CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: marmar

Mcm Mana nak cakap kat BOSS

[Copy link]
 Author| Post time 8-7-2010 10:59 AM | Show all posts
Reply 59# syasya.syaaa

kak, saya mmg akan berheti tp dlm masa 5-7 thn lagi. Buat masa ni kalau nak cari kerja lain tu mungkin byk yg kena difikirkan. Kebrukan lebih banyak dari kebaikan. Bila ditolak dan tambah yg ruginya saya. Bos saya dah fikir semua tu...tu sbb dia buat saya mcm ni. Dia bg saya minimum. Kalau saya berhenti saya rugi...kalau saya stay saya tak untung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2010 11:02 AM | Show all posts
Reply 60# chenta_dewi


Macam mana tak untung....untung bersih-bersih masuk poket. Pekerja saya sorang (buat kerja 10 staf yang punya kerja). Kat situ je dia dah jimat banyak...medical claim boleh claim untuk saya je (family tak cover).
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:23 AM | Show all posts
Reply 62# marmar


    baik ko tukar keje.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:24 AM | Show all posts
Reply 61# marmar


    sbb pe ko rugi, ko byk pglmn tp pend rendh ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 02:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by marmar at 8-7-2010 14:31

Reply 64# chenta_dewi

Banyak sebab kalau aku berhenti aku rugi. Antaranya ada aku cakap sebelumnya. Kalau ko baca page 1, aku ada bg latar belakang aku sikit.

Aku post graduate. Ada degree. Tapi kerja yg aku buat kat sykt sekarang tak related dengan kursus yang aku ambik dulu. Bos aku dah study pasal benda ni semua tu sebab dia buat aku macam ni. Dia seolah2 ikat aku tp dia x hargai jasa aku. Aku masih nak kerja sini sebab bos aku tau banyak faedah yang aku dapat (bukan dari segi gaji atau bonus).

Contohnya:
1) aku boleh hantar dan ambil anak dari sekolah (dah boleh save duit transport)
2) sykt dekat dgn rumah (aku jimat masa, duit minyak, duit tol)

kalau kerja sini, aku dah kira....hampir RM1k aku boleh jimat. Tu belum masuk duit OT taska anak aku kalau aku kerja jauh dan terpaksa ambil lambat.

Tujuan aku buak topik ni bukan sebab nak berhenti tapi nak minta idea macam mana nak minta kat bos supaya bayar aku ikut kelulusan dan pengalaman aku.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 02:37 PM | Show all posts
Reply 65# marmar


    sori kak....

hu kesian kat akak ni sbnrnye at d same time gerrrram kat bos akak tuh....tp gaji akak cukup kan setakt ni....hutang2 pon xstuck kn....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-7-2010 03:29 PM | Show all posts
Reply 66# chenta_dewi


Gaji tu cukup2 makan tu sebab kalau boleh nak minta naik kat boss. Alhamdulillah hutang2 semua x sangkut..tp lambat le habis sebab buat loan ambik banyak tahun. Bos pandai putar belit ni...dulu janji macam2 tp tu la..janji kat mulut je...kalau kita sebut nanti dia pulak ungkit macam2 haish....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 10:37 PM | Show all posts
kalau dia janji, senaraikan apa yang dia cakap dan suruh dia tandatangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2010 09:35 AM | Show all posts
Reply 1# marmar


    situasi kita sama lak. aku pun keje sorg2 kat ofis ni.nak cuti susa,nak kluar susa.sume keje aku yg kene buat.bos pn ada dua.sorg laki sorg pmpn.jointventure. gaji aku mungkin boleh tahan la,bos tu pun tanggung makan gak.tp,aku x hapy.aku x tau nape.otak aku ni yg penat sgt..
aku x tau lgsg apa aku kena buat.makin hari aku makin tension keje kat cni.dah la bos pmpn tu cerewet semacam.xreti nak jaga perasaan org lain.seolah2 dia tau semua benda.kang aku suru buat dia xtahu nak buat.yg dia tahu nak marah ikut sedap dia jee.dia fikir org ni patung robot ke hapeee..huhh..aku betul2 tension arr.ape gune aku kerja tp xhappy..
aku x tahu lg aku nak ngadu kat sapa.fikiran aku da buntu daa...bila aku nak 1 benda yg urgent , dorg lewat2kan.tp bila benda2 dorg,semua nak cepat..huhhhhhhh
AKU TENSIONNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 09:39 AM | Show all posts
kemunculan thread ni sgt dihargai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 10:35 AM | Show all posts
Reply 69# namakulainlain

situsai kita sama tapi tak serupa hehehehehe....aku mungkin kurang dari segi gaji/bonus/dll tp persekitran kerja ok le..sebab bos tak kacau aku sangat. Janji kerja siap...setakat ni kerja aku memang diorg amat2 berpuashati tapi tu le..tak reti2 nak appreciate..naik gaji ke...bonus ke..huhuhuhu...

Suasana kerja aku tak tension...kerja sorang2 xde masalah buat aku sebab bos bagi aku kebebasan guna internet. Bila sorang2 ni xde la nak bergosip atau ofismate nak tikam belakang. Kalau le kebaikan/kelebihan yg ada kat syarikat kita berdua ni gabungkan kan ke bagus..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 10:39 AM | Show all posts
Reply 68# matrik02


Patut aku buat masa nak sign offer letter hari tu...kalau buat sekarang mesti bos aku fikir aku nak cari pasal dengan diorang. Kalau ikutkan offer letter, selepas 7 tahun bekerja aku boleh dapat annual leave 24 hari..huhuhuhu..diorg ingat aku tak kan kerja dengan diorg melebihi 5 tahun kot sebab staf sebelum ni kerja berapa bulan dah blah...tahun depan aku nak minta hak aku-annual leave 24 hari. Tapi kalau bagi 24 hari pun, nak cuti susah jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 11:08 AM | Show all posts
Reply 71# marmar


    xsama,hampir sama...xde gosip live,gosip forum jekkk...kite ja haderrrr
yg lain mampuhhhh???

suasana kerja mmg ok jerkk..tp boring arr...myb utk akak lain la,da kawen , da ada anak..tp bg sy yg masi muda bujang tak bertelanjang ni..huhhh..payahhh..x merasa kehidupan sebagai seorang remaja..mcm skrg ni.sorg2 layan emosi kat ofis...hurmmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 11:37 AM | Show all posts
Sykt byr aku RM3K (dgn pengalam kerja 10 thn). EPF pulakbaru thn lepas mula mencarum. Tu pun lepas ada org dari EPF dtg dan %caruman majikan & pekerja dipotong dari gaji aku...sykt x mencarumutk aku...bos kata caruman sykt dah termasuk dlm gaji aku jd kalau akunak mencarum tolak gaji.
marmar Post at 2-7-2010 09:44


Kerja sudah 10 tahun EPF baru nak mula mencarum? Syarikat ada bagi U slip gaji? U tidak pernah semak caruman majikan di KWSP? Semak cara online pun boleh.  Pergi ke KWSP, bagi mykad, nanti di semak. bagi password.

Kenapa U tidak buat laporan ke KWSP? U ada surat tawaran syarikat yang menyatakan tarikh mula kerja?U boleh buat laporan ke KWSP dapat tunggakkan daripada mula U bekerja sehingga sekarang sbb mmg kewajipan majikan untuk mencarum pekerja waktu mula-mula lapor kerja, Percubaan pun mmg kena mencarum juga sepatutnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 01:18 PM | Show all posts
Reply 73# namakulainlain

hmm..betul gak...mungkin bg akak kerja sorng ni best sebab kat rumah akak masih ada geng nak borak2.. Kat ofis akak akan siapkan kerja cepat2pastu blh surfing hehehehe...at least masa penuh dgn benda2 berfaedah.. Baca news online, baca forum ke apa2 je la...bab2 kerja sorang dan peel bos akak boleh tahan lagi...tp bab gaji dan kebajikan tu yg tak tahan tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 01:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by marmar at 9-7-2010 13:59
Kerja sudah 10 tahun EPF baru nak mula mencarum? Syarikat ada bagi U slip gaji? U tidak pernah s ...
matrik02 Post at 9-7-2010 11:37


Masa mula2 kerja, bos cakap dia taknak byr epf dan sebagai balasan dia kata portion dia dah termasuk dalam gaji yg dibayar bulan2. Tp bila dah lama2 tu baru aku perasan yg aku tertipu dalam diam. Patutnya w/pun diorg kata portion diorg dan termasuk dalam gaji tapi bia tiba kenaikan gaji diorg tak kira semua tu...maksudnya katakan masa mula2 kerja epf majikan adalah RM300, sepatutnya kalau gaji naik, yg RM300 tu pun bertambah...ni tak..dah beku macam tu je...

Pastu ada la 2-3 kali aku minta potong epf tp diorg buat senyap sampai la org epf datang. Jadi diorg tanya kat aku nak potong ke tak?Aku cakap nak le..diorg cakap kalau nak potong kena tolak dari gaji aku...jadi gaji aku katakan sebelum ni RM3k, bila dah tolak epf (aku + majikan) dah tinggal 2k+. Tiap2 tahun tak naik....

Dan masa masuk kerja dulu, aku ni mana le reti bab ni semua, main iyakan jer...rupanya2 aku ni diorg letak status as "retainer". dan bukan "pekerja". Jadi diorg bayar aku "Retainer Fee" dan bukan "Salary". Diorg dah fikir awal2 , jadi kalau aku fight pun diorg boleh menang. Patutnya kalau retainer fee aku yg letak fee aku berapa tapi tak....diorg yg tentukan.

Aku tak de payslip. Bos aku bayar gaji aku pakai cek. Tu pun selalu lewat..dah le bayar lambat, nak clear pun at least 2-3 hari..selalu gak aku kena byr interest utk loan...hmmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2010 03:44 PM | Show all posts
Kalau dalam pay slip ada jelaskan potong yang dibuat oleh syarikat termasuk caruman kwsp ko, dan sumbangan kwsp syarikat ke akaun kwsp ko. Kalau tiada.. nampak sgt company taknak sumbang KWSP pada ko. Susah sikit nak buat tuntutan yang sudah tertunggak. Melainkan ko pi ke KWSP, semak akaun kwsp, ada tak company mencarum. ko sejak daripada mula ko kerja sehingga sekarang, ko boleh suruh kwsp kirakan. Banyak tu beb...Biasanya boleh semak di KWSP sbb company ada isi borang kwsp untuk caruman ko kalau betul laa ia mencarum ko boleh semak berdasarkan akaun kwsp dan bwk MYkad boleh cetak senarai caruman company dan ko. Kalau KWSP kata "MAAF TIADA REKOD CARUMAN OLEH MAJIKAN" mmg sah MAJIKAN tidak mencarum. Itu pun kalau HR company ko buatkan KWSP untuk ko, dan bagi salinan akaun kwsp kat ko tanda bukti dia dah buatkan untuk ko. Itu kalau ko masih belum pernah berkerja. Kalau 10 tahun.. dividen KWSP boleh tahan banyak gak tu. Bwk juga surat tawaran kerja ko. Silap-silap KWSP buat siasatan berdasarkan laporan ko tu.. HAK ko beb...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 04:16 PM | Show all posts
Reply 77# matrik02

sykt mmg tak mencarum 5 tahun yg lepas...mula tahun 2008 baru mula mencarum. Tu pun duit gaji aku . Kat borang ada 2 column. Majikan dan pekerja. Dua2 column tu ditolak dari gaji aku. Duit majikan x terjejas..sama ada aku tolak atau tak tolak..Bezanya duit yg dapat kat tangan aku jadi makin sikit sbb tolak epf. Majikan bayar aku RM3k...dgn RM3k tu le ditolak duit epf (majikan dan pekerja). Baki baru bagi kat aku...Bab epf tu aku malas nak fikr sebab aku buat mcm mana pun mmg tak blh menang punya. Cuma sekarang aku nak bos naikkan gaji dan tambah bonus.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 01:48 PM | Show all posts
Kalau mencarum pun company berat hati..apatah lagi nak suruh naik gaji.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2010 07:49 PM | Show all posts
Reply 79# matrik02

tak pe...aku nak cuba...dapat x dapat tu lain cerita. Kurang2 aku mencuba..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.081583 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list