CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2343|Reply: 2

Bagaimana mengukuhkan ekonomi bangsa Melayu?

[Copy link]
Post time 22-5-2010 07:53 PM | Show all posts |Read mode
DEB gagal...

sekarang konsep baru...

Adakah ini puncanya?Jika ya,bagaimana mengatasinya???

SEMUA orang Melayu tidak perlu terperanjat atau tersentak denganpendedahan yang dibuat oleh Utusan Malaysia tiga hari lalu bahawapeniaga Melayu cuma menguasai 10 peratus unit hartanah (ruang niaga)komersial di seluruh negara.

Justeru bangsa kita sebenarnya masih lagi merangkak-rangkak dalam duniaperniagaaan ketika bangsa lain sudah meluncur laju meninggalkan kitajauh di belakang.

Ini diburukkan lagi dengan sikap orang Melayu sendiri yang biasanya tidak senang melihat bangsanya maju.

Pandangan seorang ahli korporat, Datuk Sulaiman Samat yang mengatakanorang Melayu berperasaan hasad dengki sesama sendiri memang adakebenarannya.

Sebenarnya sifat-sifat negatif orang Melayu inilah yang menjadi batupenghalang untuk orang Melayu mampu bersaing dengan kaum lain dalamdunia perniagaan.

Kejayaan bangsa sendiri selalu dilihat dengan penuh prasangka buruk danada kalanya diperlekehkan sedangkan kehebatan kaum lain terus dikagumi.

Ketika kaum lain bersepakat dan tolong menolong sesama sendiri untukmemajukan perniagaan masing-masing, kita pula lebih senang dengan carakita sendiri membawa haluan masing-masing demi keuntungan sendiri.

Ketika mereka bertungkus lumus membantu rakan mereka yang baru hendakbelajar berniaga, kita pula sibuk memikirkan siang malam cara bagaimanahendak melumpuhkan perniagaan rakan kita yang baru hendak naik - takutmenggugat perniagaan kita pula nanti!

Ketika Dewan Perniagaan kaum lain berhempas pulas memikirkan caraterbaik untuk mewujudkan lebih ramai lagi tauke-tauke di kalanganmereka, mengukuhkan lagi dana mereka supaya dapat disalurkan kepadapeniaga-peniaga mereka yang memerlukan bantuan; Dewan Perniagaan Melayupula membuang masa bercakaran sesama sendiri memikirkan soal jawatanitu dan ini daripada mengambil tahu tentang nasib rakan-rakan merekayang mungkin perlukan bantuan modal dan nasihat.

Tidak ada sesiapa yang dapat menafikan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB)telah berupaya menelurkan ramai usahawan Melayu dan juga beberapa kerattokoh korporat Melayu yang boleh kita banggakan pada hari ini. Palingpenting dapat juga memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi yang wujudantara kaum sebelum DEB diperkenalkan.

Begitu juga penubuhan Mara misalnya telah memberi peluang yang lebihluas kepada orang Melayu yang menghadapi masalah modal untuk berniaga -begitu juga bantuan dari segi nasihat dan kepakaran malah ruang niagajuga turut disediakan oleh Mara.

Di kawasan bandar, UDA pula memainkan peranan mendapatkan tapak-tapakruang niaga untuk disewakan atau dibeli oleh orang Melayu yang hendakberniaga. Begitu juga bank-bank khususnya seperti Bank Bumiputra danBank Pembangunan, Bank Pertanian ditubuhkan khusus untuk memberikemudahan kredit kepada Melayu yang ingin berniaga.

Agensi-agensi yang terbabit untuk membantu orang Melayu berniaga jugasentiasa menganjurkan program-program latihan kepada peniaga Melayuuntuk melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu dan kemahiransupaya dapat bertahan dalam sepak terajang dunia perniagaan.

Di peringkat pembangunan wilayah pula, pelbagai usaha telah dilakukanuntuk membantu orang Melayu supaya mampu memiliki tanah sendiri.

Felda, Felcra, Dara , Kejora , Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ)dan banyak lagi rata-ratanya ditubuhkan khas untuk memastikan bahawaekonomi orang Melayu tidak terus jauh ketinggalan berbanding dengankaum yang lain. Dan di setiap pembangunan wilayah berkenaan, kerajaanmemberi peluang kepada orang Melayu untuk membangunkan sendiribandar-bandar yang bakal menjadi pusat kegiatan ekonomi penduduktempatan.

Di Dara, misalnya kita ada Bandar Tun Razak dan juga Bandar Jengka diLKWJ. Apa jadi dengan bandar-bandar itu setelah dua puluh tahundiamanahkan kepada orang Melayu untuk menjadikannya sebagai sebuahpusat bandar yang rancak kegiatan ekonominya?

Tidak keterlaluan untuk saya mengatakan bahawa bandar itu ibarat hidup segan mati tak mahu.

Saya secara kebetulan sempat ke Bandar Tun Abdul Razak, Keratong Pahangbaru-baru ini - amat menyedihkan setelah dua puluh tahun cuma adagerai-gerai dan warong-warong kecil sahaja yang bertapak di situ -rumah kedai jauh sekali?

Namun begitu, pengalaman saya berkhidmat beberapa tahun di Jengkabenar-benar membuka mata saya akan belang sebenar orang Melayu dalamperniagaan. Kegagalan Bandar Jengka untuk muncul setanding denganbandar-bandar yang dikuasai oleh orang bukan Melayu berpunca daripadasikap orang Melayu juga. Amat menghairankan sebuah bandar yang hampirseratus peratus dikelilingi oleh orang Melayu tidak boleh dibangunkan -sedangkan dalam masa yang sama sebuah pekan kecil yang terletak tidakjauh dari situ yang dihuni oleh cuma sebilangan kecil komuniti Cinamampu menjadi sebuah bandar kecil yang boleh menawarkan pelbagai bentukbarangan dan kemudahan malah hingga kepada perniagaan jualan keretasekalipun! Anehnya masyarakat Felda lebih seronok bertumpu di pekanSungai Jerik ini daripada sama-sama menyumbangkan peranan merekasebagai kuasa beli untuk membangunkan Bandar Jengka.

Cuma sejak kebelakangan ini, ekoran daripada munculnya UiTM, hospital,bank-bank, kegiatan ekonomi di Bandar Jengka sudah agak rancak dandengarnya sudah ada usahawan Melayu yang mampu memiliki pasar rayanyasendiri.

Nah, apa lagi yang tidak dibuat oleh kerajaan untuk memberikan peluangkepada orang Melayu menceburkan diri dalam dunia perniagaan? Pada sayabukan faktor modal dan bukan juga faktor kemahiran dan kepakaran yangmenjadi batu penghalang kepada kegagalan orang Melayu dalam bidangperniagaan kini.

Ia sebenarnya berkaitan dengan soal sikap orang Melayu sendiri yangkaya dengan hasad dengki, mementingkan diri sendiri dan tidak bersatupadu untuk membantu sesama sendiri.

Justeru, untuk memastikan survival orang Melayu dalam bidang ekonomiamalan-amalan yang merugikan bangsa - menikam dari belakang, memijakkepala orang lain untuk naik, menjadi enau dalam belukar melepaskanpucuk masing-masing perlu dikikis sama sekali.

Ambillah iktibar daripada kejayaan kaum lain yang boleh berdiri di ataskaki sendiri hasil daripada kekukuhan permuafakatan mereka, keranatidak selamanya kita harus dilihat sebagai kaum yang suka bergantungkepada orang lain.


Oleh: AHMAD KAMIL MOHAMED
Pensyarah Jabatan Bahasa, UiTM Kampus Segamat, Johor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2010 09:17 PM | Show all posts
Education..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 09:47 AM | Show all posts
DISIPLIN...saving tanpa culas..kurangkan GAYA..LEBIHkan Tabungan...
Tiada jln pintas utk kaya....cuma mungkin anda bernasib BAIK..
Ramai lagi yg bernaseb malang akibat nak kaya cepat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.471426 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list