CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5346|Reply: 77

kembalikan kegemilangan bolasepak.macam mana nak buat??

[Copy link]
Post time 28-6-2010 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Pasukan Kebangsaan
Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.[1]
Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan para pemain ternama seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan, Zulkifli Norbit dan captain Abdullah Nordin.[1] Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menawan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina di sepanjang perjalanannya. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.
Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain legenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya, menjaga gawang gol.
Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.[2]
Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu teruk sekali.
Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain untuk RC Strasbourg)d an Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.
Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin, tetapi populariti langganan TV juga melarikan kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung perlawanan tempatan ke perlawanan Eropaj yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya daripada zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.
Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di bawah 23 tahun memberikan sinar harapan apabila memberikan pingat emas kepada Malaysia apabila mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan bukan pilihan pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Dengan kemenangan ini, FAM manaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan pada kejohanan seterusnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2010 10:33 AM | Show all posts
Astaga........
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:41 AM | Show all posts
lwn singapore pun kalah..wahahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 10:45 AM | Show all posts


[img][/img]

bola itu bulat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:57 AM | Show all posts
Aku mengharap pelapis negara dari skuad Soccer Kids je..

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:58 AM | Show all posts
malaysia berbangga apabila rakyatnye bermain di divisyen 3 liga di negara2 eropah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-6-2010 11:02 AM | Show all posts
Aku mengharap pelapis negara dari skuad Soccer Kids je..
Caranthir Post at 28-6-2010 10:57



    ya aku pun berharap sesangat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 11:05 AM | Show all posts
[img][/img]


pemain ini tubuhnya taklah besar mana..JIKA DI TELITI bentuk badanya sama jugak dgn org malaysia.yg aku hairan macam mana messi ni begitu lincah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2010 11:06 AM | Show all posts
ai nak kaji lional messi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 11:08 AM | Show all posts
Date of Birth: 24 June 1987
Height: 170 cm
Shirt number: 10
Position: Forward
Current club: Barcelona (ESP)
International Caps: 48
International Goals: 13
First international: Hungary - Argentina
(17 August 2005)
[img][/img]
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:09 AM | Show all posts
suruh Sultan Bola resign ganti orang lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 11:21 AM | Show all posts
tak payah nak kutuk bagaila...ai rasa perlunya kita mencari dan memberi idea bernas untuk memajukan bolasepak malaysia.siapa yg ada idea tu tlg bagi2 la.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:31 AM | Show all posts
Date of Birth: 24 June 1987
Height: 170 cm
Shirt number: 10
Position: Forward
Current club: Barc ...
amelya Post at 28-6-2010 11:08



    dia ni istimewa.....masa umur 9 tahun pun dah main untuk age 12 years old...dan dia memang bersaiz kecil....it is so happen that dia ada sejenis penyakit in which his body cannot produce growth hormones...jadinya badan dia memang kecil dan semua cakap dia takkan boleh ada career bolasepak despite his amazing god given talent.... jadinya club barcelona nampak potensi dia... and made him a lifetime offer..... offer untuk dia dan jugak family dia pindah ke spain untuk menjalani treatment yang sememangnya sangat costly dan tak ada temapt dia sendiri......rawatan tersebut pulak  ditanggung sepenuhnya oleh club....... jadinya against all odds.....dia berusaha untuk capai impian dia..... jadinya kekurangan dari segi fizikal bukanlah alasan..... if you are good...... people would pay regardless of what.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:34 AM | Show all posts
kalo ko dari daerah,masok pemilihan peringkat negeri,hebat cam ne pun tersingkir gak!bukan sebab budak negeri lagik hebat,tapi politik pemilihan tu!x da kabel x dapat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 11:39 AM | Show all posts
kalo ko dari daerah,masok pemilihan peringkat negeri,hebat cam ne pun tersingkir gak!bukan sebab bud ...
shazuyi. Post at 28-6-2010 11:34



    takkan sampaikan macam tu sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:41 AM | Show all posts
Aku mengharap pelapis negara dari skuad Soccer Kids je..
Caranthir Post at 28-6-2010 10:57



   and they turned out to be pondan di padang bola apabila besar kelak. Bukan nya pasukan mentah negara tidak pernah excel di kejohanan lain sebelum ini, sudah lama excel, namun bila mereka besar, mereka ada tendency untuk tendang bola keluar padang apabila tiba permainan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2010 11:41 AM | Show all posts
dia ni istimewa.....masa umur 9 tahun pun dah main untuk age 12 years old...dan dia memang ...
anya8797 Post at 28-6-2010 11:31



    dari 9 tahun kalau dijaga bakatnya memang patutla dia nie digelar pemain bintang.aku risau budak2 kita sekarang ni tak dijaga dgn betul aja.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:42 AM | Show all posts
btol...pemilihan bakar baru tu dan bg peluang..ni balik2 player2 dah berpuluh tahun main...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:48 AM | Show all posts
Just accept the fact kita mampu menonton jah. Utk bermain dan bersaing dgn negara2 besar dan kelab2 utama, jauh skali. Yup, mmg sukan bolasepak ialah sukan no.1 negara.. tapi sukan no.1 utk ditonton jah, no.1 most favourite sport, tapi bukan no.1 most skilled sport.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 11:48 AM | Show all posts
btol...pemilihan bakar baru tu dan bg peluang..ni balik2 player2 dah berpuluh tahun main...
jAck666 Post at 28-6-2010 11:42



    aku nak tanya hang cikitla.kemahiran mengelecek bola tu di sebabkan bakat semulajadi ker ataupun diajar.??

kadang2 aku dengar org kata bakat semulajadi..tu yg aku tak puas hati tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.248943 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list