View: 2374|Reply: 25
|
Dr. Hasan Ali : Larangan masjid jadi 'gelanggang politik' adil
[Copy link]
|
|
Larangan masjid di Selangor dijadikan 'gelanggang politik' adalah selaras dengan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, kata Excokerajaan negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali.
Exco hal ehwal agama Islam Selangor itu berkata, enakmen tersebut menghalangindividu daripada menggunakan masjid sebagai gelanggang politik.
Enakmen tersebut dikuatkuasakan melalui Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Pindaan 2001).
Ia digariskan demikian dalam Perkara 34(2)(b) dalam enakmen tersebut.
"Saya rasa ini adil, sebagai exco yang menjaga bahagian hal ehwal Islam di negeri ini, saya rasa peraturan itu sangat munasabah.
"Kalauini dibenarkan, saya rasa akan timbul huru-hara, haru biru,bertentangan dengan semangat keutuhan masjid, semangat masjid ituditegakkan di situ hanya untuk menggamit manusia ke arah keamanan,"katanya.
Beliau menjelaskan demikian ketika ditemuiselepas sidang media di bangunan SUK, Shah Alam hari ini mengenaipelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).
Pelancarannyayang akan disempurnakan oleh Sultan Selangor malam esok dijangka akanmenarik sehingga 10,000 orang ke Stadium Melawati, Shah Alam.
Sebelumini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan melarangpengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politikmenggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan
Bagindajuga dilaporkan menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadapmana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor bulan lalu.
Mengulas lanjut, Dr Hasan berkata: "Di Selangor jelas masjid adalah larangan untuk kita berpolitik partisan dan kepartian."
Namun,katanya, isu politik sememangnya tidak boleh dipisahkan daripadadijelaskan di masjid seperti politik pembangunan dan pentadbiran.
"Yang besar macam itu, kalau kita tidak boleh cerita di masjid, di mana lagi kita hendak cerita," katanya lagi.
MenurutDr Hasan lagi, halangan yang wujud dalam enakmen kini adalah untukmenghalang kegiatan mencerca parti atau tokoh tertentu di pentas masjid.
"Tapikalau nak tuduh Umno begitu begini, nak kata PAS begitu begini,kerajaan negeri merasakan perkara itu tidak dibenarkan di dalampersekitaran masjid.
"Kalau kita naik (saja) bersyarah sebut orang itu, sebut orang ini, itu namanya politik partisan.
"Tapikalau nak cerit tentang pembangunan, nak cerita tentang kemiskinan,politik kemiskinan misalnya, saya tidak nampaklah (kesalahan), asalkancerita tentang kemiskinan itu tidak berkait langsung tentang politikkepartian seperti itu," katanya.
Di cilok dari Malaysiakini.com
Haku setuju apa yg di kata oleh dato' ni. Humno ke , PAS ker kenalah hormati masjid sebagai tempat ibadah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodow tak boleh diajar jugak si Hasan Ali neh. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodow tak boleh diajar jugak si Hasan Ali neh.
kekekek Post at 4-5-2010 16:46
Nik Ajis kata bakso bodoh dok boleh diajo |
|
|
|
|
|
|
|
Si Hassan ni nak kena "Celako, celako, celako" dengan Nik Aziz nih..... |
|
|
|
|
|
|
|
Si Hassan ni nak kena "Celako, celako, celako" dengan Nik Aziz nih.....
Maideen. Post at 4-5-2010 16:51
dia ni x dapat cert mencarut dari nik ajik lg ke maideen??? |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sangat geng perpaduan :@ |
|
|
|
|
|
|
|
anak utara sakit hati ...wakakaka mmg totok dap la au nie . tak suka umat islam bersatu |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni x dapat cert mencarut dari nik ajik lg ke maideen???
lkick2113 Post at 4-5-2010 16:53
Belum lagi......Nik Aziz belum turunkan semua ilmunya lagi....... |
|
|
|
|
|
|
|
Bodow tak boleh diajar jugak si Hasan Ali neh.
kekekek Post at 4-5-2010 16:46
Memang bodoh Hasan Ali ni..nama je pemimpin PAS..sekular sungguh...politik pi asingkan dgn agama.
Apa punya bodoh la Hassan Ali ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang bodoh Hasan Ali ni..nama je pemimpin PAS..sekular sungguh...politik pi asingkan dgn agama ...
Anak_Nogori Post at 4-5-2010 17:08
Agaknya dia tak pernah dengar fatwa Hadi '3 bini' Awang lah AN.....politik suku ugama suku tak buleh......prrrrrrrrrpfffftght |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak part BODOHNYA SI HASSAN NIE... |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya dia tak pernah dengar fatwa Hadi '3 bini' Awang lah AN.....politik suku ugama suku ...
Maideen. Post at 4-5-2010 17:11
Nik Aziz pk..orang lain bodoh Maideen..sekarang Pesuruhjaya PAS dia sendiri pun bodoh..so..2 kali bodoh datang pada mereka.
Politik suku agama suku ikut fatwa Hadi tu Maideen dah jatuh kafir dah..takkan Hassan Ali pesuruhjaya PAS sendiri dah kafir dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sama pulak pendapat hasan ali
dengan mussamdolnya kali ni.. siap la dinate beruk kan
dek pak cik ajis kalau tak kena cara ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau hukum Hadi '3 bini' Awang sundri (yakni politik suku agama suku tak boleh) pon Hassa ...
Maideen. Post at 4-5-2010 17:21
Hehe....nampaknya macam tulah Maideen..agaknya Hassan Ali masih terasa yg dia diadapkan ke lembaga disliplin PAS krn angkara Nik Aziz sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa apa yang Hasan Ali sebut tu 'selaras' je dengan apa Nik Aziz jelaskan... |
|
|
|
|
|
|
|
Hati sakit lah tue......
Maideen. Post at 4-5-2010 17:31
tulah pasal.....antara mereka sendiri pun main tali angin gak..bikin malu je.... |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu Sultan Selangor bahasakan Nik Aziz..kali ni Noh Omar plak bahasakan dia..kalau tak faham2 gak Nik Aziz ni..elok gantung diri lah...hidup pun tak guna..
Nik Aziz jangan ingat dia sahaja hebat - Noh Omar
KUALA LUMPUR 3 Mei - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Noh Omar membidas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat masih mempertikaikan larangan penggunaan masjid untuk tujuan politik.
Beliau berkata, Nik Abdul Aziz tidak berhak menyentuh apatah lagi menghina undang-undang negeri lain yang melarang masjid digunakan untuk tujuan berpolitik.
Justeru beliau menegaskan, kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas itu yang menyifatkan mereka yang mempertikaikan penggunaan masjid untuk politik sebagai bodoh sebenarnya berbalik kepada Nik Abdul Aziz sendiri.
"Kalau tidak suka dengan syarat yang dikenakan di negeri lain jangan datang, orang-orang Selangor pun mempunyai pegangan agama yang kuat dan jangan ingat hanya Nik Aziz sahaja yang hebat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan demikian selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama kementeriannya di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz dalam ceramahnya di Tumpat malam semalam yang menyifatkan individu yang enggan membenarkan masjid digunakan untuk berpolitik sebagai "bodoh".
Laporan media menyebut Nik Abdul Aziz yang mempertahankan kenyataannya bahawa masjid boleh digunakan untuk tujuan berpolitik berkata: "Baso bodo payoh nak ajar (jenis bodoh susah hendak diajar), ini lah sikap orang yang amal politik suku agama suku."
Khamis lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menjelaskan bahawa tujuan baginda melarang masjid dari digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.
Sultan Selangor memberikan penjelasan itu memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah baginda dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan Pas dan orang Melayu tidak menghormati Sultan. |
|
|
|
|
|
|
|
depa ingat Nik Aziz pun dok sebut UMNO dalam masjid kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|