Post Last Edit by cmf_scorpio_mmiv at 5-7-2010 14:08
Nikmati...
MULAN
PUTERA KATAK
(maaf, bahasanya tersasur sikit...)
PUTERI IKAN DUYUNG
dua video yg anda saksikan ini adalah fandub bikinan seorang penggiat bidang alih suara yang empunya akaun Youtube http://www.youtube.com/user/akhenaten1881. anda boleh lihat lagi hasil kerjanya di situ. kalau dari segi pemilihan suara, rasanya jauh lebih handal-handalan berbanding suara2 kartun di tv sekarang.
Alangkah baiknya semua filem klasik Disney dialih suara ke BM (selain Tarzan yg sudah menjadi kenyataan 11 tahun lalu). Filem Disney disadur suara lebih kurang 35 bahasa utama (tak percaya? cari kat youtube - jadikan "<tajuk filem> <bahasa asing pilihan>" sebagai kata kunci), sayang sekali BM bukan salah satu daripadanya. Namun demikian, kemunculan kartun omputeh berbahasa kebangsaan di TV9 serta pilihan audio BM di saluran2 berbayar memberi harapan agar filem2 klasik ini dapat diBMkan dalam masa terdekat.
Tahap penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi nyata bukan halangan untuk menyetempatkan filem Hollywood tontonan seisi keluarga. Lihatlah di seluruh Eropah, khususnya di negara-negara utara benua itu yang diketahui amat menghargai kepentingan menguasai pelbagai bahasa, namun hanya bahasa ibunda dalam hati dan adalah kemestian bagi bahan tontonan anak-anak mereka mengutamakan bahasa kebangsaan masing2.
INIKAH antara kepincangan besar dalam usaha pemartabatan bahasa melayu yang dicari-cari selama ini - ketandusan filem animasi hollywood dlm bahasa kita?
setuju sangat2 jika filem kartun disney nih dialih bahasa..macam yg didalam disney channel buat..tp itupon bukan 100%..berbanggalah dengan bahsa kita sendiri ye
Erk.. kalau ada yg nak buat, jalankan jelah. Tapi sejujur2nya, aku takkan tengok.
Sebab aku suka yg asal. Kalau dah ter-biasa dengan yang asal, tak kisahla kartun inggeris ke, jepun ke, hilang 'feel' lah kalau dialih bahasa. Lebih prefer kalau letak subtitle..
Banyak je cara lain nak memartabatkan bahasa ibunda..
   btul2.. aku waser ilang mood nak tgk citer omputeh di alihabahsakan ke bm... 
pasal intonasi dia mendatar jer tak kira marah suka @ sedih cam feel nak merasai aper yg watak tue rase tak sampai.. menyampah adalah...
kalo tgk kat disney cenel yg boleh alih suara dah ada subtitle lak korang boleh tahu jauh bezanya dia translate.... yg omputeh kata nama si poloan2 yg bm kata mereka jer...
   waser dlm dvd ori adalah kalo ko tgk kat bahagian extra tue @ seting bahasa.... jgn beli yg pirate sampai kucing berjanggut pung tak der tau..... tak cam biasa laah barah baik mestilah mahal kan..!
kalo tak silap filem CGI disney (terkini, pixar dsb) telah diBMkan utk disney channel juga. juga mendapatkan penglibatan artis indie spt John Oommen (penyanyi utama Paperplane Pursuit) dan Nadhira Nishaa (pernah dengar kat radio, terlibat dlm toy story).
kita nak berbahasa melayu dgn betul (elakkan bahasa pasar dan rojak) kan terasa peras otak, adakah krn muda2 terdedah kpd pelbagai bahasa secara TIDAK RAPI...sehingga cenderung mencampur aduk bahasa kita. alahai sistem pendidikan, alahai media massa...
psl mutu alih suara, kartun Amerika 1980-an dan awal 1990-an walau bahasa asal pun tak seberapa. saya pernah meneliti cara percakapan watak2 he-man dan capt planet ketika diulang tayang...kaku giler, mutu animasi pun tak seberapa, tapi tetap jadi fenomena pada zaman masing2. yg tak suka alih suara usah bising2, asalkan anak2 kita seronok menonton. (susahlah camni kalau alih suara ke pawagam ... mana ada kanak2 masuk pawagam sendirian?)