CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cm_gagahperkasa

Tukang Azan (bilal) telinga aku rasa Boring dah

[Copy link]
Post time 23-5-2010 12:37 PM | Show all posts
salam... aku yg perasan bagus nak cuba tolong abg niceghost...

anggota wudhuk yg dinyatakan oleh  ...
mejik Post at 23-5-2010 09:08


kesimpulannya, jari tu mesti kena ikut semua mazhab dan tak boleh tergantung-gantung di angin.  dan bergantung pada mazhab mana, yang jadi perbedaan ialah cara bagaimana letak jari tu.

serupa macam tangan bersedakap tu, yang sunnah ialah bersedakap,

dan kedudukannya boleh di bawah pusat, antara pusat dan dada, atau di dada bergantung pada mazhab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2010 11:58 PM | Show all posts
salam... aku yg perasan bagus nak cuba tolong abg niceghost...

anggota wudhuk yg dinyatakan oleh  ...
mejik Post at 23-5-2010 09:08
  perut kaki kat mana ? adakah selepas pangkal jari kaki itu ? bagaimana kalo muka jari ? maksud aku aku permukaan jari bukan yang sebelah bawah tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 11:59 PM | Show all posts
kesimpulannya, jari tu mesti kena ikut semua mazhab dan tak boleh tergantung-gantung di angin.   ...
ibnur Post at 23-5-2010 12:37

manakah letak sebenar yang betul ibnur? aku baru tau ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 06:39 AM | Show all posts
perut kaki kat mana ? adakah selepas pangkal jari kaki itu ? bagaimana kalo muka jari ? mak ...
Nape?Tak caye? Post at 23-5-2010 23:58


yup itu la perut kaki...nnt aku scan gambo dlm buku tu bagi anda tgk ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 07:05 AM | Show all posts
kesimpulannya, jari tu mesti kena ikut semua mazhab dan tak boleh tergantung-gantung di angin.   ...
ibnur Post at 23-5-2010 12:37


Bagaimana yg tidak letak tangan di peghot tetapi lurus di kiri kanan badan???
Mengikut apa yg teman belajor, tidak apa.
Tetapi ia bley mendatangkan kemudaratan and petnah.

Oghang tidak tahu adakah seseorang itu bersolat ataupun berdiri saja.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 10:07 AM | Show all posts
aku penah dengar seorang bilal ni bila dia azan subuh..
suara dia merdu,mendayu2..
sampai buat aku terasa shahdu,insaf,menangis..
cuma tu jela sekali aku dengar sbb masa tu aku berada di luar kawasan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2010 12:02 PM | Show all posts
Jika zaman nabi Muhammad SAW dulu, pernah ada orang yang ganti Bilal bin Rabah r.a, seorang sahabat yang berkulit hitam merangkap mu’azin masjid Nabawi.., alasan orang tu nak azan adalah kerana factor suara beliau lebih merdu berbanding bilal..

Lepas solat, turun Malaikat dari langit lalu bertanya, kenapa tak azan hari ni? Sebagai ‘perli’ kepada orang yang tidak ikhlas azan dengan niat menunjuk nunjuk kerana suaranya tidak sampai ke langit…

Teruk kan orang tu?, perasan suara bagus, azan merdu tapi malaikat tak dengar..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 02:01 PM | Show all posts
Jika zaman nabi Muhammad SAW dulu, pernah ada orang yang ganti Bilal bin Rabah r.a, seorang sahabat  ...
mejik Post at 24-5-2010 12:02


Moral of the Story
1. azan dgn ikhlas
2. priority di berikan kpd oghang yg banyak berkorban/bersusah payah utk agama  
3. tidak semestinya suara sedap/merdu (tetapi perlu di ambil kira)

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2010 02:58 PM | Show all posts
Salam....


Jika zaman nabi Muhammad SAW dulu, pernah ada orang yang ganti Bilal bin Rabah r.a,
seorang sahabat yang berkulit hitam merangkap mu’azin masjid Nabawi..,
alasan orang tu nak azan adalah kerana factor suara beliau lebih merdu berbanding bilal..
Lepas solat, turun Malaikat dari langit lalu bertanya, kenapa tak azan hari ni?
Sebagai ‘perli’ kepada orang yang tidak ikhlas azan dengan niat menunjuk nunjuk kerana suaranya tidak sampai ke langit…
Teruk kan orang tu?,
perasan suara bagus, azan merdu tapi malaikat tak dengar.



Saheh ke riwayat ni?
boleh saudara huraikan sanadnya?
saya tidak percaya sahabat-sahabat nabi ialah insan-insan yg tidak ikhlas.


WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 03:05 PM | Show all posts
Reply 64# mejik

ok mejik. terimakasihbukan aku saja yang tak tau ni..banyak lagi kat luar sana x tau....
moga moga dengan  ilmu iyang ko bagi ni boleh menolong kita semua jadi hambaNya yang diredhai
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 05:32 PM | Show all posts
Salam....




Saheh ke riwayat ni?
boleh saudara huraikan sanadnya?
saya tidak percaya sahaba ...
sirrikhafi Post at 24-5-2010 14:58



Kenaper tidak percaya plak??
Peristiwa yg berlaku kpd sahabat Nabi saw adalah utk menjadi CONTOH terhadap kita.   

CONTOHnya semasa Perang Uhud, ada juga sahabat Rasullah saw yg 'engkar' perintah baginda.
Mereka meninggalkan tempat memasing (pemanah) dan mengakibatkan kekalahan bagi pihak oghang Islam.

Tetapi BUKAN lah kita hendak melihat akan keburukan or kesalahan mereka.
Kita hanya ambil IKTIBAR dari peristiwa ini.

Semoga Allah ampun doser mereka dan juga teman yg amat lemah ini.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 09:52 PM | Show all posts
manakah letak sebenar yang betul ibnur? aku baru tau ni ...
Nape?Tak caye? Post at 23-5-2010 23:59


kesemua cara mazhab muktabar adalah benar sebab semua ada rujukan.  yang berbezanya ialah pendapat yang kata mana satu lebih kuat.  semuanya nabi s.a.w. ada buat bila hadith tu sahih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 09:59 PM | Show all posts
Bagaimana yg tidak letak tangan di peghot tetapi lurus di kiri kanan badan???
Mengikut apa y ...
niceghost2005 Post at 24-5-2010 07:05


yang tu orang syiah kot atau satu kelompok orang mesir.

lagipun, tangan bersedakap tu sunat.  macam miker kata ler, sebab-sebabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 08:55 AM | Show all posts
Saheh ke riwayat ni?
boleh saudara huraikan sanadnya?
saya tidak percaya sahabat-sahabat nabi ialah insan-insan yg tidak ikhlas.


maaf saya sekadar menukilkan riwayat atau athar para sahabat... bukannya hadis nabi... tentang kesahihan riwayat itu diluar bidang pengetahuan saya.

lagi pun keikhlasan itukan hanya Allah yg tahu... tambahan pula sahabat bukannya maksum yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan... cumanya kepantasan mereka bertaubat serta keyakinan terhadap janji Allah itu yang hebat.

saya pun pernah merasakan 'takkan la sahabat nabi tak ikhlas' namun, sejarah membuktikan sebaliknya...

Allahu Ta'ala A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 01:07 PM | Show all posts

Kenaper tidak percaya plak??


Tiada kewajipan utk saya mempercayai cerita-cerita yg memburuk-burukkan para sahabat nabi.



CONTOHnya semasa Perang Uhud, ada juga sahabat Rasullah saw yg 'engkar' perintah baginda.
Mereka meninggalkan tempat memasing (pemanah) dan mengakibatkan kekalahan bagi pihak oghang Islam.


Saheh ke cerita ni?
cuba enta huraikan sanadnya.



Tetapi BUKAN lah kita hendak melihat akan keburukan or kesalahan mereka.
Kita hanya ambil IKTIBAR dari peristiwa ini.


Mengapa mengambil iktibar dari "cerita-cerita" yg kita sendiri pun tak dapat pastikan kebenaran &kesahehannya???
seharusnya kesah-kesah sebegini hendaklah di buang &di tolak di dlm islam,
seperti mana umar pernah berkata dlm peristiwa khamis:
"dan di sisi kamu ada AlQuran, cukuplah AlQuran bagi kita"
(riwayat saheh muslim).

seperti abu bakr yg telah membakar seluruh kumpulan hadisnya kerana merasa ragu-ragu& takut-takut terjadi kesalahan di dlm kumpulan hadisnya.

lihatlah keberanian org skrg di dlm menyampaikan sesuatu riwayat @cerita tanpa mempastikan dahulu sejauhmana kebenaran &kesahehannya.



WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 01:48 PM | Show all posts
asalnya azan bila Sayidina Umar dapat ilham daripada mimpi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2010 01:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 25-5-2010 16:16

maaf saya sekadar menukilkan riwayat atau athar para sahabat... bukannya hadis nabi... tentang kesahihan riwayat itu diluar bidang pengetahuan saya.


So, mengapa anda menyatakan sesuatu yg di luar bidang pengetahuan saudara?

Dan janganlah engkau mengikuti apa yg tiada bagi engkau dgn nya pengetahuan.
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati semua itu adalah dari nya akan di tanya.
Al-Isra': 36



lagi pun keikhlasan itukan hanya Allah yg tahu...


Kata-kata anda ini memang betul.
tetapi anda telah terlajak menghukum sahabat nabi sebagai org yg tidak ikhlas.
so mcmana anda boleh tahu sahabat nabi itu tidak ikhlas &bersikap riya?
adakah anda menyaksikan dgn mata kepala anda?
sepatutnya anda lah yg bertaubat dulu kerana anda sendiri tidak menyaksikan dgn mata kepala sendiri tentang peristiwa kesah azan yg tak di dengari di langit itu,
lalu anda semberono menghukum sahabat nabi itu sebagai org yg tidak ikhlas& berniat menunjuk-nunjuk pula.



saya pun pernah merasakan 'takkan la sahabat nabi tak ikhlas'


Sepatutnya anda amalkan dahulu "rasa" anda itu.
bukan hanya "merasakan" shj tetapi tidak mengamalkannya.

Mengapa tidak? tatkala kamu mendengarnya, telah menyangka mukminin dan mukminat dgn diri mereka sendiri akan yg baik dan mereka berkata ini cerita bohong yg nyata!

dan mengapa tidak mereka datangkan ke atas nya empat saksi? maka jika tidak mereka mendatangkan dgn saksi-saksi maka mereka itu adalah di sisi ALLAH sebagai mereka yg berdusta.

dan kalau tidak kelebihan ALLAH ke atas kamu dan rahmat Nya di dunia dan akhirat nescaya telah menimpa akan kamu pd apa yg kamu bicarakan pd nya oleh azab yg besar.

tatkala kamu menerimanya dgn lidah-lidah kamu dan kamu mengatakan dgn mulut-mulut kamu apa yg tiada bagi kamu dgn nya pengetahuan dan kamu mengira akan nya ringan padahal ia itu di sisi ALLAH besar!

dan mengapa tidak tatkala kamu mendengar akan nya kamu berkata:
tidaklah patut bagi kami membicarakan dgn ini.
Maha suci Engkau! ini dusta yg besar!

ALLAH menasehatkan kamu jangan lah kamu kembali dgn misalnya selama-lamanya jika kamu beriman.

dan ALLAH menjelaskan bagi kamu akan ayat-ayat dan ALLAH Maha tahu lagi bijaksana.

An-Nur: 12-18.



sejarah membuktikan sebaliknya...


Sejarah di tulis oleh org-org yg tidak hidup sezaman dgn mereka.
bagaimana anda boleh terlalu yakin dgn sumber sejarah?
sepatutnya anda hendaklah merujuk AlQuran yaitu kitab yg tiada keraguan, petunjuk bagi org-org yg bertaqwa yaitu org-org yg beriman dgn perkara-perkara yg ghaib.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 02:47 PM | Show all posts
Moral of the Story
1. azan dgn ikhlas
2. priority di berikan kpd oghang yg banyak berkorban/bersusah payah utk agama  
3. tidak semestinya suara sedap/merdu (tetapi perlu di ambil kira)
niceghost2005 Post at 24-5-2010 14:01


tapi zaman la ni ramai yg amik budak2 tahfiz jadi imam solat terawih atas alasan sedap bacaannya. sedangkan patut tugas tu diberikan kpd yg ikhlas & byk berkorban.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:30 AM | Show all posts
Reply 77# sirrikhafi


    Terima Kasih Allah kerana memberi kesedaran...

selepas daripada ini saya akan berhati2 dalam menukilkan sesuatu yang dilaur bidang ilmu yang sahih sumbernya.

Terima kasih juga kepada saudara sirrikhafi kerana memberi peringatan terhadap saya. Allah beri hidayah melalaui perantaraan saudara.

Tuubuu ilallahi taubatan nasuha
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:35 AM | Show all posts
dan mengapa tidak tatkala kamu mendengar akan nya kamu berkata:
tidaklah patut bagi kami membicarakan dgn ini.
Maha suci Engkau! ini dusta yg besar!


dan sepatutnya sedari awal saya mengambil pendekatan ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.077505 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list