|
Post Last Edit by detox at 26-6-2010 08:09
Salam.....
Baru start menulis cerita ni... cuba layan tengok....... harap2 aku boleh habiskan naskah ni.......
tajuk tu mmm biar je camtu dulu ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by detox at 24-6-2010 10:19
BAB 1
01 Mac 1709 (Tengahari)
Lima buah kereta lembu bergerak merentasi hutan kecil yang sunyi. Matahari yang memancar terik membuatkan kelima-lima pemandu kereta lembu itu menyeringai kepanasan, muka mereka yang gelap pekat itu seolah berkilat-kilat apabila peluh yang meleleh di tikam sirna mentari.
Dari balik pokok Tuah memerhati gerak geri kumpulan pedagang itu, matanya pada masa yang sama melilau ke arah anak-anak kumpulannya yang bergerak dari beberapa sudut. Kudanya di tarik sedikit, dan Tuah mengangkat tangan, mata pedang yang tersuluh dek matahari memancar adalah merupakan isyarat untuk memulakan serangan. Belakang kuda di libas dan dengan kelajuan yang bak halilintar terus memburu ke arah sasaran. Lima buah kereta lembu itu kini dalam kepungan yang di ketuai Tuah Iskandar, penyamun yang paling di geruni pedagang-pedagang, penyamun yang sangat di kehendaki oleh Laksamana Megat Alam Syah.
Tuah turun dari kuda hitam berbulu cantik, kuda itu mendengus kuat, lehernya diurut-urut sedikit. Dia menyelak setiap tirai kereta lembu itu, ternyata setiap kereta lembu itu hanyalah barang-barang dagangan seperti kain dan sutera, dia tidak berminat akan barangan seperti itu. Pedangnya terus menyelak dan akhirnya dia berhenti pada kereta lembu di tengah-tengah.
“Assalamualaikum Ya Sheikh..” pedangnya menahan tirai yang menutup bahagian penumpang dan tersenyum lebar. Pedagang Arab itu nampak takut.
“Apa kamu orang mahu…ambil saja, jangan apa-apakan kami.”
“Bagus. Memang itu tujuan kami. Mana emas yang kamu bawa.”
“Kami tidak bawa emas. Hanya sutera dan kain-kain biasa.”
Tuah senyum, dia melibas pedang dan tirai yang tergantung terburai.
“Ana tahu, ente ada bawa emas. Apa ente mau serban ente juga ana perlakukan begini.” Mata Tuah merenung pedagang Arab yang berjanggut lebat, bermata bulat dan berperut besar itu.
“Ente turun, tunjuk ana mana ente simpan itu emas.” Pedang di hunus dan pedagang Arab itu terkebil-kebil, dengan susah dia turun dari kereta itu.
Tuah mengerling seketika pada teman-temannya yang mengawasi kereta-kereta lain. Apabila dia nampak pedagang Arab itu sudah di tanah, tangannya terus menangkap tangan pedagang Arab dan pedang terhunus di belakang. Dia mengarahkan pedagang Arab yang terpaksa berjalan ke kereta lembu yang berada di belakang kereta lembunya.
“Sini ?”
Pedagang Arab itu mengangguk. Tuah menggamit Jalal.
“Pegang dia.”
Tirai itu di rentap, seorang lelaki Habsyi yang besar dan botak melihat dengan bengis. Saiz badannya dua kali lebih besar dari Tuah. Matanya merah menelan seluruh tubuh Tuah. Muka lelaki yang hitam dan berkilat itu berparut-parut.
“Mau emas ? harus melalui aku dahulu.” Suaranya kuat dan dengan tangkas dia melompat dan berdiri di sebelah Tuah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Detox,
Bagus2 ada aje idea detox nak buat crite eik
dan crite ni lain bebenor
Ni crite masa zaman kegemilangan melayu ke..... |
|
|
|
|
|
|
|
detox apa maksud perkataan nie getari.tak pernah dengarlah... |
|
|
|
|
|
|
|
sedap la plak nama penyamun..
tuah iskandar.... |
|
|
|
|
|
|
|
Detox,
Bagus2 ada aje idea detox nak buat crite eik
dan crite ni lain bebenor
Ni crite masa za ...
uda08_za Post at 24-6-2010 09:58
nak kata zaman kegemilangan tak juga...........cerita ni cam time travel sikit.... |
|
|
|
|
|
|
|
sedap la plak nama penyamun..
tuah iskandar....
midar Post at 24-6-2010 10:00
masalahnya dia ni hero |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya dia ni hero
detox Post at 24-6-2010 10:06
hero ala2 robin hood...
i like!!!!!!!!!!!!
mencuri utk rakyat...
|
|
|
|
|
|
|
|
ops..
hero ni i chop dulu...
|
|
|
|
|
|
|
|
wah ada citer baru
version apa ni kak detox
cam kesultanan melayu melaka jer hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ops..
hero ni i chop dulu...
midar Post at 24-6-2010 10:09
cepat je ko chop |
|
|
|
|
|
|
|
wah ada citer baru
version apa ni kak detox
cam kesultanan melayu melaka jer hehehehe
iwimz Post at 24-6-2010 10:11
iwimz, ni version caca marba ! |
|
|
|
|
|
|
|
best...best...akak detox ada cerita baru...teruskan2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# detox
jatuh cinta kt nama dia...
tu yg cpt aje chop tu... |
|
|
|
|
|
|
|
detox apa maksud perkataan nie getari.tak pernah dengarlah...
waang_82 Post at 24-6-2010 09:59
mmg tak de perkataan getari ha ha ha...aku dah tuko jadi geruni |
|
|
|
|
|
|
|
another new story la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam wah detox dah ada cite baru
ni yg sebut2 hari tu Tuah Iskandar
Tajuk cerita Detox tu menarik
secara kebetulan macam tajuk cerita yg akak baca
tapi jln cerita x sama ....
" Songket Benang Emas" - Detox
" Teluk Belanga Benang Perak - ******* |
|
|
|
|
|
|
|
Tuah terus membuka langkah, pedang di tangan seolah melayang-layang di hunus dan mengacah lelaki Habsyi itu. Bunyi mata pedang yang menetak antara satu sama lain memecah keheningan pinggir hutan itu. Tuah dan lelaki Habsyi itu sama hebat dan tangkas. Peluh memercik, libasan saling di lepaskan, hentakan kuat pedang hampir mengena badan masing-masing, tapi tetap kedua-duanya pandai mengelak. Tuah membuka langkah yang selalu di simpan di kala tenaga sudah sangat mengurang. Di melompat setinggi dua meter, badannya mengiring, gerak gerinya pantas, kakinya berpusing dan terus menendang di bahagian atas pusat lelaki Habsyi, kakinya seolah terbenam di situ dan dengan dua kali gerak dia seolah memintal urat di situ. Lelaki Habsyi itu mengerang kesakitan, pedang di tangan terlepas dan dengan cepat Tuah menyambutnya, ketika badan hitam berkilat itu jatuh tersungkur, Tuah menyapu titis air peluh di hujung hidungnya.
“Ini Tanah Melayu, aku orang Melayu, tak akan aku benarkan kau wahai Habsyi melebihi langkah ku.” Katanya sambil menghunus pedang kepunyaan lelaki Habsyi itu. Dia tersenyum sedikit, menyeka air peluh di tepi kening dan serentak dengan itu menikam pedang itu ke tanah, bunyi pedang terdesing di tepi telinga lelaki Habsyi itu.
Dia menarik tangan lelaki Habsyi itu lantas mendorongnya bangun. Tangan lelaki itu terus di ikat pada salah satu palang kereta lembu itu. Sambil mengecilkan mata kiri, kening kanan pula terjungkit naik, dia memerhati muka lelaki Habsyi itu yang masih menahan sakit.
“Tidak mengapa, esok juga kamu akan kembali seperti biasa. Terima kasih, aku sangat menghargai permainan kita.” Dia senyum dan terus menepuk bahu lelaki itu yang dengan kasar mengoyangkan bahunya.
Tuah mengintai ke dalam kereta itu, terdapat lima peti kayu. Dia menarik sebuah, menetak mangga berwarna hitam itu beberapa kali sebelum terbuka, penutup di tarik dan Tuah senyum puas hati.
“Salamat barakat….” Dia memberi isyarat dan beberapa rakannya menghampiri.
“Kita ambil sebanyak yang kita perlu sahaja, tinggalkan yang lain untuk mereka.”
Mereka mengangguk dan membuka setiap peti kayu untuk melihat isi di dalamnya. Berkilau-kilau suasana ketika itu dan pedagang Arab itu hanya mampu mengeluarkan air mata. Tiga peti kayu di angkat keluar dan selebihnya di biar terbuka begitu.
“Terima kasih ya Sheikh. Anggap ini zakat mu untuk tahun ini. Kalau Laksamana Megat Alam Syah bertanya, sampaikan salam dari Tuah Iskandar.”
Tuah terus melompat ke atas kudanya dan dengan sekali libas kuda itu berlari dengan laju di ikuti beberapa lagi kuda. Pedagang Arab tertonggeng di tanah sementara teman-temannya yang lain terus membuat kecoh.
Derapan kaki kuda terus memecut membelah hutan, mereka terus mendaki ke sebuah pergunungan sehingga tiba di tengah-tengah dataran yang landai kumpulan lanun itu berhenti. Tuah turun dan mengikat kuda pada sebatang pokok.
“Hitung semua, dan bagi sama rata, setelah selesai letakkan di penjuru itu. Aku beserta Jalal akan menyerahkan pada beberapa kampung yang memerlukannya.” Tuah mengarahkan beberapa orang.
Dia masuk ke dalam gua tempat persembunyian mereka. Air yang tersimpan di dalam bekas di ambil sedikit, dia membasuh muka, janggut dan misainya di urut. Kain hitam yang mengikat di kepalanya di buka dan dengan jari yang basah dia mengemaskan rambutnya yang panjang hingga ke bahu.
“Tuah..” dia memaling dan memandang pada Rushid yang membawa sebuah guni.
“Apa ?”
“Bungkusan ini tidak berani kami buka. Ianya terletak di balik emas-emas di salah sebuah peti.”
“Mengapa ?” dia meletakkan kain hitam di atas batu dan mendapatkan Rushid.
Matanya meneliti guni itu.
“Buka lah, apa kamu takut Rushid ?” dia nampak Rushid mengangguk.
“Ada bunyi Tuah.”
Tuah senyum dan menyambut guni yang di serahkan. Guni itu berat. Dia mendekatkan ke telinga dan mengoncang beberapa kali. Terdengar bunyi kepingan-kepingan emas berderaian, tapi ada juga satu bunyi, seperti ular.
“Biar aku uruskan. Teruskan pembahagian seperti yang aku minta.” |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|