketangan org lain? Aku menjadi takut untuk menjawab soalan itu.

Hatiku bertambah tersentuh bila Fina dan adiknya berada disebelahku. Dipangku adiknya dengan kasih sayang, manakala adiknya pula memeluk Fina lalu mencium pipi Fina dengan gembiranya lalu dalam pelatnya bertanya pada Fina ‘Kak! Nak pi jalan?’. Dengan lembut Fina melayan kerenah Siti Sumayyah…hmm…nama seorang wanita pertama yg syahid dalam mempertahankan agamanya. Sekali lagi aku terpukau. Terlalu tulus kasihnya pada insan istimewa ini. Dalam diam ku berazam untuk tidak sekali akan melukakan gadis ini sepertimana yang terjadi pada ibunya. ‘Errrrr… lupa pulak… bila aku nak cakap kat dia ni? Kalau tidak sampai sudah dia tak tau aku suka kat dia…’ hatiku berbisik…
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 10:57 AM | Show all posts
wah..ada n3..nti smbung k
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 11:44 AM | Show all posts
sambungan...


Sampai di jeti tepat pukul 3 petang. Aku belikan Fina dan adiknya tiket feri ke Kuala Perlis dan selepas itu terus aku masuk kerja dan meneruskan kerja seperti biasa. Aku terima panggilan dari Fina jam 6 menyatakan rasa terima kasihnya yang tak terhingga padaku. Pesan aku padanya supaya gembirakan ibunya dan jangan biarkan ibunya terlalu bersedih.

Perhubungan aku dengan Fina berjalan seperti biasa. Selepas dari peristiwa itu Fina kerap meluahkan masalahnya padaku dan aku cuba untuk menjadi pendengar yang baik untuknya. Sesekali kuberikan Fina pendapat dan nasihat untuk Fina. Dalam doaku sesudah solat selalu ku selitkan namanya. Moga2 Allah berikan Fina kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang.

Hujung Februari 2003 ku kuatkan hati untuk berterus terang dengan Fina tentang perasaanku padanya. Duit simpanan untuk belanja perkahwinan pun dah lebih dari cukup, tiada lagi alasan untuk aku tangguhkan lagi perkara ini dari pengetahuan Fina. Harapan aku moga Fina tidak menolak hasrat hatiku ini. Ku dail nombor telefon Fina dan panggilan ku berjawab.

‘Assalamualaikum abg..’

Setelah menjawab salam kunyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Fina lepas waktu pejabat.

‘Tapi abg nak jumpa Fina kat mana?’ soalnya…

‘Tunggu abg jemput Fina kat pejabat, kita pi makan laksa Penarak nak?’ aku memberi cadangan.

‘Emmm… okeylah… Fina tunggu…tapi kalau boleh jangan balik lambat sangat tau… nanti mak ayah risau’. Jawabnya.

‘okey sayang… takkan abg nak bawak anak dara org sampai malam’.
Opppssssss!!!tak menyempat2 betul mulut ni…control la sikit!adess… malunya…

‘sayang?’ Tanya Fina… ‘abg ni cakap main hembus ja tau… kang ada org marah Fina tak campur ye’ tambah fina.

‘Awat? Fina ada org marah ka?’tanyaku ingin kepastian.

‘Tanya Fina lak…abg tu la…kang akak marah taw main panggil2 org lain sayang2 ni’. Jawab Fina

Baru ku teringat…sepanjang perkenalan aku dengan Fina tidak sekalipun dia pernah bertanyakan status aku. Dan aku juga tak pernah bercerita panjang lebar tentang latar belakang hidupku walau dah bertahun2 kami saling berhubung. Aku sendiri tak pernah bertanyakan soal teman istimewa Fina, berat betul mulut nak Tanya soalan sebegitu. Buatnya Fina sudah berpunya…alamat melepas la aku…bisikku sendiri.

‘kalau ada yang nak marah abg takkan nak panggil sayang oiiiii’ gurauku.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:51 AM | Show all posts
alah banyak masalah ropanya fina nih... kalo gitu nih kisah benaran... memang ujud si tahir nih dan fina juga... jadi kawen ke idak dorang nih... nexttttttttttttttt....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2010 11:54 AM | Show all posts
alah banyak masalah ropanya fina nih... kalo gitu nih kisah benaran... memang ujud si tahir nih dan  ...
asyriqa Post at 8-7-2010 11:51

Fina & Tahir adalah 2 insan yg mmg ujud kat dunia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 12:29 PM | Show all posts
ceta baru.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 01:01 PM | Show all posts
kisah benar fanta yer....
lg n3...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 01:19 PM | Show all posts
wah cter baru..., nak N3 lg....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.082583 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list