CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18057|Reply: 146

Nabi pandai baca dan tulis

[Copy link]
Post time 27-6-2010 02:32 PM | Show all posts |Read mode
search tak ada lagi topic ni..kebetulan tadi baru dpt ilmu ni..sblm ni pernah gak baca article tulisan mat salleh yg argued..tak mungkin nabi tu buta huruf..tadi ust tu explain tafsir beberapa ayat al quran yg disalah tafsir oleh puak2 yahudi utk menjatuhkan martabat nabi saw.( yahudi ni sejak dulu hingga kini tidak akan pernah redha akan islam - surah albaqarah..)..ustad ni bidang tafsir quran dan hadith dari al azhar..sampaikan buku module kami dpt dari UM tu ada selitkan hadith2 dia boleh kenal pasti ni salah ni..dia betulkan ada tercicir certain words dlm hadith tu..dia explain gak dari segi susunan bahasa arab bila baca akan tau ayat tu salah..
so balik search pak google this is i found out..sama mcm ust tu explain tadi tentang word ummiy tu..translation sebenar surah iqra..etc..Nabi pandai membaca, menulis

Makna perkataan al-Qur'an ummiy telah dikelirukan oleh para ulama palsu Islam zaman dahulu. Mereka mengertikan kalimat tersebut kepada buta huruf. Lalu Nabi Muhammad, "Nabi yang ummiy" (7:157-158), dikatakannya tidak pandai membaca dan menulis. Ajaran mereka diterima tanpa ragu oleh hampir seluruh umat Islam sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.

Sebenarnya, ajaran itu palsu. Kepalsuannya dapat didedahkan dengan menggunakan sumber rujukan utama bagi bahasa Arab iaitu kitab al-Qur'an. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat ummiy akan membuktikan bahawa ajaran mereka bukan sahaja palsu tetapi berbau fitnah yang amat besar dalam Islam. Antara ayat yang dimaksudkan berbunyi:

  

  "Dia yang membangkitkan pada kaum yang   ummiy seorang rasul di kalangan mereka untuk membacakan   ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2).

Ummiy

Kaum yang ummiy yang disebut di dalam ayat itu adalah kaum Arab. Orang-orang Arab pada zaman Nabi Muhammad difahamkan berada di tahap tinggi dalam kesusasteraan dengan karya-karya sastera yang bermutu dipamer dan digantung di Kaaba. Tentu itu tidak menggambarkan orang Arab jahiliah ketika itu berada dalam keadaan buta huruf. Mereka dikatakan jahililiah hanya dalam kepercayaan bukan dalam pelbagai bidang lain.

Kalimat ummiy, menurut al-Qur'an, bermaksud orang-orang yang tidak, atau belum, diberi sebarang Kitab oleh Allah. Ia juga bermaksud kaum Arab seperti yang telah disebut.

Kaum Yahudi pula telah diberi tiga buah Kitab melalui beberapa orang Nabi mereka. Mereka dipanggil ahli Kitab. Tetapi jiran mereka, orang-orang Arab, belum diberi sebarang Kitab pun sebelum al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad. Lantaran, orang-orang Arab dikatakan ummiy sebab belum menerima Kitab Allah.

Untuk menjelaskan lagi dipetik sebuah ayat yang menunjukkan dengan jelas perbezaan antara ahli Kitab (orang yang telah diberi Kitab) dengan kaum ummiy (yang belum diberi Kitab) atau buta Kitab. Firman-Nya:

  

  "Dan daripada ahli Kitab ada yang, jika   kamu mempercayakan dengan satu timbunan, dia akan mengembalikannya kepada   kamu; dan antara mereka ada yang, jika kamu mempercayakan dengan satu dinar,   dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri di   atas (menagih) dia. Itu adalah kerana mereka berkata, 'Tidak ada jalan atas   kami terhadap orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab, iaitu   orang Arab).' Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka   mengetahuinya." (3:75)

Ayat di atas menunjukkan keengganan sesetengah orang Yahudi (ahli Kitab) untuk mengembalikan "hutang" kepada orang Arab, yang ummiy (yang tidak diberi Kitab, atau buta Kitab), atas sebab "tidak ada jalan" bagi mereka terhadap orang ummiy. Sikap macam itu seakan sama dengan apa yang disemat di iman sesetengah orang Islam terhadap orang yang mereka anggap kafir pada hari ini.

Satu lagi ayat al-Qur'an dipetik untuk memantapkan lagi hujah dalam menunjukkan perbezaan tersebut, berbunyi:

  

  "Dan katakanlah kepada orang-orang yang   diberi al-Kitab, dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi   Kitab), 'Sudahkah kamu tunduk patuh?'" (3:20)

Maka jelaslah iaitu kalimat ummiy tidak bermakna buta huruf, lantas, Nabi Muhammad bukanlah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis. (Sila rujuk Kalimat ummiy di dalam al-Qur'an.)

Membaca

Selanjutnya, terdapat banyak ayat di dalam al-Qur'an yang mengisahkan Nabi disuruh oleh Allah supaya membaca ayat-ayat-Nya kepada orang-orang yang berada di kelilingnya. Itu menunjukkan Nabi pandai membaca. Antara ayat yang dimaksudkan adalah enam yang berikut:

  

"Dan kamu (Muhammad)   bacakanlah kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya   ...." (5:27)

  

"Katakanlah, 'Marilah, aku   (Muhammad) akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu   ....'" (6:151)

  

"Demikianlah Kami mengutus   kamu (Muhammad) kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu   untuk membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kamu ...."   (13:30)

  

"Dan sebuah al-Qur'an yang   Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu (Muhammad) membacakannya kepada   manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan."   (17:106)

  

"Aku   (Muhammad) hanya diperintah untuk menyembah Pemelihara tanah ini, yang Dia   menjadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya   menjadi antara orang-orang yang muslim, dan untuk membaca al-Qur'an   ...." (27:91-92)

  

"Wahai ahli   Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan   untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang   dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah ...."   (33:33-34). Di sini, Nabi didapati membacakan ayat-ayat Allah kepada   isteri-isterinya di rumah-rumah mereka.

Malahan, rasul-rasul Allah yang lain didapati pandai membaca kerana mereka ditugaskan untuk membaca ayat-ayat-Nya kepada manusia. Tugas itu adalah juga tugas Nabi Muhammad. Dua ayat yang berikut menjelaskannya:

  

"Kemudian   orang-orang yang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam,   sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan   penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'Tidakkah rasul-rasul datang   kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu   ayat-ayat Pemelihara kamu, dan memberi amaran kepada kamu terhadap pertemuan   hari kamu ini?' Mereka berkata, 'Ia, benar ....'" (39:71)

  

"Dia yang   membangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang rasul   (Muhammad) di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada   mereka," (62:2)

Tambahan pula, adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa seorang Nabi pilihan-Nya tidak tahu membaca walhal Dia menyuruhnya dan manusia lain supaya mengamalkan tabiat membaca, seperti firman-Nya - "Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," (96:1)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2010 02:32 PM | Show all posts
Menulis

Bukan sahaja didapati, di dalam al-Qur'an, yang Nabi pandai membaca, malah, baginda juga didapati pandai menulis. Kebenaran itu telah diakui sendiri oleh orang-orang yang tidak percaya yang tinggal bersamanya. Firman-Nya:

    "Mereka berkata, 'Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia menulisnya, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang.'" (25:5)

Terjemahan ayat tersebut telah menimbulkan keraguan sesetengah pihak. Betulkah ayat itu diterjemahkan? Untuk mengikis keraguan, pertama, dikemukakan sebuah tafsir kepada ayat yang sama, oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus (Tafsir Quran Karim, cetakan ke-19, 1979, halaman 525) yang berbunyi:

    "Mereka berkata: (Qur'an ini) kabar-kabar dongeng orang-orang dahulu kala, yang dituliskan oleh Muhammad dan dibacakan (didiktekan) orang kepadanya pagi-pagi dan petang." (25:5)

Kedua, kalimat yang diterjemahkan kepada "menulisnya" ialah iktataba. Kalimat itu penting kerana, difahamkan, mempunyai pengertian "menulis nota terutamanya apabila orang kedua sedang mengimlakkan."

Dan akhir sekali, terdapat sebuah lagi ayat yang bukan sahaja menyokong ayat 25:5 tadi bahkan mampu untuk menghapuskan sama sekali keraguan terhadap Nabi yang dikatakan kini pandai membaca dan menulis, termasuk membaca dan menulis Kitab. Firman-Nya:

    "Tidaklah sebelum ini kamu (Muhammad) membaca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang mengikuti yang palsu menjadi ragu-ragu." (29:48)

Ia menegaskan, Nabi tidak pernah membaca dan menulis sebarang Kitab sebelum menerima al-Qur'an. Bermaksud, selepas menerima al-Qur'an baginda telah membaca, dan menulis Kitab dengan tangan kanannya.

Seterusnya, ayat itu tidak menunjukkan pula bahawa baginda tidak pernah membaca dan menulis sesuatu yang selain daripada Kitab sebelum menerima al-Qur'an (misalan, membaca dan menulis apa yang diperlukan dalam urusan perdagangannya).

Dengan adanya bukti-bukti yang jelas daripada Allah, maka terdedahlah fitnah yang kian lama dilakukan oleh para ulama palsu Islam ke atas Nabi Muhammad yang mereka menyiarkan sebagai seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, atau buta huruf. Sesungguhnya mereka menghina Nabi dengan berbuat demikian meskipun mereka mendakyahkan iaitu merekalah orang-orang yang paling mengasihinya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 02:35 PM | Show all posts
Da ada tred pasal ni kak.... nanti suruh mod merged..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2010 02:38 PM | Show all posts
Memaknai ke "Ummi" an Nabi Muhammad

Kata “ummi”, menurut Alquran adalah orang-orang yang tidak, atau belum diberi satupun Kitab oleh Allah. Kaum Yahudi telah diberi tiga buah kitab melalui beberapa orang nabi mereka. Karenanya, mereka di sebut ahli kitab. Sedangkan orang-orang Arab, belum diberi satupun kitab sebelum Alquran diturunkan kepada Nabi Muhammad yang orang Arab. Hal ini dijelaskan-Nya dalam Firman-Nya: “Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi kitab, dan orang-orang “ummi” (yang tidak diberi kitab), sudahkah kamu tunduk patuh?” (Qs Ali Imran: 20).

Berdasarkan ayat di atas, kata “ummi” itu tidak bermakna buta huruf. Alquran malah membantah keras jika kata "ummi" diartikan sebagai kebutahurufan Nabi Muhammad. Banyak ayat di dalam Alquran yang memerintahkan Nabi supaya membaca ayat-ayat-Nya kepada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Hal ini menunjukkan nabi pandai membaca.

Contoh ayat dimaksud antara lain; “Katakanlah (Muhammad), ‘Marilah, aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu….” (QS 6:151). Atau, “Demikianlah Kami mengutus kamu (Muhammad) kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu, agar engkau bacakan kepada mereka (Alquran) yang Kami wahyukan kepadamu.…” (QS 13:30). Atau, : “Dia yang mengutus kepada kaum yang ummi (orang Arab) seorang rasul (Muhammad) di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka,” (QS 62:2). Baca juga dalam QS 5:27, QS 17:106, 27:91-92, QS 33:33-34, QS 39:71.

Sulit menerima hakikat bahwa seorang Nabi pilihan-Nya tidak tahu membaca padahal ayat yang diturunkan pertama kali adalah perintah membaca, “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan” (QS 96:1). Ayat Alquran yang pertama sudah menyiratkan bahwa bahwa Nabi Muhammad tidak buta huruf. Sebab, sebuah kesia-siaan saja bila Allah menyapa Nabi Muhammad dengan perintah untuk membaca (kalau beliau dianggap buta-huruf). Karenanya, bagi Syekh Al-Maqdisi, penulis buku Nabi Muhammad, Buta Huruf atau Genius? (Mengungkap Misteri “Keummian” Rasulullah) jawabannya jelas: Ada tafsir sejarah yang keliru terhadap kapasitas Rasulullah, khususnya dalam soal baca-tulis. Dan semua itu, bersumber dari kekeliruan kita dalam menerjamahkan kata “ummi” dalam Alquran maupun Hadis, yang oleh sebagian besar umat Islam diartikan “buta huruf”.

Menurut Al-Maqdisi, “ummi” memang bisa berarti “buta huruf”, tapi ketika menyangkut Nabi Muhammad, “ummi” di situ lebih berarti orang yang bukan dari golongan Yahudi dan Nasrani. Pada masa itu, kaum Yahudi dan Nasrani sering kali menyebut umat di luar dirinya sebagai orang-orang “ummi” atau “non-Yahudi dan non-Nasrani”, atau orang-orang yang tidak diberi kitab. Termasuk Rasulullah dan orang Arab lainnya.

Alquran tidak hanya menjelaskan nabi pandai membaca, tetapi pandai menulis. Dalam Alquran dijelaskan orang-orang kafir menuduh Rasul menulis dongeng-dongeng orang terdahulu dan disebutnya firman-firman Tuhan: “Dan mereka berkata, “(Itu hanya) dongeng-dongeng orang-orang terdahulu, yang diminta agar dituliskan, lalu dibacakanlah dongeng itu kepadanya setiap pagi dan petang.” (QS Al-Furqan : 5).

Dan terakhir, terdapat sebuah ayat lagi yang insya Allah dapat menepis sama sekali keraguan terhadap Nabi yang dikatakan tidak pandai membaca dan menulis. Firman-Nya: “Dan engkau (Muhammad) tidak pernah membaca suatu kitab sebelum (Alquran) dan engkau tidak (pernah) menulis suatu kitab dengan tangan kananmu, sekiranya engkau pernah membaca dan menulis niscaya ragu orang-orang yang mengingkarinya.” (QS Al-Ankabut : 48).

Ayat ini menegaskan, Nabi tidak pernah membaca dan menulis satupun Kitab sebelum menerima Alquran. Maksudnya, setelah menerima Alquran, Rasul membaca dan menulis Kitab dengan tangan kanannya. Ayat ini pun menunjukkan, dengan tidak pernahnya Rasullullah membaca atau menulis satu kitab pun semisal Alquran, bukan berarti Rasulullah tidak tahu membaca dan menulis. Misalnya membaca dan menulis dalam urusan perdagangannya. Nabi adalah seorang pedagang yang terkenal. Dan para ahli sejarah sepakat, pada zaman Nabi tidak menggunakan angka-angka; huruf huruf abjad telah digunakan sebagai angka-angka. Sebagai seorang pedagang yang berurusan dengan nomor-nomor atau angka-angka setiap hari, Nabi tentunya tahu tentang abjad, dari satu sampai keseribu. Karenanya, tidak ada dalih yang kuat apalagi untuk mempertahankan pendapat Nabi Muhammad buta huruf.

Dr Muhammad Syahrur, Penulis Al-Kitab wal Quran tidak mau menerima cerita tentang buta hurufnya Nabi. Karenanya ia mengatakan, “Nabi memang ummi, tetapi beliau mampu membaca dan menulis.” Kalau keraguan masih ada, izinkan saya meminta untuk kembali membaca, surat pertama Tuhan kepada kekasih-Nya, “Bacalah (Muhammad) dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan….!” Wallahu ‘alam. *

Dikutip dari tulisan Ismail Amin, Mahasiswa Institute for Language and Islamic Studies, Republik Islam Iran. Pernah dimuat di Harian Fajar http://www.fajar.co.id/news.php?newsid=45001
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 07:01 PM | Show all posts
Kita nengok aliran mana la yang punya hujah macam ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 12:07 AM | Show all posts
lagi....

mengapakah hujah ini baru dikeluarkan sekarang......
nak tau lebih lanjut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-6-2010 12:13 AM | Show all posts
bukan sekarang dh lama cuma kita yg mls mencari ilmu .

td Ust tu explain tafsir beberapa ayat Dari surah berlainan yg mnjadi proof nabi saw bukn buta huruf. secara logicnya juga bagaimana baginda blh menjlnkn perniagaan hingga ke sham kalau x tau membaca n menulis
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 09:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by always_typo at 28-6-2010 09:23
bukan sekarang dh lama cuma kita yg mls mencari ilmu .

d Ust tu explain tafsir beberapa ayat Dari surah berlainan yg mnjadi proof nabi saw bukn buta huruf. secara logicnya juga bagaimana baginda blh menjlnkn perniagaan hingga ke sham kalau x tau membaca n menulis
sunsuria3 Post at 28-6-2010 00:13


bagi saya, pendapat asal yang mengatakan Rasulullah tidak boleh membaca dan menulis ('membaca' disini bermaksud membaca menggunakan manuskrip, bukan dari ingatan dan 'menulis' itu bermaksud menulis sendiri di manuskrip, bukan menyuruh orang lain tuliskan atau menyuruh orang tunjukkan kat mana nak potong dsbgnya mcm kes Perjanjian Hudaybiyah tersebut) adalah amat penting utk menidakkan dakwaan orang kafir bahawa al Quran itu adalah ciptaan atau tulisan Rasullullah s.a.w.

Ini juga menidakkan hujah orang kafir yang mengatakan al quran diciplak dari kitab-kitab terdahulu dengan cara rasulullah membaca sendiri dan meniru-niru (kerana tidak ada rekod sejarah yang mengatakan Nabi pernah berguru dengan ahli kitab sebelum Baginda menjadi nabi, jadi kalau baginda nak tahu kenalah baca sendiri).


Tentang logik tak logik bagaimana baginda boleh menjalankan perniagaan hingga ke sham tidak menjadi masalah. Tidak tahu membaca dan menulis bukan bermaksud tidak tahu mengira, mengingat, berhujjah dsbgnya dan dengan sifat fathonah atau bijaksana yang dikurniakan Allah  walaupun baginda tidak mampu membaca tapi terbukti masih boleh menjadi pemimpin yang disegani. That is even more genius!

Tidak dinafikan terdapat pelbagai "reinterpretation" akan isu ini pada zaman sekarang, tapi saya lebih menyebelah kepada pendapat yang lama yang telah dipegang oleh ulamak-ulamak terdahulu yang lebih dekat zaman mereka dengan Nabi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2010 09:36 AM | Show all posts
bukan sekarang dh lama cuma kita yg mls mencari ilmu .

td Ust tu explain tafsir beberapa ayat Dar ...
sunsuria3 Post at 28-6-2010 12:13 AM



    Sebelum ni awak kata hadis Abu Hurairah di tolak oleh golongan wahabi kerana mengikut kat pensyarah awak walaupun hakikat sebenarnya sebalik?
    Yang menolak Abu Hurairah ialah golongan yang terpengaruh dengan dakyah orientalis dan Islam Liberal dan juga syiah.

    Sekarang awak ketengahkan pula yang Nabi ini pandai membaca dan menulis kerana mengikut kata2 puak2 orientalis dan islam liberal ..

   Kedua-dua tujuan di atas adalah untuk menolak segala hujah ulama2 tafsir dahulu yang hingga akhirnya dapat membuat golongan islam sekarang ragu-ragu tentang sumber agama yang benar.

   Apakah awak ini golongan Islam Liberal?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 09:45 AM | Show all posts
Reply 9# Hang
kat sini pun ramai x tau membaca! hal tu bukn kah sy bertanya bukan sy menyatakn pendapat!sbb beberapa kali came across hal yg demikian ditulis dlm buku yg pernah sy bc!

hal ini pun sy cuma berkongsi ilmu yg baru sy bljr. terpulang pd masing2 sy sentiasa berdoa agar Allah memberikn sy ilmu yg bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 09:52 AM | Show all posts
bagi saya, pendapat asal yang mengatakan Rasulullah tidak boleh membaca dan menulis ('membaca' d ...
always_typo Post at 28-6-2010 09:20



Assalamualaikum semuer,

Benar apa yg di tulis olih miker.

Kaum yang Anti-Islam sememangnya ingin umat Islam menjadi was was ataupun curiga akan Rasulullah saw.
Sehingga ada yg mempelajari Al Quran agar mencari 'kelemahan' seperti memberi tafsiran yg menyeleweng.

Berhati hati lah dgn mereka ini.
Terdapat ghamai pensyarah di Malaysia ini yg sudah terpengaruh dgn dakyah dakyah seperti ini tanpa mereka sedari.
Mereka pulak menyebarkan kpd para pelajar yg akan menjadi generasi/pelapis akan datang.
Mengajari anak anak mereka dgn dakyah yg songsang ini.

Utk menyesatkan umat Islam memerlukan tenaga dan pengorbanan yg besar.
TETAPI utk menimbulkan was was ataupun curiga di dalam hati umat Islam, amat lah mudah.

Bermula dgn pengakuan umat Islam yg mengatakan Rasulullah saw pandai membaca dan menulis.
Dari situ akan datang pulak hujah hujah mengatakan baginda saw yang menulis Al Quran yang di ceduk dari kitab kitab terdahulu.
Al Quran akan di katakan adalah karangan dari Rasulullah saw.
Selepas itu, akan tersebar lah Al Quran itu adalah ciptaan Rasulullah saw.
Dan baginda bukan lah seoghang Rasul.

Sangat besar lah penipuan yg sedang di lakukan.
Kembali lah kpd jalan yg lurus, wahai sedara ku. (Al Quran dan Sunnah)

Ketahui lah siapa musuh kamu yg sebenarnya.

Wsalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 10:00 AM | Show all posts
dia mengajar berdasarkn tafsiran ayat2 al Quran setiap huruf Dan baris dalam b Arab mempunyai maksud tertentu. ni memang bidang dia di alazhar

anyway sy akn tanya pensyarah2 lain lbh lanjut lg. meanwhile kat google pun byk article2 ni blh bc Dan fikir sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:05 AM | Show all posts
Mod patut buat satu lagi SUB-FORUM untuk ISLAM LIBERAL dan yang sewaktu dengannya..
dan thread ni patut dihantar ke sub-forum tersebut agar para pembaca forum yang lain tidak terpengaruh dengan thread ni...
biar mereka yang mempunyai ilmu menghujat artikel2 islam liberal di sub-forum tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by observateur at 28-6-2010 10:19

Setahu aku, Nabi tidak membaca & menulis.

Bottomline kita membaca & menulis adalah utk dapatkan ilmu. Nak belajar. Utk belajar kena pandai membaca & menulis.

Tapi Nabi SAW tidak perlu kpd keupayaan membaca & menulis utk mendapatkan ilmu, Baginda dapat ilmu terus dari Tuhan atau melalui perantaraan Jibrail.

Basically Nabi TIDAK BERHAJAT kpd keupayaan membaca & menulis >> satu ciri yg superior berbanding manusia biasa.

Tapi biasala...yahudi manipulate katakan Nabi tu buta huruf sampai ada ilmuan Islam pun teripu & mengiyakan seraya berkata "Nabi buta huruf."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 10:18 AM | Show all posts
menghukum orang tanpa ilmu itu lebih dasyat lagi....kenapa tak mau tambah ilmu cari kebenaran instead of melabel orang..
saya pun dari semalam mencari fakta2 mengenainya..ada banyak2 dalil ayat2 yg disertakan yg menunjukkan nabi saw itu boleh membaca dan menulis..

antara tafsiran al quran yg salah menurut beliau..wahai muhammad....padahal Allah sentiasa memanggil nabi, ya rasulullah..even sahabat2 pun tak pernah memanggil baginda wahai muhammad, semua memanggil ya rasulullah..utk mengagongkan kedudukan baginda..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:22 AM | Show all posts
Reply 1# sunsuria3
Nabi Muhammad S.A.W sbelum krasulan baginda mmg tidak pandai mbaca atau mnulis... Ini mmg telah dperjelaskan oleh surah al-iqra dan bgimana Nabi brulang kali dajar oleh Malaikat Jibrail baru boleh mbaca... Kalo betul Nabi benar2 pandai mbaca knapa brulang kali Malaikat Jibrail ajar baru paham...

Mgenai Nabi pandai mnulis? Nabi xpenah mnulis, smua surat2 baginda dtulis oleh org len ini tmasuklah surat2 ajakan masuk Islam kpd pmerintah Rom, Parsi n Habsyah...

Sy harap awk n Ustaz awk tu belajar balik agama Islam dgn lebih mdalam lgk...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2010 10:26 AM | Show all posts
menghukum orang tanpa ilmu itu lebih dasyat lagi....kenapa tak mau tambah ilmu cari kebenaran instead of melabel orang..
saya pun dari semalam mencari fakta2 mengenainya..ada banyak2 dalil ayat2 yg disertakan yg menunjukkan nabi saw itu boleh membaca dan menulis
sunsuria3 Post at 28-6-2010 10:18 AM


cuba awak jelaskan golongan Islam manakah yang berpendapat Nabi boleh membaca dan menulis ni..?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:28 AM | Show all posts
Reply  Hang
kat sini pun ramai x tau membaca! hal tu bukn kah sy bertanya bukan sy menyatakn penda ...
sunsuria3 Post at 28-6-2010 09:45 AM


kalau tak tau membaca, boleh kah mereka masuk ke thread ni..?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:29 AM | Show all posts
mungkin boleh dikiaskan begini.

Bagi org sengkek, kena kerja utk cari duit.

Bagi org yg dah kaya raya, buat apa kerja utk cari duit? Duit dah melimpah ruah tak abis makan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 10:29 AM | Show all posts
cuba tengok ni..saya pun masih mencari..so jgn nak tuduh sembarangan...hidayah tu perlu dicari dia takkan datang bergolek..

Terdapat banyak ayat di dalam al-Qur'an yang mengisahkan Nabi disuruh oleh Allah supaya membaca ayat-ayat-Nya kepada orang-orang yang berada di kelilingnya. Itu menunjukkan Nabi pandai membaca.

Antara ayat yang dimaksudkan adalah enam yang berikut:

"Dan kamu (Muhammad) bacakanlah kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya ...." (5:27)
"Katakanlah, 'Marilah, aku (Muhammad) akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu ....'" (6:151)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.104075 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list